Monday, December 24, 2012

Taubatnya Pemuda Bernama Tsa'labah Bin Abdurrahman

Kisah Taubat Pemuda
Tsa'labah Bin Abdurrahman

Tsa’labah merupakan seorang sahabat Nabi SAW.  Nama sebenarnya ialah Tsa’labah bin Abdul Rahman, remaja berusia 17 tahun yang ada misi dan visi yang hebat, terang lagi jelas. Tiada suatu pun yang mampu membuatkan matlamat hidupnya goyah sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir.

Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikuti Rasulullah SAW mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah SAW akan khabarkan kepada Tsa’labah dan beliau akan menunaikannya.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tsa’labah mencari sesuatu. Ketika dalam pencarian barang yang dihajati Rasulullah itu, Tsa’labah telah melalui beberapa deretan buah rumah.

Tanpa disangka salah sebuah rumah yang dilaluinya itu pintu belakang rumah tersebut tiba-tiba terbuka ditiup angin. Ketika itulah Tsa’labah secara tidak sengaja terpandang ke dalam bilik air rumah tersebut dan terlihatlah oleh beliau seorang perempuan sedang mandi.

"A'uzubillah (Aku berlindung kepada Allah)! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah SAW! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah ..."  begitulah rintihan Tsa’labah.

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah SAW. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang di puncaknya ada sebuah gua. Tsa’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Merasa kesal yang amat sangat dengan dosanya itu. Walhal apa yang berlaku itu bukanlah disengajakannya.

Sementara itu, Rasulullah SAW menantikan kepulangan Tsa’labah. Sudah beberapa hari berlalu, namun Tsa’labah tidak balik. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan Syaidina Umar RA untuk mencari Tsa’labah.

Akhirnya Syaidina Umar al-Khatab berjumpa Tsa’labah di tempat persembunyiannya di puncak bukit itu.

Umar berkata "Tsa’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku? Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah? Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka," kata Tsa’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh kerana Tsa’labah sudah teramat lemah, lalu Syaidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarahi Tsa’labah, Tsa’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tsa’labah.

Tetapi Tsa’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tsa’labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tsa’labah.

"Apa yang kamu mahu Tsa’labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah SAW berkata, "wahai Tsa’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tsa’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas riba Rasulullah SAW.

Ketika jenazah Tsa’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW pun datang tetapi agak lewat. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tsa’labah. Sungguh pun begitu, Rasulullah berjalan merapati kubur Tsa’labah dalam keadaan perlahan dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tsa’labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tsa’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandangkan perempuan yang sedang mandi. Hingga menyebabkan beliau begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menghembus nafas terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan.  Alhamdulillah.

Moral dari kisah remaja bernama Tsa’labah ini, betapa dengan hanya terpandangkan wanita mandi itu pun dirasakan ia sudah berdosa besar dan tidak layak diribai oleh Nabi. Bagaimana pula dengan kita? Layakkah???

Marilah kita menyesal dan bertaubat terhadap segala dosa yang tidak disengajakan apatah lagi yang sengaja, dengan taubat yang sebenar ’taubatan nasuha’.  Semoga kita termasuk dalam golongan yang diterima taubatnya oleh Allah SWT, Amin.

Thursday, December 13, 2012

Perihal Dan Fitnah Al Masih Ad-Dajjal

Ujian Dan Fitnah Al Masih Ad-Dajjal

Ujian Allah SWT menerusi makhlukNya yang bernama Al Masih Ad-Dajjal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakanNya kepada ummat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda: “Sejak Allah SWT menciptakan nabi Adam AS sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal.”

Dunia Islam Kemarau Sebelum Kemunculan Dajjal Muncul
Dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama tiga tahun. Pada tahun pertama, hujan akan kurang sebanyak 1/3 daripada biasa, pada tahun kedua akan kurang 2/3 daripada biasa dan pada tahun ketiga hujan terus tidak turun. Umat ketika itu akan dilanda kebuluran dan kemarau.

Dajjal Muncul Tatakala Manusia Kebuluran
Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian.  Dalam satu riwayat, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW: “Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan.”

Syaitan Membantu Dajjal Muncul
Dalam satu hadis riwayat Nuaim bin Hammad: “… Lalu Allah SWT mengerahkan kepada Dajjal syaitan-syaitan yang ada di timur dan ada di barat dan merekapun datang berbondong ke hadapan Dajjal dan menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti apa jua perintahnya. Mereka berkata kepada Dajjal: “Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu”. Dajjal menyahut : “Ya! aku akan berbuat demikian. Maka pergilah kamu kepada semua manusia dan usahakanlah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkah kepada mereka bahawa aku telah membawa untuk mereka syurgaku dan nerakaku.”

Kemudian syaitan-syaitan itupun bertebaranlah di mukabumi dan masuk ke rumah-rumah orang dengan bilangan yang sangat banyak, lebih dari seratus syaitan untuk sebuah rumah. Syaitan-syaitan itupun menjelma dalam bentuk ayah tuan rumah itu, dalam bentuk anaknya, saudara-saudaranya, hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya. Mereka berkata kepada tuan rumah itu: “Wahai fulan, apakah kamu mengenali kami?” Tuan rumah itu menjawab: “Ya, saya kenal kamu semua. Ini ayahku, ini ibuku, ini saudara perempuanku, ini saudara lelakiku.”

Tuan rumah itu berkata lagi: “Apa khabar kamu semua?” Mereka (syaitan-syaitan) menjawab: “Bahkan apa khabar engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau.”

Tuan rumah itu pun berkata: “Sesungguhnya telah diberitakan kepada kami bahawa musuh Allah yang bernama Dajjal itu telah muncul (membuat kerosakan).” Mereka (syaitan-syaitan) menjawab: “Janganlah engkau terburu-buru berkata demikian. Janganlah engkau berkata demikian. Dajjal itu sebenarnya tuhanmu yang dapat membuat sesuatu keputusan terhadap nasibmu. Bersama dengannnya ada syurga dan neraka, ada sungai-sungai dan ada banyak makanan. Sesungguhnya tiada makanan kecuali yang datang dari sisinya, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah”.

Ketika itu tuan rumah tadi berkata: “Kamu semuanya pembohong. Kamu adalah syaitan-syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya Rasulullah SAW telah memberitahu kami akan keadaan yang sebenar dan baginda SAW telah menyuruh kami berhati-hati dan baginda SAW telah menyuruh kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-syaitan. Dajjal itu musuh Allah SWT. Dan sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan nabi Isa bin Maryam untuk membunuhnya.”

Kalau tuan rumah itu berkata demikian akan surut dan diam lalu mereka (syaitan-syaitan) segera pulang dengan hampa tangan dan kehinaan.”

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy RA, beliau berkata: “Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Dajjal Muncul Diantara Syam Dan Iraq
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.”

Dajjal Mengaku Sebagai Nabi
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi.  Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan yang baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAF FA RA (KAFIR), yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.”

Dajjal Ada Syurga Dan Neraka
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah SWT dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. ”

Dajjal Menghidupkan Ayah Dan Ibu Yang Telah Mati
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Dajjal Belah Dan Hidupkan Semula Manusia
 “Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Dajjal Menurunkan Hujan
Kata Rasulullah SAW lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.”

Dajjal Dijadikan Tuhan
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.”

Makkah Dan Madinah Selamat Daripada Dajjal
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. ”

Dajjal Mengawal Masa
Dari Jabir bin Abdullah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada 40 hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah SAW menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinKu. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Doa Mohon Perlindungan Dari Dajjal
Rasulullah SAW telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.  Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 


Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”

10 AYAT SURAH AL-KAHFI
- Amalan Untuk Mohon Pelindungan Allah SWT
Daripada Fitnah Dajjal, sila klik pautan dibawah ;

Wednesday, December 12, 2012

10 AYAT SURAH AL-KAHFI - Pelindungan Daripada Fitnah Dajjal

10 AYAT SURAH AL-KAHFI
(Untuk Mohon Pelindungan Allah SWT Daripada Fitnah Dajjal)

Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)  
10 AYAT PERTMA SURAH AL-KAHFI

Pada lafaz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadis hasan.”

Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
 10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 

DOA SELEPAS TAHHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM

Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”

Sila kongsi dan simpan semoga bermanfaat.

Sunday, December 9, 2012

TEMPAHAN DAN PEMBELIAN PRODUK ION NEGATIF AIRBOOM


UNTUK TEMPAHAN/ PEMBELIAN
Produk-Produk Ion Negatif
"AIRBOOM"

        

CARA MEMBUAT PEMBELIAN

Pembelian boleh dibuat secara pesanan melalui SMS atau e-mail. Sila ikuti 3 LANGKAH berikut untuk membuat tempahan secara SMS atau e-mail.

1). SMS/TELEFON  ke H/P No. : 0137724338 (Amir) ATAU E-MAIL di amirmohyem@gmail.com untuk semak stok sebelum membuat belian dan pembayaran.

2). Bayaran tunai hendaklah di bank-in / transfer MELALUI MESIN ATM ke dalam salah satu akaun  di bawah ;


Bank Islam Malaysia Bhd.  (BIMB)
Nama : Amir Bin Yem
No. Akaun : 01-032-02-007419-7

                         ATAU


Bank Muamalat Malaysia Bhd. (BMMB)
Nama : Amir Bin Yem
No. Akaun : 0106-0037278-72-8

                         ATAU


Maybank Bhd. (MBB)
Nama : Amir Bin Yem
No. Akaun : 15146-3155-780

3). KEMUDIAN SMS/e-mail  
Taip mesej SMS/e-mail seperti FORMAT di bawah :

(  AB/Kuantiti/RMxxx/Tarikh/Masa/Nama Bank/Nama Penuh/Alamat/No. H/P  )

CONTOH SMS/e-mail :  

Bagi Pembelian
AB/RM180.00/100811/10.35am/BIMB/ Ahmad Bin Amin/12A,Jalan Makmur, Taman Cengal, 85000 Segamat, Johor/0197334015

Kemudian hantar melalui ;
SMS ke  H/P No. :  013-7724338    ATAU    e-mail ke : amirmohyem@gmail.com


* ANDA DIGALAKAN 'SMS' KE H/P No. :  013-7724338   SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN


CARA PENGHANTARAN
BAYARAN YANG TELAH SAH/JELAS ;
SEBELUM JAM 12.00 TGH.
BARANG AKAN DI POS PADA HARI YANG SAMA. 
SELEPAS JAM 12.00 TGH.
BARANG AKAN DI POS PADA HARI BERIKUTNYA

BARANG AKAN DIPOS
KE ALAMAT TUAN/PUAN SECEPAT MUNGKIN.

INSYA ALLAH AKAN DITERIMA OLEH TUAN/PUAN :- 
* SEMENANJUNG 3-5 HARI BEKERJA
* SABAH/SARAWAK 5-7 HARI BEKERJA.


KAMI DAHULUI RIBUAN TERIMA KASIH
DIATAS KESUDIAN TUAN MEMBELI DENGAN KAMI.

Friday, December 7, 2012

Dialog Antara Non-Muslim Dengan Muslim

15 Soalan Dan Jawapan Non-Muslim VS Muslim

Soalan (1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Jawapan
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

Soalan (2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Jawapan
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

Soalan (3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Jawapan
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

Soalan (4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Jawapan
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

Soalan (5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Jawapan
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

Soalan (6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?

Jawapan
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

Soalan (7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Jawapan
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

Soalan (8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Jawapan
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

Soalan (9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"

Jawapan
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

Soalan (10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jawapan
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

Soalan (11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Jawapan
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

Soalan (12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Jawapan
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

Soalan (13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Jawapan
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

Soalan (14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Jawapan
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus adalah untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan (15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

Jawapan
Tampar saja muka orang tu,  Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Nota :  Info Artikel ini dipetik, diolah dan disunting semula daripada facebook.

Kredit kpd : http://surauassyakirinsb.blogspot.com/2012/12/soal-dan-jawab-orang-bukan.html

Thursday, December 6, 2012

CARA BELI CERMIN MATA TERAPI D'MATA

CARA BELI
CERMIN MATA TERAPI D'MATA
      RM35.00  Sahaja      
Termasuk Pos Laju

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

CEPAT BUAT PESANAN ANDA SEKARANG
STOK TERHAD
SIAPA CEPAT DIA DAPAT




CARA MEMBUAT PEMBELIAN
Pembelian boleh dibuat secara pesanan melalui SMS atau e-mail. Sila ikuti 2 LANGKAH berikut untuk membuat tempahan secara SMS atau e-mail.

1). SMS/TELEFON/E-MAIL  dahulu  (H/P No. : 0137724338) sebelum membuat belian bagi  menyemak stok barang.   Jika sah barang ada dalam stok terus langkah 2  untuk membuat        pembayaran.

2). Bayaran tunai hendaklah di bank-in / transfer ke dalam salah satu akaun  di bawah ;


Bank Islam Malaysia Bhd.  (BIMB)
Nama : Amir Bin Yem
No. Akaun : 01-032-02-007419-7

                         ATAU


Bank Muamalat Malaysia Bhd. (BMMB)
Nama : Amir Bin Yem
No. Akaun : 0106-0037278-72-8

                         ATAU


Maybank Bhd. (MBB)
Nama : Amir Bin Yem
No. Akaun : 15146-3155-780

3). KEMUDIAN SMS/e-mail :
Taip mesej SMS/e-mail seperti FORMAT di bawah :

(Kuantiti)/RMxxx/Tarikh/Masa/Nama Bank/Nama Penuh/Alamat POS/No. Handphone

CONTOH SMS/e-mail :  (1)/RM 35.00/100811/10.35am/BIMB/ Ahmad Bin Amin/No.11, Jln Lama, Taman Maju, 83000 Batu Pahat, Johor/0137574554

Hantar SMS ke  H/P No. :  013-7724338    ATAU  
e-mail ke : amirmohyem@gmail.com

CARA PENGHANTARAN
BAYARAN YANG TELAH SAH/JELAS ;
SEBELUM JAM 12.00 TGH.
BARANG AKAN DI POS PADA HARI YANG SAMA. 
SELEPAS JAM 12.00 TGH.
BARANG AKAN DI POS PADA HARI BERIKUTNYA


BARANG AKAN DIPOS
KE ALAMAT TUAN/PUAN SECEPAT MUNGKIN.
INSYA ALLAH AKAN DITERIMA OLEH TUAN/PUAN :- 
* SEMENANJUNG 3-5 HARI BEKERJA
* SABAH/SARAWAK 5-7 HARI BEKERJA.


KAMI DAHULUI RIBUAN TERIMA KASIH
DIATAS KESUDIAN TUAN MEMBELI DENGAN KAMI.