Friday, February 15, 2013

TAKTIK PENCURI KERETA - WASPADALAH

AWAS !!!
TAKTIK PENCURI KERETA
Awas! 
Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya. 

Inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda. Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam. 

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur. 

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. 

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

Berhati-hatilah...Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta.

Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. 

Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan  ini.

Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.

Friday, February 8, 2013

'CHECK' MAKANAN/KEROPOK ADA BAHAN PLASTIK?

'CHECK' 
MAKANAN/KEROPOK ADA BAHAN PLASTIK?

Inilah cara untuk memeriksa apakah gorengan dan kerupuk yang kamu makan digoreng dengan plastik atau Styrofoam.

Cuba Bakar Makanan Ringan Anda Untuk Uji Ada BAhan Plastik/Styrofoam?
Kalau dibakar dengan api akan menyala seperti plastik terbakar dan akan menghitam seperti pada gambar itu tandanya ada bahan plastik/styrofoam.


Check Handphone Anda Ori Ke Tak?

Tips Untuk Membeli Handphone

‘CHECK’ Handphone Anda Ori Ke X ?

SEBELUM anda membeli telefon bimbit ada tips penting yang harus diikuti untuk memastikan anda membeli telefon yang terbaik, ori atau tidak. Sekurang-kurangnya anda mengetahui tahap kualiti telefon bimbit anda.

Untuk itu, pastikan anda memeriksa dahulu no IMEI (International Mobile Equipment Identity), untuk mengetahui keaslian (Original) handphone yang ingin dibeli.

Dail pad kekunci  *#06#  akan dipaparkan di skrin handphone satu siri nombor contohnya seperti 359598040475402.  Semak pada nombor kedudukan yang ke 7 dan ke 8.  Seperti contoh tadi no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.

Melalui jadual di bawah anda boleh mengetahui tahap keaslian dan kualiti telefon bimbit yang ingin dibeli.

No Pada
kedudukan 7 & 8
NEGERI PENGELUAR
TAHAP KUALITI
02 atau 20
China
KUALITI RENDAH
08 atau 80
Jerman
KUALITI SEDERHANA
01 atau 10
Finland
TERBAIK
00 atau 03 atau 04
Kilang asal
SANGAT TERBAIK
13
Azerbaijan
SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA


 "Cuba periksa telefon bimbit anda sekarang untuk mempraktikkannya... "

Tuesday, February 5, 2013

PERIBADI DAN BIODATA IBLIS YANG KENA LAKNAT


PERIBADI DAN BIODATA  IBLIS
(YANG KENA LAKNAT)

NAMA IBLIS - AZAZIL
Abdullah bin Abbas berkata: "Sewaktu ia bersama para malaikat namanya" Azazil (Bahasa Suryaniyah), atau Al-Harith dalam bahasa Arabnya. Setelah ia membangkang terhadap perintah Allah dan diusir dari syurga dan dilaknat, ia bernama Iblis. " (Kitab Tafsir Al Qurthubi: 1/295).

"Dan (ingatlah) tatkala Kami berfirman kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu semua kepada Adam!' Lalu mereka semua sujud kecuali Iblis. Dia berkata, 'Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah? "(Surah Al Isra: 61)

KETURUNANNYA
Salman berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Jangalah kamu menjadi orang yang pertama kali masuk pasaran, dan jangalah menjadi orang yang terakhir kali keluar dari pasaran. Kerana dipasarlah syaitan bertelur dan beranak-pinak. "
(HR. At-Thabrani).

UMUR IBLIS
Iblis berkata: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka di bangkitkan! 'Allah berfirman," Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tempoh ".
(Surah Al - A'raf: 14 - 15).

JIN ITU MATI
Hanya Iblis yang diberi tangguh dan pengagihan umur panjang sampai hari kiamat oleh Allah SWT

Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW berkata dalam doanya, "Aku berlindung kepada kemuliaan - Mu yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau, yang tidak mati, sedangkan jin dan manusia akan mati." (HR. Bukhari, No. 6835 ).

AGAMA IBLIS - K E K U F U R A N

JAWATAN IBLIS - PEMIMPIN AHLI NERAKA

SINGGAHSANA IBLIS
Jabir bin Abdullah berkata, "Saya mendengar Rasulullah Bersabda, 'Sesungguhnya singgahsana Iblis itu di lautan, dari situ ia mengutus tenteranya untuk menggoda manusia. Tentera yang paling tinggi darjatnya disisinya adalah yang paling dasyat godaannya. " (HR. Muslim, No. 5031)

Dalam Riwayat Lain. Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah pernah bertanya kepada Ibnu Shaid (seseorang yang ditunjukkan oleh para Sahabat sebagai Dajjal), "Apa yang sedang kamu lihat? 'Ia menjawab,' Saya melihat singgahsana di lautan yang dikelilingi ular-ular. 'Rasulullah menimpali, 'Ia sedang melihat singgahsana Iblis'. "(HR. Ahmad, No. 11203)

TEMPAT KESUKAAN IBLIS T O I L E T
Zaid bin Arqam berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya tempat buang najis (toilet) suka ditempati syaitan. Maka dari itu, apabila salah seorang dari kamu memasukinya hendaklah membaca: "Aku berlindung kepada Allah dari (kejahatan) syaitan lelaki dan syaitan perempuan." (HR. Ahmad, Abu Daud).

SARANG IBLIS
Ibnu Abbas berkata; "Syaitan itu mendekam dalam hati manusia, apabila ia lalai maka ia akan melakukan gangguan (was-was), tetapi bila ia berzikir maka maka syaitan itu akan lari."  (Kitab Tafsir Ibnu Katsir: 4/576).

TENTERA IBLIS - Manusia yang tidak mahu taat kepada Allah SWT
"Wahai Abu Zar! Mohonlah perlindungan kepada Allah dari (kejahatan) syaitan manusia dan syaitan jin. "Lalu Abu Zar bertanya, 'Ya Rasulullah, apakah ada syaitan manusia?' Rasulullah menjawab, 'Ya.'   (HR. Ahmad, No. 20566)

KEKUATAN IBLIS
Firman Allah SWT: "Maka perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah." (Surah An-Nissa ': 76).

SEKUTU IBLIS - T H A G H U T

MODAL IBLIS Angan-angan kosong dan Janji-janji Palsu
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka, dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Padahal syaitan tidak menjanjikan sesuatu kepada mereka selain tipuan belaka. " (QS. AN Nissa: 120)

SENJATA IBLIS Tazyin DAN NAFSU
"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (Al-Quran dan Hadis)." (HR. Hakim)

STRATEGI BUSUK IBLIS
(Pujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata, 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam . " (Surah Al-Hasyr: 16).

MOTTO HIDUP IBLIS - TIADA HARI TANPA KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN

MISI HIDUP IBLIS - MENYESATKAN SEMUA HAMBA ALLAH SWT

HOBI IBLIS
Allah SWT berfirman: "Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (Surah Al-Baqarah: 26)

LABORATORIUM IBLIS
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang buang hajat
(Air besar), hendaklah menimbusnya. Jika ia tidak termasuk kecuali mengebumikannya dengan pasir, hendaklah ia melakukannya. Kerana syaitan sangat suka bermain dibekas buang hajatnya anak adam. Barangsiapa yang dapat melakukan hal itu, maka ia telah melaksanakan kebaikan. "  (HR. Abu Daud, No. 32)

ALAT KOMUNIKASI IBLIS - NAMIMAH (adu domba) & TAJASSUS (mencari-cari kesalahan orang)
Abu Wail berkata bahawa ada seorang laki - laki yang melakukan namimah (adu domba). Lalu Hudzaifah (sahabat Rasulullah) berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah bersabda," Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba. "(HR. Muslim)

LUKISAN KESAYANGAN  -  Tato

KEHEBATAN
1. Menegakkan kebatilan
2. Menamakan Maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan Ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara beransur-ansur
6. Menghalang manusia dari kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat

KELEMAHAN
1. Tidak berdaya di hadapan orang yang ikhlas
2. Tidak sanggup menghadapi orang yang berilmu
3. Lari dari suara azan
4. Lari dari rumah yang dibacakan al-Baqarah
5. Menyingkir dari orang yang berzikir kepada Allah
6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah