Wednesday, June 20, 2012

Download Audio Rakaman Ustaz Azhar Idrus Di Parit Raja, Batu Pahat, Johor


Majlis Dakwah Islamiah Bersama
Ustaz Azhar Idrus
Pt Haji Salleh Ros,Parit Raja.Batu Pahat.Johor.
09 Jun 2012
Jam 8.00 mlm


MUATURUN PERCUMA
(Free Download)
 
AUDIO RAKAMAN CERAMAH (1Jam 54Minit) - wav.file
USTAZ  AZHAR  IDRUS
DI PARIT RAJA, JOHOR


UNTUK MUAT TURUN AUDIO CERAMAH
  SILA KLIK PHOTO DI BAWAH    



CERMIN MATA TERAPI D'Mata
RM35.00 SAHAJA
 (Termasuk Pos Laju)
Untuk Maklumat Lanjut / Tempahan / Pembelian
SILA KLIK IKLAN DI BAWAH



Wednesday, June 13, 2012

7 Amalan Sunnah Yang Utama



SILA KLIK IKLAN INI


  7 Amalan Sunnah Yang Utama  


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Tujuh amalan sunnah utama Nabi SAW itu adalah: 



Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 

Kedua:   
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 

Ketiga: 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

  Keempat: 
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 

Kelima: 
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 

Keenam: 
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Apa pun ikhlas dan istiqamah dalam melaksanakannya adalah lebih utama kerana ianya merupakan mutu (kualiti) dalam ibadah.

Monday, June 11, 2012

19 HADIS KELEBIHAN WANITA




SILA KLIK IKLAN INI


  

  19 HADIS KELEBIHAN WANITA  


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya". 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 

Wahai wanita janganlah sesekali anda merasa lemah. Kamulah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah dari lelaki. Bersyukurlah dengan darjatmu wahai wanita muslimah. Alangkah beruntungnya menjadi seorang wanita muslimah.

Thursday, June 7, 2012

Israk dan Mikraj



SILA KLIK IKLAN INI

Photobucket


  PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ  

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya. 



Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan menyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.


Khilaf tentang tarikh Israk Mikraj

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama. Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. 

Majoriti ulama berpendapat ianya selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.

  1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

Israk - bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, seperti mana firman Allah yang bermaksud : 
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Mikraj - merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud: 

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”  (Q.S. An-Najm: 13-18).



Israk Mikraj boleh dirumuskan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.




Perjalanan Isra Mikraj tidak terhenti dengan sekali perjalanan ini sahaja namun sebenarnya banyak kali ia berlaku namun kisah ini didokumentasikan di dalam Al Quran sebagai simbolik dan juga pengajaran agar manusia akan dapat mengambil intipati tersurat dan tersirat di dalamnya.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. 

Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam. 

Sesetengah ulama mengatakan bahawa antara sebab kenapa Nabi Musa a.s meminta supaya diminta pengurangan bukan disebabkan perkara lain namun kerana keinginan baginda untuk mendapat percikan Tajalli ( Cahaya ) Allah Taala yang terkesan pada muka Rasulullah s.a.w.. Kerana bagi kekasih Allah, melihat atau mendapat kesan kesan dari Kekasih adalah nikmat yang tiada taranya. Wallahu A’lam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud : 


“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114). 

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy. 

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya. 

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW. 

Namun ada juga ulama tidak berpendapat demikian,kerana bagi mereka Firman Allah : Sesungguhnya Wali wali Allah tidak ada ketakutan pada mereka dan tiada kesedihan ; telah menafikan kesedihan Nabi s.a.w. Maka mengatakan Nabi sedih dan digembirakan dengan pemergian Isra Mikraj sebenarnya meragukan dan mungkin boleh menyalahi maksud sebenar jika berdasarkan ayat yang di atas. Adakah wali tinggi dari Nabi ? Tentu Nabi yang juga ketua segala Nabi adalah yang paling tinggi dan tiada rasa kesedihan mengalahkan keimanan serta kecintaan Nabi kepada Allah yang amat Pengasih lagi Penyayang kepada kekasihNya s.a.w.

Peristiwa menarik semasa Isra dan Mikraj yang kesan atau bukti masih dapat dilihat sekarang ialah batu terapung yang ingin mengikut Rasulullah s.a.w Isra dan Mikraj bersama. Namun ditahan oleh baginda s.a.w dan akhirnya kekallah ia bergantungan di antara bumi dan langit hingga sekarang.
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang Perempuan tua bongkok tiga yang menahan Rasulullah untuk bertanya sesuatu. kata Jibrail; “Itulah gambaran usia dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Setibanya baginda di Masjidil Aqsa, baginda bertemu dengan para anbiya` dan mursalin yang sekian banyaknya diutuskan oleh Allah. malah baginda dimuliakan dengan mengimamkan solat yang jemaahnya adalah para anbiya` dan mursalin terdahulu. baginda kemudiannya ditawarkan oleh Jibrail a.s akan air untuk menghilangkan dahaga, pilihannya antar dua; susu dan khamr. baginda memilih susu dan bukannya khamr (arak). berkatalah jibrail a.s; “Engkau telah dianugerahi fitrah dan kau telah mendapat fitrah, sekiranya kau memilih khamr, bererti kau menyesatkan ummatmu sendiri”.

Seterusnya baginda telah bersedia untuk dimi’rajkan, di mana Jibrail a.s mengiringi baginda naik ke langit dunia. ketika itu seketul batu ingin ikut serta bersama mereka mi’raj ke langit, namun ditahan nabi S.A.W. maka sehingga ke hari inilah batu itu masih terapung di udara.

Setibanya mereka, Jibrail a.s meminta dibukakan ;

Pintu langit pertama bagi mereka. di sana baginda bertemu dengan bapa sekalian manusia, yakni Adam a.s. Adam a.s menyambut kedatangan baginda dan mengesahkan kenabian (nubuwwah) baginda. Allah turutmemperlihatkan roh-roh orang syahid pada sebelah kanan baginda dan roh-roh orang yang sengsara di sebelah kiri. menurut Ringkasan Peristiwa Isra` dan Mikraj (n.d) orang yang sengsara yang diperlihatkan Allah itu adalah orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


Di langit kedua baginda dipertemukan dengan nabi Yahya ibn Zakaria dan Isa ibn Maryam a.ma. mereka berduanya menyambut baik kehadiran Muhammad dengan sahutan salam serta mengesahkan kenabian baginda.

Langit ketiga menyaksikan pertemuan baginda dengan nabi Yusuf a.s. baginda lantas mengucap salam lalu disahut dan disahkan kenabian baginda.

Langit keempat baginda bertemu dengan nabi Idris a.s yang menyahut salam baginda serta mengesahkan kenabiannya.

Langit kelima baginda dipertemukan dengan nabi Harun a.s. baginda lantas memberi salam. salamnya disahut serta kenabiannya disahkan.

Langit keenam nabi Muhammad bertemu dengan Musa a.s. baginda menyahut salam Muhammad S.A.W. dan kenabiannya disahkan, tatkala mahu beralih ke langit ke tujuh, nabi Musa a.s menangis, lalu bertanyalah Muhammad akan gerangan mengapakah baginda menangis. jawab Musa a.s; “aku menangis kerana ada seorang pemuda yang diutus sesudah aku, yang masuk syurga bersama ummatnya dan yang lebih banyak daripada ummatku yang masuk ke sana” (Syeikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, 2002).

Langit ketujuh menyaksikan pertemuan Muhammad dengan asal-usul susur galur dirinya, yakni nabi Ibrahim a.s. lalu baginda menyahut salam dari Muhammad S.A.W. dan mengesahkan kenabian baginda, lalu nabi Ibrahim berkata; “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk ummatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda,“Sampaikan salamku kepada ummatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga” (Ringkasan Peristiwa Isra` Mikraj).

Maka naiklah Muhammad bersama Jibrail ke tangga yang seterusnya sehinggalah bertemu dengan Allah di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab. ada riwayat mengatakan bahawa baginda naik seorang berjumpa dengan Allah dan Jibrail a.s menunggu cuma di tangga yang sebelumnya. ada juga riwayat mengatakan bahawa nabi S.A.W. naik berjumpa Allah tanpa perlu membuka capalnya, tidak seperti Musa a.s yang pernah naik berjumpa Allah tetapi perlu buka capal. di sinilah berlakunya dialog antara Muhammad dengan Penciptanya Allah swt;

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika. 


Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.


Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Maka bermulalah pensyari’atan solat dengan waktu yang lima puluh, namun apabila baginda turun, baginda berjumpa dengan nabi Musa a.s yang bertanyakan tentang amanat Allah kepadanya; lalu disuruhnya akan Muhammad kembali bertemu dengan Allah untuk meminta kekurangan pada beban kerana ummat akhir zaman ini tiada mampu untuk menggalas beban yang berat ini. 

Maka begitulah baginda berulang-alik bertemu Allah dan Musa sehingga kurang lima waktu, tetapi masih disuruh oleh Musa a.s untuk meminta dikurangkan, maka berkatalah Muhammad; “Aku telah malu kepada Rabb-ku, aku redha menerimanya.” kemudian berseru suara; “Kewajiban dari-Ku telah Ku-tetapkan dan telah Ku ringankan bagi hamba-Ku” (zadul Ma’ad, n.d, as cited in Syeikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, 2002).

Bukan ini sahaja, malah banyak lagi yang diperlihatkan kepada Muhammad S.A.W. ketika baginda diisra` mi’rajkan. manakala ketika turun ke bumi, malangnya lebih ramai yang mendustkan baginda, namun Abu Bakr terus mempercayai baginda lalu bertakhtalah gelaran as-Siddiq pada hujung namanya.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah: 

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. 

Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat. 

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. 

Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan. 

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. 

Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat. Ini adalah peringkat tertinggi di dalam agama iaitu Muhsin ( maqam Ihsan ) yang tertinggi selepas Iman ( Mukmin ) dan juga maqam Islam
(Muslim).

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi. 

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada Rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan. 

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat. 

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara. 

8. Kehebatan Allah Taala yang telah mengumpulkan roh segala Nabi dan Wali di satu masa untuk bersolat di belakang Rasulullah s.a.w.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. 

Firman Allah yang bermaksud : 
“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”


Wallahu a'lam

Tuesday, June 5, 2012

KELEBIHAN SUBUH BERJEMAAH



SILA KLIK IKLAN INI

KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Rasulullah SAW menyampaikan sebuah hadits di hadapan para sahabatnya, ketika menanyakan salah seorang jemaahnya tidak terlihat dalam saf subuh berkali-kali :  
”Sungguh, solat yang paling berat bagi orang munafik, adalah solat Isya' dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangani keduanya, sekalipun dengan merangkak” (HR. Bukhari-Muslim).

Banyak ulama hadits menilai tentang penjelasan hadits ini, di antaranya bahwa untuk menilai seseorang apakah sungguh-sungguh beriman atau malah munafik, maka dapat dilihat solat subuhnya.

Solat subuh berjemaah adalah satu di antara solat fardhu (wajib) 5-waktu yang utama selain keutamaan solat Isyak berjemaah dan memiliki keutamaan tersendiri, antaranya :-


1. Merupakan solat paling utama yang diwajibkan pada kaum Muslimin. (merupakan solat yang sejak awal disyariatkan tetap 2-rakaat).


2. Azan subuh berbeza dengan azan solat wajib lainnya, dengan menambahkan ’Ash-shalatu khairum minan naum’ – ”solat itu lebih baik dari tidur, sebanyak 2 kali”.


3. Rasulullah SAW memberikan doa khusus setelah solat subuh, yang berbeza dengan solat lain. Doa ini sebagai tambahan ’wirid’ penutup solat.


Diriwayatkan oleh Abu Dzar RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda :
”Siapa mengatakan setelah solat subuh, sebelum meninggalkan tempat duduknya dan berbicara sedikitpun – La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli sya in qadir – sebanyak 10X, maka akan ditulis baginya 10 kebaikan, dihapus 10 kesalahan dan diangkat darjatnya 10 kali lebih tinggi. Satu hari penuh ia terlindung dari suatu yg tidak disukai, terlindung dari syaitan, tidak ada dosa yang pantas dianggap sebagai dosa, kecuali syirik” (HR.Tirmidzi).

Rasulullah SAW pernah menasihati Muslim bin harits :

”Jika kamu solat subuh, maka bacalah sebelum kamu berbicara – Allahumma ajirni minannar (Ya ALLAH lindungilah aku dari api neraka) – sebanyak 7X, maka jika kamu mati hari itu, ALLAH akan menjauhkanmu dari api neraka” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).


4. Rasulullah SAW selalu menyuruh memendekkan bacaan solat, kecuali solat subuh.  Abu Barzah Al-Islami meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pada solat subuh membaca 60 sampai 100 ayat….. sampai sebentar lagi matahari terbit (HR. Muslim).

5. Rasulullah SAW mempunyai bacaan khusus solat subuh di hari jumaat.  Abu Huraira meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca pada rakaat pertama SURAH AS-SAJADAH dan rakaat kedua SURAH AL-INSAN. Keistimewaan ini ini tidak terjadi pada solat wajib yang lain.


6. Solat subuh tidak boleh diqasar dan dijamak!

Seperti yang kita fahami dari beberapa hadits, pada saat solat subuh inilah pergantian malam dan siang. Pada saat itu malaikat malam dan siang berkumpul dan berganti tugas.



”Solat berjemaah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada solat subuh” (HR. Bukhari).

ALLAH SWT berfirman : ”Dan dirikanlah solat subuh. Sungguh, solat subuh itu disaksikan oleh para malaikat” (QS. Al-Isra : 78).


Ada lagi bonus utama di waktu solat subuh :
“Dua (2) rakaat solat fajar (solat sunat sebelum atau qabliyah subuh) yang lebih baik dari dunia dan seisinya.” (HR.Muslim).

Rasulullah SAW mengistimewakan solat ini dengan menggambarkan bahawa :
”Seandainya dunia dan seisinya ini adalah sebuah kebaikan, maka jauh lebih baik 2 rakaat solat fajar yang kita kerjakan” 


Selain itu, solat subuh berjemaah di masjid boleh menjadi penerang pada hari kiamat kelak, seperti yg disabdakan Rasulullah SAW :


”Berilah khabar gembira bagi orang-orang yang berjalan di kegelapan menuju masjid (untuk mengerjakan solat subuh) dengan cahaya yang terang benderang (pertolongan) pada hari kiamat ! ” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah).

SOLAT PALING UTAMA

SOLAT YANG PALING UTAMA

Solat yang paling utama menurut hadis Nabi SAW ;

1. Solatyang paling utama di sisi Allah SWT adalah solat SUBUH pada hari Jumaat dalam JEMAAH. – (Riwayat Abu Nu’aim & Baihaqi)

2. Solat yang paling utama adalah solat (sunat) seseorang di  rumahnya kecuali solat FARDHU. – (Riwayat Nasaai & Thabraani)

3. Solat yang paling utama adalah yang paling lama berdirinya. – (Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmizi & ibnu Majah)





~~~~~~~~~~

Terapi Mata Anda Dengan Cermin Mata

Terapi D'Mata
 RM35.00  (Temasuk Pos Laju)

Maklumat Lanjut Dan Tempahan
KLIK LOGO Di Bawah