Thursday, January 30, 2014

LANGSING - MUDAH DAN MURAH DENGAN ASAM GELUGUR

Khasiat Buah Asam Gelugur
(PETUA MELANGSINGKAN BADAN)
POKOK ASAM GELUGUR

Asam gelugur yang Nama Botaninya Garcinia Cambogia - juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia dan Malaysia terutama dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.

Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa masakan asam pedas, dsb. Ianya juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.

Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan asam gelugor terdiri daripada unsur aktif 50% dan 70% HCA.

BUAH ASAM GELUGUR

Kandungan lain buah ini adalah Asid Citric seperti , tartaric, malic dan asid ascorbic , acid hydroxy citric , dan flavonoids. Bila dipotong nipis dan dikeringkan dibawah matahari dipanggil sebagai “Asam Keping” ia dugunakan dalam penyediaan beberapa jenis masakan dan rasanya amat masam.

Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur

Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan.

Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;

1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar
2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan
3. Mereka yang terlalu gemuk

Buah Asam Gelugur bukan jenis makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan.


ASAM GELUGUR KEPING YANG DIKERINGKAN

Berapa banyakkah yang perlu dimakan?

Asam gelugur yang kini semakin digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Jumlah yang baik bagi pengambilah HCA tidak diketahui, walau bagaimanapun pengamal pengawal berat badan mencadangkan 500 mg HCA diambil 3 kali sehari sebelum makan, jumlah yang terlalu rendah dibandingkan dengan yang digunakan dalam uji kaji keatas binatang (berdasarkan per kilo berat badan asas).

Kesan HCA lebih memberangsangkan jika diambil dengan pemakanan rendah lemak kerana HCA tidak melakukan apa apa untuk mengurangkan kesan kalori pada pemakanan lemak. Tindak balas mekanisma HCA adalah hanya sebahagian sahaja menghalang penukaran gula asas (simple sugars) kepada lemak, tapi ia amat sesuai dan berkesan apabila diambil dengan gula asas yang tinggi. Pemakanan yang tinggi serat menyebabkan kerosakan Peyerapan HCA seperti  dinyatakan sebelumnya.

Unsur utama dalam Asam Gelugur ialah  ‘Acid Hydroxyl Citric’ (HCA). Dalam kiraan asas harian, HCA terbentuk dari 20-30% buah-buah kecil (berry).  HCA yang terkandung di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan.

Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas :

1. Menyekat selera
Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)
HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Mekanisma terkini berdasarkan dari fahaman penolakan lemak oleh pembentukan orgarnisma semulajadi atau mekanisma gangguan pembentukkan lemak metabolisma yang menghasil dan mengekalkan kegemukan.


Buah Gelugur dan fisiologinya :

Bahan aktif, asid hydroxycitric (HCA) diekstrak dari kulit buah gelugur sebagai bahan menggalak pengurangan berat badan. Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.

Kegunaan Dan Khasiat Buah/Asam Gelugur :

1. Mengecutkan Rahim & Menurunkan Berat Badan
Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

PETUA 1  
a). Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam
     segelas air panas..
b). Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air  
     menjadi suam.
c).  Minum setiap pagi dan malam.
d). Jika di amalkan selalu In sha Allah perut buncit akan mengempis

PETUA 2  
a). Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih,
b). Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml-    
     1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam keping baru.

2. Mengubati Masalah Penghadaman
Amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) bagi ianya digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

3. Merawat Masalah Perut
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.

4. Menurunkan Tekanan Darah
Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

5. Merawat Sakit Telinga
Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

6. Melegakan Sakit Gusi

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

BELI PRODUK HOT ONLINE SILA KLIK IKLAN DI BAWAH

Sunday, January 12, 2014

Teks Selawat Maulidur Rasul Dan Sunnah Nabi Yang Utama

Selawat Maulidur Rasul

Mari Banyakan Selawat Ke Atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad SAW  Dan Amalkan Sunnah Baginda

Teks Bacaan Selawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW

Untuk Salin/Simpan
SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK BESARKAN
KEMUDIAN
Sila Klik Kanan Tetikus Dan "Save As" Atau "Save Image As" 
Pada Imej Selawat Di Bawah ;



Jom Amalkan 7 Sunah Nabi Yang Utama
Sila Klik Untuk Besarkan
KEMUDIAN
Sila Klik Kanan Tetikus Dan "Save As" Atau "Save Image As" 
Pada Imej Di Bawah ;

TAK DAPAT BUAT SEMUA
JANGAN TINGGALKAN LANGSUNG.

Thursday, January 2, 2014

Merancang Keluarga Dengan Kaedah BBT

Merancang Keluarga Dengan Kaedah BBT

Suhu badan asas (BBT) - Kaedah Semulajadi Merancang Keluarga

Kaedah suhu badan asas (BBT) adalah satu cara perancangan keluarga semula jadi, juga dikenali sebagai kaedah berasaskan kesedaran kesuburan.

Apa itu BBT ?
BBT singkatan “Body Basal Temperature” iaitu Suhu Badan Asas. Ia boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk mengetahui waktu subur melalui carta catatan (rekod) Suhu Badan Asas (BBT). Daripada carta BBT kita boleh mengetahui bilakah ovulasi akan berlaku.

Apa itu Ovulasi ?
Ovulasi adalah proses pelepasan telur yang matang dari dalam rahim dan kemudiannya berjalan menuju tiub fallopia untuk disenyawakan. Proses ini biasanya berlaku 16 hari selepas hari pertama kitaran haid atau 14 hari sebelum haid berikutnya.

Apakah Kepentingan dan kegunaan Carta BBT ?
1.      Sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil atau “Try To Conceive” (TTC)
2.      Untuk mengelakan kehamilan
3.      Untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka

Apakah Alat Mengukur BBT ?
Contoh Digital Basal Thermometer

BBT lebih mudah diukur dengan alat jangkasuhu (termometer) yang khas untuk mengukur BBT ini. Banyak termometer untuk mengukur suhu badan ini ada jual di farmasi. Termometer OMRON antara contohnya boleh dibeli di Guardian. Termometer ini agak mahal dari termometer biasa sebabnya digunakan khas untuk mengukur BBT, mempunyai dua decimal point, unit ukuranya boleh ditukar daripada celcius ke fahrenheit dan sebaliknya.

Kadang kala badan kita mengalami perubahan suhu yang amat sedikit seperti bacaan 0.01°C jadi dengan menggunakan thermomer yang ade 2 titik perpuluhan (decimal point) mudah untuk kita tengok perubahan suhu. Contohnya jika suhu badan untuk 3 hari berturut-turut adalah 36.07°C, 36.05°C, 36.03°C. Akan nampak perubahan bacaan suhu di situ? Sekiranya menggunakan termometer biasa ia akan memberikan bacaan 36.0°C untuk 3 hari yang berturutan walaupun sebenarnya terdapat sedikit perubahan pada bacaan suhu.

Mengapa pertukaran unit penting? Sebabnya carta BBT kadang kala dalam unit celcius kadang kala dalam unit fahrenheit. Dengan termometer 2 unit ini mudahlah untuk tukar (convert) unit bacaan suhu. Anda boleh pilih untuk buat carta BBT dalam unit celcius atau pun fahrenheit.

Bagaimana cara untuk menggunakan termometer ?
1.      Tekan butang ON atas thermometer hingga berbunyi 'beep' sekali.
2.      Skrin akan paparkan bacaan suhu 37°C serta simbol keluar pada skrin.
3.      Letakkan hujung termometer yang runcing (berwarna perak) di bawah lidah didalam mulut lebih kurang 60 saat (1minit).
4.      Sebahagian termometer akan bunyi 'beep' sebanyak tiga kali selepas 60 saat. Bila berbunyi ‘beep’ keluarkan termometer dari mulut untuk diambil dan rekod bacaan suhu yang dipaparkan pada carta BBT.

Bilakah masa yang sesuai untuk merekod bacaan suhu asas badan (BBT) ?
Masa paling ideal atau terbaik untuk ambil dan merekod suhu asas badan (BBT) adalah sebaik sahaja bangun tidur sebelum bangun dari katil iaitu sebelum melakukan sebarang aktiviti termasuklah gosok gigi.

Bagaimana mana nak baca carta BBT ?

Berdasarkan pada carta kitaran haid (menstruation cycle)  hendaklah ambil bacaan suhu asas badan (BBT) bermula pada hari pertama darah haid keluar (period) bukan hari pertama selepas period. Sebab hari pertama period adalah hari permulaan kitaran (cycle) iaitu hari dimana telur dalam ovari menjadi matang.
Oleh itu, catatkan bacaan suhu setiap hari bermula dari hari pertama haid (period) dan berikan perhatian pada pertengahan bulan daripada hari haid pertama bukannya bulan dalam kalendar.

Suhu badan asas adalah suhu badan ketika anda dalam keadaan rehat sepenuhnya. Sebelum mengalami ovulasi suhu badan asas anda biasanya antara 96°F(35.55°C) dan 98°F(36.67°C) darjah. Suhu badan asas selalunya ia berada pada tahap 98°F(36.67°C). Selepas ovulasi suhu badan asas (BBT) akan meningkat sedikit, biasanya kurang daripada 1°C F (-17.22°C). Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku. Keadaan paling subur biasanya dalam tempoh 2-3 hari sebelum suhu badan asas anda meningkat atau hari-hari selepas peningkatan itu.

Selain daripada mengukur suhu asas badan ini, fasa ovulasi boleh juga dipastikan dengan melihat pengeluaran cecair mukos (lendir) di bahagian faraj yang mana berubah mengikut perubahan hormon. Selanjutnya untuk pastikan suhu asas badan kita sedang mengalami ovulasi adalah dengan menguji tahap hormon LH menggunakan kit ujian ovulasi (ovulation kit test).

Contoh carta BBT kosong

Contoh rekod carta BBT

Sebelum ovulasi suhu asas badan turun berturut-turut dan selepas ovulasi naik mendadak. Jadi, waktu inilah dikira sebagai waktu subur. Jadi, perlulah peka dengan perubahan suhu tersebut.

Bagi pasangan yang inginkan zuriat adalah disyorkan mengadakan hubungan kelamin bersama suami selang 2 hari semasa ovulasi berlaku. Contoh daripada graf diatas, maka bolehlah mengadakan hubungan intim pada hari ke 14, 16, 18 dan 20.

Manakala bagi yang ingin menjarakan anak (merancang keluarga) elakan atau pilihlah tarikh lain atau pun menggunakan kondom atau pun inzal apabila bersama. Ini disebabkan pada ketika masa-masa tersebut, telur/benih perempuan (ovum) dapat hidup selama 12 ke 24-36 jam  (1-2 atau 2.5 hari) dalam keadaan bersedia untuk disenyawakan apabila bertembung dengan telur/benih lelaki (sperma). Jangka hayat telur/benih lelaki (sperma) normal dapat bertahan selama 48 ke 72 jam (3-4 hari) selepas ejakulasi (pancutan mani) ke dalam faraj. Melalui carta suhu asas badan (BBT) ini juga anda boleh merancang untuk menentukan jantina bayi (tidak dihuraikan di sini).


Sebagai manusia kita hanya dizinkan merancang dan beruasaha tetapi Allah yang Maha Menentukan segalanya. Berusaha, tawakal dan redhalah dengan ketentuanNya. Selamat mencuba dan semoga berjaya, In Shaa Allah usaha anda akan mendapat keberkatan dan dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyeri rumah tangga.