Detik Kewafatan Rasulullah SAW
(Berdasarkan
Hadis Shahih Bukhari)
Gambar Maqam Rasulullah SAW
Banyak artikel membicarakan kisah kewafatan Nabi Muhammad tetapi
tidak meyakinkan kerana tidak disertai dalil yang kuat. In Shaa Allah kisah
tentang Nabi Muhammad wafat yang anda baca ini dapat dijadikan rujukan yang bersumber dari hadis sahih Bukhari (sila rujuk nota kaki di bawah perenggan akhir).
Menjelang Kewafatan Nabi Muhammad
Kira-kira 3 bulan selepas kembali daripada
menunaikan haji wada, Nabi Muhammad SAW menderita sakit yang cukup serius. [1] Baginda kali
pertama mengadu tentang sakitnya semasa di rumah Ummul Mukminin Maimunah [2]. Baginda sakit
selama 10 hari, [3] kemudian akhirnya wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal [4] dalam umur 63
tahun .
[5] Dan telah shahih
(satu riwayat yang mengemukakan) bahawa sakitnya telah dirasakan sejak tahun
ke-7 selepas penaklukan Khaibar, iaitu setelah baginda merasai sepotong daging
panggang yang telah diberi racun dan dihidangkan oleh isteri Sallaam bin
Masykam Al-Yahudiyyah. Walau pun baginda telah memuntahkan iaitu tidak sampai menelannya,
tetapi kesan racunnya masih tersisa. [6]
Baginda, Nabi Muhammad SAW meminta izin
pada para isterinya supaya dirawat di rumah Aisyah . [7] Aisyah mengusap badan Nabi Muhammad SAW sambil
membaca surat Al- Mu'awwidzatain ( Surat Al-Falaq dan An-Naas ) . [ 8 ]
Ketika baginda dalam keadaan kritikal, baginda berkatalah
pada para shahabat : "Kemarilah , aku ingin menulis untuk kalian yang
dengan itu kalian tidak akan tersesat setelahnya" .
Terjadi perbezaan di antara mereka.
Sebahagian bermaksud memberikan alat-alat tulis sebahagian lain tidak setuju,
bimbang ianya akan memberatkan baginda. Belakangan telah jelas bahawa perintah
menghadirkan alat tulis itu bukanya perkara yang wajib, tetapi sebuah pilihan
saja . Semasat mendengar Umar bin Khatab berkata: "
Kami telah cukup dengan Kitabullah "; maka beliau tidak mengulangi
permintaannya itu. Andai itu adalah kewajiban, pasti baginda akan
menyampaikannya dalam bentuk mesej . Sebagaimana ketika baginda menyatakan mesej
secara terus kepada mereka supaya mengeluarkan orang-orang musyrik dari Jazirah
Arab dan supaya memuliakan rombongan delegasi yang datang ke kota Madinah. [9]
Sebuah riwayat yang sahih memaparkan
bahawa alat tulis itu dimintanya pada hari Khamis , 4 hari menjelang Nabi
Muhammad wafat. Andaikan permintaan itu wajib, maka baginda tidak akan
meninggalkannya kerana ada perselisihan para shahabat pada waktu waktu itu . Baginda
tidak mungkin meninggalkan tabligh (atas risalah) walaupun ada yang
menyelisihi. Telah menjadi kebiasaan, para sahabat nabi mengesahkan beliau
dalam beberapa perkara yang ada perintah secara pasti.
Nabi Muhammad SAW memanggil Fatimah lalu
berbisik, kemudian Fatimah menangis. Nabi memanggilnya kembali dan berbisik
kemudian Fatimah tersenyum. Setelah Nabi Muhammad wafat, Fatimah memaparkan
bahawa ia menangis sebab diberitahu bahawa baginda akan wafat, dan tersenyum
sebab menerima bisikan bahawa dirinya adalah ahli keluarga pertama yang akan
menyusul beliau. [10] Dan salah satu tanda dari tanda-tanda nubuwwah itu akhirnya
terbukti .
Menjelang kewafatan Nabi Muhammad , sakit yang beliau
derita semakin parah hingga beliau tidak sanggup keluar untuk solat berjemaah
di masjid beserta shahabat-sahabatnya. Baginda bersabda : " Suruhlah Abu Bakar supaya solat
mengimami manusia " .
Aisyah berusaha agar baginda SAW menunjuk orang lain
saja kerana bimbang orang-orang akan berprasangka yang bukan-bukan kepada
ayahnya (Abu Bakar) . Aisyah kemudian berkata : "Sungguh Abu Bakar itu adalah
seorang lelaki yang lemah fizikalnya , suaranya perlahan , mudah menangis semasa
membaca Al- Qur'an". [11]
Namun Rasulullah tetap bertegas atas
perintah itu . Akhirnya Abu Bakar menjadi imam solat berjemaah di masjid bagi
para shahabat. [12] Pada satu hari, Nabi keluar dengan dipapah oleh Ibnu Abbas dan
Ali untuk solat berjamaah, seterusnya beliau berkhutbah . Beliau memberi pujian
dan menjelaskan kelebihan Abu Bakar dalam khutbahnya itu dimana ia ( Abu Bakar)
disuruh pilih oleh Allah antara dunia dan kahirat , tapi Abu Bakar memilih
akhirat. [13]
Khutbah yang disampaikan itu adalah 5 hari menjelang kewafatan
Nabi Muhammad. Baginda bersabda :
"Sungguh
ada seorang hamba yang ditawarkan dunia dan perhiasannya, namun justru ia
memilih akhirat".
Abu Bakar memahami bahawa maksudnya itu
adalah dirinya. Dia pun menangis. Melihat hal tersebut, orang -orang heran
sebab tidak mengerti apa yang dirasakan Abu Bakar. [14]
Rasulullah SAW membuka tabir bilik Aisyah semasa solat
Subuh , hari dimana akan wafatnya Nabi Muhammad, kemudian baginda memandang
para shahabat yang sedang berada dalam saf-saf solat berjemaah. Banginda
tersenyum dan tertawa kecil seakan mengundur diri pada mereka. Para shahabat
amat gembira dengan keluarnya baginda itu. Abu Bakar pun mundur kerana mengira
Rasulullah SAW ingin solat berjemaah bersama mereka. Namun baginda memberikan
isyarat kepada mereka dengan tangannya agar menyelesaikan solat mereka. Baginda
kemudian masuk bilik semula sambil menutup tabir.
Fatimah masuk menemui beliau dan berkata: " Alangkah
berat penderitaan ayah " . Maka baginda menjawab : " Setelah
hari ini, tidak akan ada lagi penderitaan ". [15]
Ternyata itulah hari Nabi Muhammad wafat. Usamah bin
Zaid masuk , dan beliau memanggilnya dengan isyarat. Baginda sudah tidak
sanggup lagi bercakap kerana sakitnya yang semakin berat. [16]
Ketika menjelang Nabi Muhammad wafat, baginda
bersandar di dada Aisyah. Aisyah mengambil siwak pemberian saudaranya bernama
Abdurrahman . Aisyah gigit siwak itu lalu memberikannya kepada Nabi . Baginda pun
lalu bersiwak dengannya.
[17]
Rasulullah SAW lalu memasukkan tangannya ke dalam
bejana yang berisi air dan membasuh mukanya. Baginda bersabda : "Tidak ada
tuhan yang berhak disembah selain Allah. Sesungguhnya pada setiap kematian itu
ada saat-saat mati ". [18]
Dan Aisyah secara samar-samar masih mendengar baginda
bersabda : "Bersama
orang- orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah". [19] Lalu baginda
berdoa: "
Ya Allah, pertemukan aku dengan Ar - Rafiiqul - A'laa ( Allah ) " .
Aisyah tahu bahawa baginda waktu itu disuruh memilih , dan beliau pun memilih
Ar - Rafiiqul - A'laa ( Allah ). [20]
Akhirnya waktu wafatnya Nabi Muhammad
pun tiba pada hari itu. Baginda wafat di waktu Dhuha, ada yang mengatakan pada
waktu tergelincirnya matahari, sedangkan kepala beliau di pangkuan Aisyah.
Abu Bakar segera masuk , semasa Nabi
Muhammad wafat ia tidak berada di tempat itu. Ia membuka penutup wajah beliau,
lalu menutupnya kembali dan menciumnya. Ia pun keluar menemui orang ramai. Ketika
itu , orang ramai dalam keadaan antara percaya dan tidak percaya atas kewafatan
Nabi Muhammad. Umar antara sahabat orang yang tidak percaya atas berita Nabi
Muhammad wafat. Orang ramai pun kemudian berkumpul menemui Abu Bakar.
Abu Bakar berkata : "Amma ba'du , barangsiapa di antara
kalian yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad saat ini telah mati.
Dan barangsiapa di antara kalian yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah
itu Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Allah telah berfirman:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu
sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu
berbalik ke belakang ( murtad) ? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka
ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun ; dan Allah akan
memberi balasan kepada orang -orang yang bersyukur " ( QS. Aali
' Imraan: 144).
Mendengar itu, kemudian para shahabat
merasa tenang . Sementara itu, Umar duduk di tanah tidak sanggup berdiri.
Seakan-akan mereka belum pernah mendengar ayat tersebut melainkan pada saat itu
saja. [21]
Fatimah berkata :
"Wahai
ayah, Rabb telah memenuhi doamu
Wahai
ayah, syurga Firdaus tempat kembalimu
Wahai
ayah, pada Jibril kami kabarkan atas kewafatanmu ". [22]
Semoga
Allah melimpahkan shalawat, salam, barakah, dan nikmat kepada Nabi-Nya,
keluarganya, dan para shahabatnya . Dan akhir doa kami adalah alhamdulillaahi
rabbil 'aalamiin.
Nota Kaki
[
5,6,7,8,910,13,15,17,18,19,20,21,22 ] Shahih Bukhari (Fathul- Bari)
[1]
Ibnu Katsir berkata bahawa Nabi Muhammad wafat adalah 81 hari selepas hari haji
akbar [Al - Bidaayah wan- Nihaayah , 5/ 101 ].
[2]
Ibnu Hajar berkata bahawa itu merupakan pendapat yang mu'tamad . Beberapa
riwayat lain menyatakan bahawa beliau pertama kali mengeluhkan sakitnya di
rumah Zainab binti Jahsy atau Raihaanah [Fathul- Bari , 8/ 129].
[3]
Sulaiman At - Taimiy memastikan pendapat ini. Riwayat ini dikeluarkan oleh Al-
Baihaqi dengan sanad shahih. Menurut pendapat kebanyakan ulama , menjelang Nabi
Muhammad wafat, beliau sakit selama 13 hari [Fathul- Bari]
[ 4]
Al - Haafidh berpegang pada pendapat Abu Mikhnaf bahawa Nabi Muhammad wafat
tanggal 2 Rabiul Awwal . Tambahan angka 1 (menjadi 12) adalah kesalahan
[Fathul- Bari , 8/ 130].
[11]
Siirah Ibni Hisyaam , 4/ 330 dengan sanad shahih; dan Al- Bidaayah wan-
Nihaayah oleh Ibnu Katsir , 5/ 233.
[12]
Al - Bidaayah wan- Nihaayah oleh Ibnu Katsir, 5/232-233 .
[14]
Musnad Ahmad (Fathur - Rabbaaniy , 21/ 222 berikut catatan pinggir / hasyiyah
no . 3); dan Tirkatun - Nabiy Dengan sanad dimana rijalnya adalah tsiqah, namun
mursal.
[16]
Sirah Ibni Hisyaam , 4/ 329 dengan sanad shahih.
Kumpulan
hadis sahih Bukhari tentang Kisah Kewafatan Nabi Muhammad ini diambil dari
kitab : As - Siirah An -Nabawiyyah Ash- Shahiihah oleh Prof. Dr . Akram Dliyaa 'Al-
' Umariy , Maktabah Al -'Ulum wal -Hikam , Cet. 6/ 1415, Madinah Munawarah
Kredit
: http://www.promutu.com/tentang-nabi-muhammad/kisah-nabi-muhammad-wafat-shahih-bukhari/