Thursday, April 19, 2012

WAKTU YANG DITEGAH SOLAT SUNAT

A. WAKTU YANG DILARANG SOLAT SUNAT

5 Waktu ditegah (diharamkan) solat sunat ;

1. Selepas daripada solat fardu Subuh sehingga terbitnya matahari.

2. Mulai dari terbit matahari sehingga tinggi matahari itu kadar segalah pada pandangan mata (kira-kira 16 minit setelah matahari terbit).

* Anggaran Kadar segalah = 4 Darjah ,  dimana 1 Darjah  = 4 minit(kira-kira 16 minit setelah matahari terbit.

3. Ketika matahari istiwa (berada di tengah-tengah langit) sehingga zawal (gelincir dari tengah-tengah langit) KECUALI hari Jumaat.

4. Selepas daripada solat fardu Asar sehingga terbenam matahari.

5. Ketika langit petang kelihatan kekuning-kuningan (ketika matahari hampir terbenam) hingga Maghrib.

 

B. PENGECUALIAN

Boleh melakukan solat pada keadaan yang demikian di bawah ;

1. Solat sunat di dalam Masjidil Haram dan kawasan-kawasan tanah haram di MEKAH, ianya dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2. Boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim (haram)
3. Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu/ mendatang) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

C. Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.


SILA KLIK IKLAN INI

 

Wednesday, April 18, 2012

Solat Sunat Yang Mengiringi Solat Fardu

Solat Sunat Rawatib

(Solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu)

Solat sunat rawatib dilakukan sama ada sebelum ataupun selepas solat fardu.  Tujuan solat sunat rawatib ialah untuk mendekatkan diri dan mencari keredhaan Allah SWT.  Di samping itu ianya boleh menampung dan menampal ketidak sempurnaan, kekurangan, kecacatan atau tidak khyusuk semasa solat fardu selagi mana kecacatan itu tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat fardu.


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh.  - Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi (dalam riwayat yang pelbagai).
 

Kelebihan Solat Sunat Rawatib

Hadis Nabi SAW yang menyebutkan kelebihan solat sunat rawatib;



عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ 

Dari Aisyah (RA), Rasulullah SAW bersabda : 

“Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” - Hadis riwayat Tarmizi.  

NIAT SOLAT RAWATIB

1. Sebelum Solat Fardu (Qabliah)

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
 
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak /Maghrib/Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala 

 

2. Selepas Solat Fardu (Ba'diah)

. أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
 
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib / Isyak) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala

 


SILA KLIK IKLAN INI