“AMAL SUNNAH ADA KEBERKATAN
PADA BEKAM ADA KESEMBUHAN”
-* In Sha Allah *-
APA ITU BEKAM ?
Bekam (hijamah) adalah suatu teknik perubatan mengeluarkan
darah statis (kental) bertoksin (racun) atau cemar dari dalam tubuh melalui
permukaan kulit dengan cara melakukan pemvakuman di pemukaan kulit dan
mengeluarkan darah darinya menggunakan peralatan bekam.
MENGAPA PERLU BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita
akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah
yang rosak. Sel darah kotor menjadi statis (kental) sebahagiannya akan
berkumpul di lapisan bawah kulit dan sebahagiannya dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah
yang baru. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih
hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan
kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan
dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan
sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Darah kotor statis (kental) mesti dikeluarkan melalui apa cara
malangnya ubatan hospital tidak dapat bertindak sedemikian. Kaedah yang murah, mudah dan
selamat untuk menyingkirkan sel darah yang rosak yang terkumpul dalam tubuh
adalah dengan cara berbekam (hijamah).
Dari Malih bin ‘Abdullah Al-Khothmi, dari ayahnya yang
berkata, Rasulullah SAW bersabda ; “Lima hal termasuk sunnah para Rasul yaitu,
malu, pemaaf, bekam, siwak, dan memakai wewangian”. (HR Thabrani dan Ibnu Jarir)
HADIS-HADIS TENTANG BERBEKAM
“Kesembuhan itu terdapat pada
3 perkara, iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan Kay (pembakaran) dengan
api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay” (HR Bukhari)
“Tidaklah aku melewati
sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai
Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” (HR Ibnu Majah)
“Sesungguhnya pengubatan
paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis sahih)
Rasulullah saw. bersabda, “Pengubatan yang paling
sesuai yang dilakukan manusia adalah Al-hijamah (Bekam).” (HR Muslim)
“Jika ada ubat yang boleh
mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya” (HR Malik)
“Hendaklah kamu semua
melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu
merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (HR At Thabrani)
NABI BERBEKAM KERANA DIRACUN
Dari Ka`ab bin Malik bahawa ada seorang perempuan Yahudi
menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda bertanya
"apakah ini?" Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu
berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu
memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat
pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda
bertanya kepada wanita itu."apakah kamu telah meracuni kambing ini? Wanita
itu menjawab "ya", baginda bertanya "mengapa?" Wanita itu
menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh
berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan
berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3
bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun
berbekam manakala sebahagian sahabat pula ada yang meninggal dunia.
PENGAMAL BEKAM (JURUBEKAM)
Pandangan Imam Al-Ghazali yang dinuklilkan
dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimin Mu’ashir oleh DR. Yusuf Qardhawi pada
halaman 235-236 : “Bekam itu Fardhu Kifayah”
Bekam adalah termasuk Fardhu Khifayah.
Jika disebuah wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua
penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya
serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain.
“Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia
membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan….” (Hadis
Hasan Gharib)
WAKTU DAN HARI TERBAIK BERBEKAM
Ianya bergantung keadaan seseorang tersebut atau ;
(1). 13,15,17,19 atau 21
Hijriah pada setiap bulan kerana pada masa itu
darah kotor
berkumpul maksimum dalam badan.
(2). Berbekam sebulan sekali
kerana para sahabat nabi melakukan
sedemikian.
(3). Berbekam pada sebelah
pagi sebelum makan.
Sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW, idealnya sebulan
sekali terutama pada 17, 19 atau 21 Hijriah.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (Hijriah), maka ia akan sembuh
dari segala macam penyakit.” ( Abu Dawud)
Ibnu Sina dalam kitabnya “Al-Qununfii Thibb”
menerangkan waktu yang paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari.
Iaitu antara jam 2-3 petang karena waktu itu saluran darah sedang mengembang
dan darah yang mengandung toksin (racun) sangat sesuai untuk dikeluarkan.
Hari-hari yang dianjurkan berbekam pula adalah pada
hari Isnin, Selasa dan Khamis.
Bagaimanapun Imam As-Suyuti berpendapat berbekam
boleh di lakukan pada sebarang masa seperti katanya “Apabila ada orang
datang meminta pertolongan dari engkau maka wajib ditolong ketika itu”
MANFAAT BEKAM
1) Membantu
dalam rawatan sihir, saka dan dari gangguan
jin dengan
berbekam dikawasan kepala
(ubun-ubun
& tengkuk)
2) Menjaga
kesehatan tubuh
3)
Menghilangkan letih dan lesu
4) Meningkatkan
daya tahan tubuh
5) Membuang
angin dalam badan,
6) Membuang
darah cemar yang mengandungi toksin(racun)
7) Membersihkan
darah dan meningkatkan aktiviti saraf
tulang belakang
8) Memperbaiki
aliran pembuluh darah.
9) Menghilangkan
kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
10)Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian
kepala
dan wajah dan sakit gigi.
11)Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi
bagi
wanita.
12)Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
13)Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak
tidur.
14)Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal
kulit.
15)Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput
jantung) dan
nephritis (radang ginjal) yang parah.
16)Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
17)Merawat penyakit ; sakit bahu, alahan (alergi), perut kembung,
kesemutan,kencing manis, gout, kolesterol,
masalah Jantung, migrain,
ketegangan darah
tinggi, stroke, sakit pinggang, ginjal, dll.
ORANG YANG DILARANG BEKAM DARAH
1) Orang tua
yang terlalu uzur
2) Kulit yang luka
atau infeksi (Pesakit kulit yang serius)
3) Selepas
makan berat dan orang tersangat lapar
4) Wanita
hamil 3 bulan pertama
5) Wanita yang
baru lepas bersalin
6) Orang yang
sangat lapar
7) Orang yang
gementar
8) Lemah hati
9) Radang usus
10) Orang kanser darah
11) Sering keguguran
12) Orang yang Hemodialisis
13) Orang yang mengalami kelainan injap jantung
14) Orang yang kedinginan
15) Orang yang kerasukan
16) Orang baru derma darah
17) Orang yang baru muntah.
18) Pesakit darah rendah yang serius
19) Orang selesai melakukan aktiviti berat termasuk Jimak
20) Orang keletihan
SARANAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM
1. Tidak makan berat 2-3 jam sebelum bekam
2. Tidak terus makan berat 1-2 jam selepas bekam
3. Tidak terus mandi melainkan selepas 2-3 jam
4. Jangan melakukan jimak 2 kali dalam masa 2 hari selepas
berbekam agar
badan benar-benar baik dan sehat.
5. Sebaiknya tidak tidur melainkan selepas 2-3 jam
1) UNGU yang kelihatan gelap atau hitam, secara umum,
ini menunjukkan keadaan kekurangan bekalan darah dan saluran darah tidak lancar
yang disertai dengan kehadiran darah statis (darah kental).
2) UNGU disertai sisik (plaque), umumnya menandakan
terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya
darah statis (darah beku).
3) BINTIK UNGU bertaburan dengan tahap warna yang
berbeza (ada ungu gelap dan muda). Ini menunjukkan ketidaknormalan "Qi"
(energi organ) dan darah stasis.
4) MERAH CERAH - biasanya ini menunjukkan terjadinya
kekurangan “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah atau rasa panas berlebihan
disebabkan oleh kekurangan "Yin".
5) MERAH GELAP - menunjukkan keadaan lemak dalam darah
yang tinggi disertai dengan adanya patogen panas.
6) PUCAT/PUTIH dan panas apabila disentuh, ini
menunjukkan kekurangan hawa sejuk dan kehadiran gas patogen (unsur luaran
penyebab penyakit).
7) GARIS-GARIS PECAH/RUAM –pada permukaan bekas bekam
dan rasa sedikit gatal, ia menunjukkan kehadiran patogen lembab dan gangguan
gas patogen.
8) MUNCUL WAP AIR pada dinding gelas (cup) bekam,
menunjukkan ujudnya gas patogen di
kawasan itu.