LUBAN Atau LIBANAH
Pemakanan Sunnah
Luban merupakan makanan herba warisan sunnah
yang agak kurang diketengahkan pada masa kini. Namun rahsia kehebatan luban
yang luar biasa masih terpahat kukuh dalam lembaran kitab-kitab thurah atau
dipanggil kitab tua atau lebih mesra dipanggil kitab kuning.
Luban merupakan sejenis getah atau damar
yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan
beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan
sebagainya.luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah
oleh tentera Perang Salib dari Perancis.
Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon
tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan.Ia
menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak.
Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.
Di sesetengah tempat di dunia, luban atau
frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud
“susu” allubán. Ini juga merujuk kepada
warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan
resin luban.
Luban berasal daripada istilah bahasa Arab
yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil
Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di
kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.
Luban merupakan salah satu makanan sunnah
Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini,
luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam
meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini
SEJARAH
Luban disebut juga sebagai kundur zikri.
Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan
kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d.
Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali
k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang
masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban,
kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.
Menurut buku perubatan moden “The
Pharmaceutical Journal” Dr. John Boswell bertanggungjawab membuat kajian secara
saintifik mengenai penggunaan luban mengikut kaedah perubatan moden. Oleh itu,
Luban di namakan sebagai Pokok Boswellia bagi mengingati jasa beliau.
Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila
menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang
baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun
ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh
memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam
Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih”
dalam bahasa Ibrani (Hebrew).
Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense”
adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau
setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib
dari Perancis.
Frankincense, seperti myrrh adalah getah
pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat
kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan
resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin
berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.
KEISTIMEWAAN LUBAN
MAKANAN ANJURAN NABI :
Berkongsi keberkatan makanan dan Amalan sunnah yg ditinggalkan...Setiap amalan sunnah
sebenarnya tersirat rahsia keberkatan yang luar biasa dalam kehidupan manusia
samada manusia cuba menyingkapnya atau tidak. Samada amalan berbentuk
syariat ataupun amalan pemakanan. Setiap
amalan yag disyorkan oleh nabi kita sebenarnya mempunyai hikmah atau rahsia
yang besar disebalik suruhan baginda Muhammad s.a.w. utk dilaksanakan. Sebagai
buktinya kami rasa bertanggujawab untuk berkongsi rahsia kehebatan luban,salah
satu makanan sunnah yang kian terpinggir. Kehebatan khasiatnya telah disingkap
oleh junjungan besar Nabi kita lebih 1400 tahun yang lampau dalam
hadis-hadisnya yg terkandung dalam kitab-kitab perubatan Islam.
Luban merupakan makanan As-sunnah yang telah
diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Radhiallahu ajmain serta
Imam As-Syafi’in dan ulama’-ulama’ agung selepasnya. Hal ini berdasarkan
pesanan dan saranan Nabi kepada umat Islam agar menjadikan luban sebagai
makanan untuk mencerdaskan minda dan menguatkan ingatan anak-anak bermula di
dalam kandungan lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah minuman luban kepada isterimu yang
sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.” - Kitab Thibbun
Nabawi.
Imam Ali Ridha (sa) berkata:
“Berilah makanan dari luban kepada isterimu
yang sedang hamil.Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan
menjadi orang yang alim lagi pemberani.Jika ia perempuan ia akan bagus
fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi
suaminya.” - Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)
Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai perempuan–perempuan mengandung,
perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut
kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN
INGATAN." Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti.
Banyak riwayat dari Ibnu
Abbas,Anas(r.anhuma) dan Saidina Ali(k.w) maksudnya :
“Di
riwayaktkan daripada SaidinaAli(k.w.)
bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saidina
Ali(k.w.) menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta
menghilangkan masalah kelupaan”.
Libanah atau luban amat berkesan bagi
menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi
menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak
menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya
yang berkaitan dengan sIstem pernafasan.
Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang
amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan
Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan
Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.
Maka tidak rugi jika kita mengambil langkah
awal untuk penjagaan minda, fizikal, rohani anak-anak kita sejak dari dalam
kandungan , sehingga mereka lahir dan membesar dengan pengambilan makanan
sunnah yang tiada tandingan dan penuh barokahnya.
KHASIAT LUBAN
Antara khasiat luban yg disebut oleh ulama'
adalah:
1.
Merawat penyakit lupa dan mengelakkan penyakit nyayuk.
2.
Menguatkan penglihatan.
3.
Membantu melawaskan sistem penghadaman.
4.
Menghilangkan masalah kahak.
5.
Mengeluarkan angin dalam badan.
6.
Melawaskan pembuangan air kecil.
7.
Mengelakkan masalah silsil bul ( kencing tak lawas ).
8.
Merawat saraf lidah utk membantu meringankan masalah pertuturan dan mudah
berkomunikasi.
9. Memberi
ketenangan (menghilangkan stress)
10.Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya
terhadap pembelajaran.
11.Menambahkan keyakinan diri
12.Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah
daya ingatan
Kini para ilmuwan telah mengamati bahwa ada
kandungan dalam kemenyan yang menghentikan penyebaran kanker. Belum diketahui
secara pasti kemungkinan kemenyan sebagai anti cancer.
Luban juga disyorkan sebagai obat untuk
tumor, bisul, muntah, disentri dan demam. Dalam perubatan tradisional Cina,
kemenyan digunakan untuk mengubati
masalah kulit dan pencernaan. Sedangkan di India, kemenyan digunakan untuk
mengubati arthritis( lutut kurang lendir ). Khasiat kemenyan sebagai ubat
arthritis tersebut mendapat dukungan dari penelitian makmal di Amerika.
CARA PENGAMBILAN/MAKAN LUBAN :
Bau dari getah tersebut dibuat minyak yang
mudah meruap yang menyebarkan bau harum yang kuat bila dibakar. Luban bingga
saat ini masih dipakai untuk upacara keagamaan. Minyak luban di Eropah abad
pertengahan dipakai sebagai ubat untuk membersihkan luka-luka.
CARA 1:
Hanya perlu mengunyah seperti gula-gula
getah dan ambil 3 biji setiap kali makan. Boleh dimakan bila-bila masa dan amat
sesuai untuk pelajar. Rasanya pahit dan pahit itulah menghilangkan lendir
balagham itu.
CARA 2:
Dianjurkan makan sebelum tidur – untuk
kanak-kanak dan remaja.
Pagi dan juga malam bagi orang dewasa,orang
tua dan yang mengalami masalah kronik.Di letakkannya di atas lidah, Isap
seperti gula-gula.
Ditumbuk menjadi serbuk dan secubit serbuk
diletakkan di atas lidah bagi kanak-kanak yang masih kecil.(2 tahun ke bawah)
juga boleh divariasikan iaitu boleh dicampur dengan aIr suam, susu, teh, milo,
kopi dan sebagainya.
CARA 3:
Kaedah pengambilan kemenyan putih (luban)
menurut petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam Laqzah
al-‘Ujlan.
1. Rendam kemenyan putih (luban) di dalamair
pada waktu malam.
2. Keesokannya sebelum sarapan pagi
campurkan kemenyan putih (luban) dengan gula pasir dengan nisbah 1:2
3. Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu
awal pagi sebelum sarapan.
4. Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat
27-28 surah Luqman pada 2 grams kemenyan putih (luban) itu dan dicampur dengan
madu lebah serta dimakan setiap hari.
CARA 4:
Ibnu Abbas, seorang penghafaz dan ahli
Qur’an berkata: “ Memakan satu misqal (bersamaan 4.2 gram) gula bersama 1 misqal
kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air
kecil dan mengubati kelupaan”
PEMBELIAN ONLINE
LUBAN / LIBANAH ASLI
** AL-LUBAAN ADA STOK **
LUBAN ASLI (100% Original)
Berat per botol : +/- 150 Gram
HARGA : RM30 /Botol
Termasuk Pos Laju (Semenanjung)
Termasuk Pos Laju (Semenanjung)
HARGA : RM35 /Botol
Termasuk Pos Laju (Sabah/Sarawak)
Termasuk Pos Laju (Sabah/Sarawak)
UNTUK PEMBELIAN ONLINE
* SILA KLIK SINI *
--------------------------------------------------------------
Inginkan Ptar Luban Dalam Bentuk Pil
Ptar Luban Tidak Pahit Berbanding Luban Asli, Sesuai Untuk Semua
Peringkat Umur Kanak-Kanak Dan Dewasa Yang Tak Tahan Rasa Pahit.
Untuk Info Dan Beli Produk
Sila Klik Imej Di Bawah
--------------------------------------------------------------
Inginkan Ptar Luban Dalam Bentuk Pil
Ptar Luban Tidak Pahit Berbanding Luban Asli, Sesuai Untuk Semua
Peringkat Umur Kanak-Kanak Dan Dewasa Yang Tak Tahan Rasa Pahit.
Untuk Info Dan Beli Produk
Sila Klik Imej Di Bawah
-----------------------------------------------------------------------
Ingin Dapatkan Kopi Luban?
Sila Klik Imej Di Bawah
Untuk Info Dan Beli Produk
No comments:
Post a Comment