Matahari
Terbit Di Barat
Diantara tanda-tanda besar Qiamat ialal terbitnya atau
naiknya matahari disebelah barat, iaitu disebelah matahari turun. Hal ini
merupakan suatu kepelikan alam dan menjadi tandatanya semua makhluk Allah. Bila
masanya tidak siapa yang tahu. Kemunculannya hanya sekali selama alam dunia ini
wujud.
Terbitnya matahari dari barat sama dengan
tanda-tanda Kiamat yang lain adalah perkara yang telah ditetapkan oleh
al-Kitab, sunnah dan ijma’.
Firman Allah, “Pada
hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman
seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelumnya atau dia belum
mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.” (QS. Al-An’am: 158).
Jumhur ahli tafsir telah sepakat bahawa sebahagian
tanda-tanda di dalam ayat itu adalah terbit matahari dari arah barat.
Dalil hadis dari Abdulah bin Amru bin Ash katanya, “Saya menghafal dari Rasulullah saw sebuah hadis yang tidak
pernah aku lupakan, saya mendengarnya bersabda, ‘Sesungguhnya tanda Kiamat yang
pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang
bumi kepada manusia di waktu dhuha. Apa pun yang muncul terlebih dahulu maka
yang lain akan segera menyusul di belakangnya.” (HR. Muslim
nombor 2942 dan Abu Dawud nombor 4310)
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda,
“Bersegeralah beramal sebelum datangnya enam
perkara: terbitnya matahari dari barat, dukhan, Dajjal, binatang bumi, teman
khusus kalian dan urusan umum.”
(HR. Muslim nombor 2947).
Hisyam bin Amir berkata, “Teman
khusus adalah kematian.” Qatadah berkata,
“Urusan umum adalah Kiamat.”
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Kiamat tidak datang sehingga matahari terbit dari barat.
Jika manusia melihatnya maka mereka semua beriman.”
Dalam hadis lain, “Jika
matahari telah terbit dari arah barat dan orang-orang melihatnya, maka mereka
semua beriman. Pada saat itu iman seseorang tidak lagi berguna untuk dirinya
selama dia belum beriman sebelumnya atau memperoleh kebaikan dalam imannya.”
(HR. al-Bukhari 7/190 dan Muslim nombor 157)
Ulama telah berijma’ bahawa terbitnya matahari
dari barat adalah salah satu tanda Kiamat Kubro (besar) berdasarkan hadis-hadis
yang sahih dan jelas begitu pula al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi saw.
Apabila matahari telah terbit dari barat
maka iman yang terjadi pada hari itu tidaklah berguna bagi orang yang
sebelumnya musyrik atau kafir, tidak pula diterima taubat yang dilakukan pada
waktu itu bagi orang yang beriman tetapi sebelumnya dia melakukan kemaksiatan,
kebaikan yang dilakukan sesudah itupun tidaklah berguna. Imannya yang terdahulu
menjaganya dari kekekalan di dalam Neraka, jika dia masuk ke dalamnya maka
kerana dosa-dosanya. Adapun pemilik iman terdahulu, tetapi tidak murni, maka
imannya berguna untuk dirinya begitu pula amal-amal yang menyertainya yang
dikerjakannya. Yang ditolak adalah taubatnya saat itu dari imannya yang
bercampur dengan kemaksiatan, begitu pula orang yang sebelumnya tidak beriman
dan beramal soleh, maka iman dan amal soleh yang tiba-tiba dilakukan pada saat
itu tidaklah diterima.
Adapun orang mukmin yang telah bertaubat
dari kemaksiatan dan telah mengerjakan kebaikan semampunya, maka imannya ini
berguna baginya demi keselamatannya dan amal solehnya berguna baginya demi
darjatnya dan kebaikan yang dia kerjakan setelah itu, di mana sebelumnya dia
telah melaksanakannya, ia juga berguna baginya.
Allamah Al-Qurtubi dalam at-Tadzkirah menjelaskan
alasan ditolaknya iman pada hari itu, dia berkata, “Para ulama berkata, ‘Iman
tidak berguna bagi pemiliknya pada waktu matahari terbit dari barat kerana
ketakutan hebat yang menyelimuti hatinya. Di mana ketakutan ini memadamkan
semua syahwat jiwa dan meluruhkan seluruh kekuatan tubuh. Maka seluruh manusia
kerana mereka telah yakin Kiamat di ambang pintu menjadi seperti orang di mana
kematian telah berada di pelupuk mata. Dalam keadaan demikian dorongan-dorongan
kepada kemaksiatan telah hilang dan luruh dari mereka. Maka barangsiapa
bertaubat dalam kondisi ini maka taubatnya tidak diterima sebagaimana taubat
orang yang maut telah berada di pelupuk matanya’.”
Hafizh Ibnu Katsir dalam An-Nihayah berkata, “Hadis-hadis
yang mutawatir ini bersama ayat yang mulia merupakan dalil bahawa siapa yang
baru beriman dan bertaubat pada saat matahari terbita dari barat maka ia tidak
diterima darinya. Hal itu demikian wallahu a’lam kerana
ia adalah tanda Kiamat terbesar yang menunjukkan kedekatannya, maka hari itu
diperlakukan seperti hari Kiamat.
Firman Allah, “Yang
mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk
mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebahagian
tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu
tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman
sebelum itu.” (QS. Al-An’am: 158).
Firman Allah, “Maka
tatkala mereka melihat adzab Kami, mereka berkata, ‘kami beriman hanya kepada
Allah saja dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan
dengan Allah’. Maka iman mereka tiada berguna bagi mereka tatkala mereka telah
melihat siksa Kami. Itulah sunnah Allah yang telah berlaku terhadap
hamba-hamba-Nya. Dan di waktu itu binasalah orang-orang kafir.” (QS.
Al-Mu’min: 84-85).
Firman Allah, “Mereka
tidak menunggu kecuali kedatangan hari Kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba
sedang mereka tidak menyadarinya.” (QS. Az-Zukhruf: 66).
Bagaimana
Proses Matahari Naik Dari Barat
Proses terjadinya matahari terbit bukan dari arah yang
biasanya berlaku adalah suatu proses alam di mana Allah
memutarkan arah pusingan bumi secara berlawanan jam. Adapun matahari
tetap berada pada tempatnya yang sama, tetapi
putaran bumi yang berubah.
Mengikut setengah para ulama', apabila saat itu
berlaku, malam terasa begitu lama, sehingga semua manusia merasa terlalu puas
tidur dan mata tidak mahu pejam lagi. Keadaan ini disedari oleh orang-orang yang
beriman dan mereka terus bermunajat kepada Allah serta bertaubat dengan
sunguh-sungguh di atas segala dosa yang telah mereka lakukan.
Akhirnya matahari muncul disebelah barat sehingga jam
12 tengahari, kemudian akan mula turun semula kesebelah barat sebagaimana
biasa. Ini bermakna untuk hari yang bermula dipagi itu menjadi sempadan bahawa
taubat untuk dosa-dosa yang telah lalu ditutup pintunya. Semua dosa yang
tertanggung akan dibawa sehingga ke hari kiamat.
Hal ini tidaklah pula bermaksud semua perbuatan yang
akan dilakukan selepas hari berkenaan tidak dicacat oleh Oleh Allah baik atau
buruknya. Perbuatan yang dilakukan selepas itu seolah-olah akan dibukukan
sebagai catatan yang baru samada dosa atau pahala.