Thursday, November 29, 2012

AES - Apakah AES + Maklumat/Info AES + Lokasi AES

Maklumat/Info Tentang AES
AES - Automated Enforcement System
KLIK KANAN TETIKUS PADA IMEJ untuk 'save as' cetak

BANDINGKAN
KOS PEMASANGAN DAN PENGENDALIAN 'AES'


LOKASI PEMASANGAN 'AES'
[1] PERANGKAP KES HADLAJU - SILA KLIK UNTUK (MUATURUN)
[2] PERANGKAP DI LAMPU ISYARAT - SILA KLIK UNTUK (MUATURUN)

15 PERKARA MENGUNDANG BALA BESAR


15 PERKARA PENYEBAB BALA


Maksud hadis - Daripada Ali bin Abi Thalib RA, Rasulullah SAW bersabda:  “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1.  Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang 
     tertentu sahaja
2.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3.  Zakat dijadikan hutang
     Ulasan – nak dapat zakat susah. Penerima zakat 
     tergolong daripada kroni atau orang tertentu.
4.  Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara  
     bertentangan syariat)
5.  Anak derhaka terhadap ibunya
6.  Anak lebih menutamakan kawan-kawannya
7.  Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8.  Meninggikan suara di dalam masjid.
     Komen - masjid dijadikan tempat berkelahi, bersumpah 
     di masjid untuk kepentingan sendiri.
9.  Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang 
      paling hina di antara mereka.
      Komen – Orang yangg paling hina iaitu tiada ilmu agama 
      dan akhlak buruk.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
      Komen – Contohnya, takut kepada polis kerana 
      dibimbangi ia berlaku zalim terhadap diri kita.
11. Arak diminum secara berleluasa
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 
      Komen - penyanyi perempuan dimuliakan
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi kemudian/akhir umat ini akan melaknat  
      generasi pertama/sebelumnya (para sahabat 
      terdahulu).
      Komen – mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah.


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”



(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Thursday, November 22, 2012

Aurat Salah Faham Yang Perlu Diperbetulkan

Aurat Lelaki Dan Perempuan Di Dalam Solat Dan Luar Solat

Erti aurat di sisi syarak ialah sesuatu yang wajib ditutup dan diharamkan mendedahkan atau melihatnya.

Aurat Dalam Solat
Menutup aurat adalah syarat sah solat. Iaitu aurat wajib ditutup ketika menunaikan solat walau tidak dilihat oleh manusia lain atau berada dalam kegelapan. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa batal solat (tidak sah) orang yang tidak menutup aurat sedangkan dia mampu berbuat demikian.

Sempadan atau bahagian aurat yang perlu ditutup adalah ;

1). bagi lelaki ialah di antara pusat dan lutut.

2). bagi perempuan ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (batasan pergelangan tangan).

Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”.

Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat di atas ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).

Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ”Tidak diterima solat perempuan yang telah baligh melainkan dengan kain yang menutup kepalanya”. Apabila kepala wajib ditutup, maka menutup seluruh badan adalah lebih utama.

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: ”Apakah seseorang perempuan itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. Jawab baginda Rasulullah: ”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).

Syarat Menutup Aurat
Ada beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi  dalam menutup aurat bagi lelaki dan perempuan supaya solat yang ditunaikan itu menjadi sah dan diterima oleh Allah, iaitu :-

1). Wajib memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan. Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warnakulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah.

2). Pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh    pemakainya.

Aurat Terdedah Secara Tiba-tiba
Bagaimana pula hukumnya sekiranya aurat terdedah secara tiba-tiba ketika menunaikan solat akibat tiupan angin dan seumpamanya?

Para ulama’ ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa tidak batal solat apabila orang yang sedang menunaikan solat itu bersegera menutup kembali auratnya setelah menyedari ianya terdedah kerana tiupan angin, diselak oleh kanak-kanak dsb.

Akan tetapi sekiranya seseorang itu cuai dengan tidak mempedulikan auratnya yang terdedah atau ia mengambil masa yang agak lama untuk menutup auratnya kembali, maka solatnya itu dianggap batal dan tidak sah. Inilah pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama’ aliran mazhab Syafe’i dan Hanbali. (Sila Rujuk al-Fiqh al-Islamiy Wa Adilatuh karangan Syeikh Dr Wahbah Zuhayli, jilid 1, halaman 582, cetakan Dar al-Fikr, Damsyik, tahun 1989).


Batasan Aurat Di Luar Solat

Batasan atu sempadan aurat seseorang itu apabila berada di hadapan orang yang bukan mahram ketika berada di luar solat adalah sama seperti keadaan auratnya ketika berada dalam solat. Oleh yang demikian seseorang yang mempraktikkan menutup aurat dalam kehidupan hariannya, sudah tentu akan memudahkannya untuk menunaikan solat walau di mana sahaja dia berada.

Solat Orang Perempuan Mesti Pakai Telekungkah?
Terdapat kekeliruan terutamanya bagi perempuan yang menganggap bahawa solat tidak sah jika tidak memakai ’telekung sembahyang’. Oleh itu, apabila seseorang perempuan itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan alasan tidak dapat menutup aurat.  Ini tanggapan salah terhadap menutup aurat.

Fakta yang betul adalah, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang.

Persepsi Salah Menutup Aurat
Adalah amat menyedihkan berlaku dalam masyarakat kita sama ada lelaki atau perempuan apabila masih terdapat sebahagian umat Islam hanya menutup aurat di dalam solatnya, tetapi apabila selesai menunaikan solat, kewajipan menutup aurat tidak diambil berat dan terus diabaikan.  Ini jelas berapa banyak lelaki ’muslim’ masih berseluar pendek dikhalayak ramai ketika bersukan dsb.  

Di kalangan ’muslimah’ pula dengan mudah meninggalkan memakai tutup kepala (tudung), ada pula yang bertudung tetapi memakai baju` T-shirt’ pendek yang menampakan lenganya, tidak kurang yang sendat, nampak pusat dan yang ketat menonjolkan bentuk tubuh dsb.  

Tidak kurang pula perempuan yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam. Banyak perempuan pada hari ini yang semakin keliru dengan pelbagai fesyen tudung yang wujud, lalu menganggapnya ianya sudah cukup untuk menutup aurat. Trendkah ini?

Ada pula muslimah yang bertudung tidak sedar menyerupai tudung kepala penganut agama lain atas alasan fesyen terkini. Ada yang bertudung kepala seperti rahid (biarawati) kristian.  Wahai perempuan tutup kepala adalah perintah Allah SWT dan merupakan ibadah dalam Islam. Janganlah sampai ibadah (bertudung kepala) itu menyerupai ibadah agama-agama lain kerana ini dilarang dalam Islam.

Jangan asalkan ada tudung di kepala sahaja, tetapi tidak dikira menutup aurat.  Kekeliruan yang timbul dalam isu tudung ini perlu di ambil perhatian oleh perempuan muslimah yang prihatin terhadap hukum-hakam di dalam Islam. Janganlah kita hanya sekadar menjadi ’pak turut’ atau ’mak turut’ atau mengikut fesyen kononya.  Janganlah sampai tidak tahu apakah yang kita lakukan itu benar atau salah di sisi syarak. Muslimah wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat.

Menutup aurat seolah-olah hanya semasa mengabdikan diri kepada Allah ketika menunaikan solat sahaja.  Sebaliknya ketika di luar solat, ianya terus melakukan penderhakaan kepada Allah.  Keadaan ini merupakan sesuatu yang amat malang dan perlu diperbetulkan agar solat yang ditunaikan itu dapat membina keperibadian muslim yang unggul yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah swt.

Batasan aurat bagi perempuan muslimah telah dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan pergelangan tangan); dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka....." [Surah An-Nur:31}

Dalam ayat yang lain, Allah menjelaskan melalui firmanNya yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Sebelum turunnya ayat ini, kebiasaannya perempuan Arab keluar rumah dengan memperlihatkan rambut, leher, telinga, dada dan sebahagian daripada kecantikan dan perhiasan yang ada pada mereka. Lalu ayat ini diturunkan dan memberi penjelasan kepada perempuan muslimah agar menutup aurat mereka dengan sewajarnya. Ayat ini juga diturunkan oleh Allah sebagai penyelamat kepada perempuan muslimah agar tidak diganggu oleh orang munafik dan fasik.

Cukupkah Dengan Bertudung Sahaja?
Ajaran Islam tidak pernah menyuruh perempuan Islam bertudung semata-mata, tetapi dikehendaki menutup aurat. Sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, didapati bahawa perempuan bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat dan perkara-perkara tidak senonoh hampir kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat walaupun mereka bertudung.

Janganlah bertudung kepala itu sebagai adat kebiasaan ataupun fesyen semasa tetapi niatkanlah bertudung itu kerana Allah SWT dengan menepati kehendak syariat supaya bertudung dan menutup aurat itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT.

Nota :
Disunting Dari Artikel Asal Ust. Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi), Yang disiarkan dalam majalah Milenia Muslim bulan Februari 2008

Tuesday, November 20, 2012

Khusyuk dalam Solat Kenapa Lalai?


MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK  "BACAAN SOLAT PERKATA"  PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.


E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA  E-Book Naskah Ringkas
 Sila KLIK DI SINI

BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI

 Khusyuk dalam Solat Kenapa Lalai? 

KHUSYUK sebagai satu kewajipan orang mukmin dalam urusan ubudiyah terhadap Allah SWT. Tiada bahasa selain bahasa Arab yang berupaya memberi makna `khusyuk' dengan tepat, justeru terpaksa akur dengan sebutan khusyuk dalam bahasa asalnya juga.

Dalam bahasa apa pun khusyuk mesti disebut khusyuk, kerana khusyuk dalam bahasa syar'ei adalah khusyuk dalam semua bahasa di dunia ini.
Khusyuk keperluan bagi setiap hamba mengabdikan diri kepada Allah SWT, khususnya ketika melakukan ibadat solat.

Khusyuk boleh diertikan sebagai beribadat dengan tenang dan merendah diri, merasa hina dina di hadapan Allah SWT. Penuh tumpuan hati serta ingatan terhadapNya. Orang yang khusyuk dalam solat, anggota tubuh tidak akan bergoyang di luar tuntutan kaifiyat, tangan tidak bergerak menggaru-garu atau membetulkan pakaian. Jika seperti itu menandakan hatinya tidak khusyuk, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika seseorang itu khusyuk, maka anggota tubuhnya turut khusyuk sama."

Menghadirkan khusyuk dalam solat itu satu kewajipan bagi orang-orang yang beriman, kerana ketika solat ingatan mesti tertumpu kepada Allah SWT semata, sebagaimana ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati Aku." (Surah Toha ayat 14)

Manusia diperintah supaya mendirikan solat dengan tujuan untuk mengingati Allah SWT. Apabila tidak menumpukan ingatan kepada Allah SWT, bererti solatnya tanpa tujuan. Solat bukan sekadar dilakukan secara zahir yang dimulai dengan Takbiratul Ihram diakhiri dengan salam serta melakukan beberapa rukun qalbi, qauli dan fi'li di dalamnya. Tetapi mesti khusyuk iaitu dipenuhi dengan zikrullah (ingat Allah SWT), kerana ia wajib berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 itu.

Khusyuk mampu dilakukan oleh manusia dengan mengikuti beberapa syarat, kerana Allah SWT tidak akan mewajibkan sesuatu syariat di luar kemampuan manusia, sebagaimana janji Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)

Langkah pertama untuk mencapai khusyuk, mesti mengetahui makna setiap ucapan atau bacaan dalam solat.  Khusyuk tidak mungkin tercapai jika tidak mengetahui makna dan maksud ucapan dalam solat, sebaliknya akan terjerumus ke lembah lalai.  Padahal lalai dalam solat akan membawa padah yang buruk di akhirat kelak, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah (azab neraka) bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya." (Surah al-Maa'un ayat 4 dan 5)

Langkah kedua untuk khusyuk dalam solat ialah; menjaga segala makan minum yang halal, serta pakaian dan tempat tinggal hanya daripada sumber yang halal. Allah SWT hanya reda jika hamba-Nya membataskan diri dengan makan minum yang halal dan pakaian serta tempat tinggal dari sumber yang halal. Makan minum yang tidak halal adalah barang busuk yang dibenci oleh Allah SWT dan malaikat-Nya.

Tuhan akan menjauhi jika manusia diselubungi perkara yang haram, apabila Tuhan menjauh daripada manusia sebegitu maka syaitanlah yang akan mendekatinya. Tidak mungkin khusyuk dapat dicapai dalam situasi syaitan sebagai pendamping manusia itu, jika mereka solat pun mesti tiada zikirullah.

Tn. Guru Nik Abdul Aziz  - 18-21 Zulhijjah 1432(4-17 November 2011)


~~~~~~~~~
E-Book  Edisi Lengkap
"Bacaan Solat Perkata"

        BELI  E-BOOK  "Bacaan Solat Perkata"  EDISI LENGKAP         

E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'  
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA

  free glitter makerpicasion.com


glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

Wednesday, November 14, 2012

Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharram


  free glitter makerpicasion.com

glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN


Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharram

1.     ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
2.     ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.     Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.     Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.     Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
6.     Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
7.     Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.     Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.     Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram


MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK  "BACAAN SOLAT PERKATA"  PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.

E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA  E-Book Naskah Ringkas
 Sila KLIK DI SINI

BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI

        BELI  E-BOOK  "Bacaan Solat Perkata"  EDISI LENGKAP         

E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'  
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA

~~~~~~~~~~
 KAD ION AIRBOOM 
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA

 
KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)

Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Sila Klik  MAKLUMAT LANJUT 
Untuk Testimoni Produk Sila Klik  TESTIMONI 
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN  KLIK SINI 

AMALAN SUNNAH PADA 10 MUHARRAM

  free glitter makerpicasion.com

glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN


 AMALAN SUNNAH PADA 10 MUHARRAM 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun ; siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura & menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al-Baihaqi )

Ulama mengatakan sunat berpuasa pada 9 Muharram (hari Tasua') dan 10 Muharram (hari Assyura) atau pun 10 dan 11 Muharram bagi sesiapa yang terlepas berpuasa pada 9 Muharram supaya tidak menyerupai puasanya orang Yahudi. Bagaimana pun tidaklah salah bagi sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Tujuan digandingkan 9 dan 10 Muharram (lebih menepati sunnah) manakala 10 dan 11 Muharram supaya keluar daripada khilaf. 

Walhua'alam.


MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK  "BACAAN SOLAT PERKATA"  PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.

E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA  E-Book Naskah Ringkas
 Sila KLIK DI SINI

BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI

        BELI  E-BOOK  "Bacaan Solat Perkata"  EDISI LENGKAP         

E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'  
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA

~~~~~~~~
Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharram

1.     ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
2.     ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.     Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.     Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.     Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
6.     Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
7.     Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.     Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.     Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

~~~~~~~~~~
 KAD ION AIRBOOM 
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA

 
KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)

Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Sila Klik  MAKLUMAT LANJUT 
Untuk Testimoni Produk Sila Klik  TESTIMONI 
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN  KLIK SINI