Kelebihan Sabar Dan Ikhlas
Tanyalah Ustaz - Ustaz Mohd Elyas Ismail
Bacaan ayat 153-157, surah Al-Baqarah:
153.
Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi
susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan
Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang Yang sabar
154. dan janganlah kamu mengatakan
(bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu:
orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan
hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta
hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:
156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami
adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
157. mereka itu ialah orang-orang Yang
dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan
mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.
Alhamdulillah kita diberi peluang bertemu dalam majlis
ilmu. Kalau Allah ingin beri kebaikan kepada kita, Allah akan fahamkan kita
tentang agama. Kita akan diberi rasa seronok menghadiri majlis ilmu.
Sifat sabar itu senang diungkap, tapi amat payah
dilaksanakan. Dalam ayat di atas ada beberapa pengajaran yang boleh
diambil :
1. Untuk mohon
pertolongan Allah, mesti sabar dan diiringi dengan solat
2. Orang yang
mati syahid itu hidup di sisi Allah
3. Allah akan uji
dengan perasaan takut Allah akan uji denganperasaan lapar. Kata seorang ulama, untuk
mengetahui peribadi seseorang, lihatlah perangainya ketika dia
lapar. Allah akan uji dengan kehilangan harta.
4. Allah ajar
untuk mengucapkan “Innalillahi wainna ila hiro ji'un” ketika menghadapi musibah.
5. Untuk mendapat
kebaikan, rahmat dan hidayah Allah, mesti mempunyai perasaan sabar.
Apakah
yang dimaksudkan dengan sabar?
Allah mengajar bahawa untuk berjaya dalam hidup, kita
perlu sabar. Nabi SAW mengajarkan bahawa, “Sabar itu umpama cahaya matahari”.
Apa maksudnya? Matahari itu sifatnya panas, tetapi kepanasan itu dapat
menyuburkan tanaman di muka bumi ini. Oleh itu, orang yang sabar, akan subur
jiwanya. Sebaliknya, orang yang tak sabar, cepat masuk kubur.
Apabila mendapat musibah, kita seolah-olah dalam
kegelapan, oleh itu sifat sabar yang seperti matahari itu akan memberikan
cahaya untuk membuatkan seseorang itu bertenang terlebih dahulu. Renungkan
bagaimana sabarnya Allah dengan kita. Walaupun kita buat berbagai-bagai
maksiat, Allah masih beri nikmat dan rezeki pada kita.
Orang yang bersabar, Allah janjikan banyak ganjaran di
sisi-Nya. Kita perlu malu dengan cicak. Kalau diikutkan, cicak ada banyak sebab
untuk merungut pada Allah tapi cicak tak buat begitu. Cicak tak boleh terbang,
tapi makanan cicak semuanya haiwan yang boleh terbang. Tapi cicak gunakan
lidahnya yang panjang untuk mencari makanan.
Tip
dan panduan menahan sabar
Boleh amalkan tip berikut:
Bersifat sabar dan memaafkan –
'Let go and let God' yakni maafkan dan serahkan pada Allah.
Sebelum tidur malam, pegang tangan dan maafkan pasangan kita, dan maafkan juga
orang yang tak sehaluan dengan kita.
Sentuhan antara pasangan sudah boleh memberi kesan
positif. Suami mulakan dahulu dan tanya isteri, “Agak-agak berapa markah abang
dapat hari ini?”. Terima dengan sabar apa penilaian isteri. Kemudian tanya
isteri apa yang perlu diperbaiki untuk mendapat markah penuh.
Ingatlah pesan Imam Ghazali yang mengatakan bahawa
marah ialah pintu keburukan. Ramai orang yang buat perkara yang tidak baik
kerana 'tidak sedar' ketika marah.
Berpesan-pesan
atas kesabaran
Dalam ayat 55, surah Az-Zariyaat yang bermaksud - Hanya
orang yang beriman mudah menerima nasihat. Orang yang beriman sentiasa bersedia
menerima ujian daripada Allah dan mempunyai kekuatan untuk bersabar.
Perhatikan kisah keluarga Sumayyah yang disiksa teruk
setelah memeluk Islam. Rasulullah SAW berpesan kepada mereka agar teruskan
bersabar kerana syurga sedang menanti mereka.
Kisah Bilal bin Rabah pun serupa juga, Bilal dihempap
dengan batu di bawah terik matahari tapi masih kuat keimanan dan kesabarannya.
Begitu juga dengan kisah Mashitah, tukang sikat rambut keluarga Firaun. Ketika
melatah, Mashitah menyebut “Allah” dan inilah yang perlu kita contohi.
: Maksudnya
“
dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan
itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.”
Kelebihan
sentiasa bersabar
Sabar ialah senjata dan kekuatan orang mukmin. Ada
pepatah mengatakan yang “Dunia merupakan negara bala dan ujian”. Ada 4
kelebihan sabar :
1. Hatinya tenang –
tidurnya lena, tak tergopoh-gapah. Selagi tak dimaafkan, masalah itu akan menghantui
kita.
2. Akan selalu mendapat
hidayah daripada Allah
3. Merasa nikmat tenang dalam
beribadat
4. Dapat mendekatkan diri
kepada Allah Ta'ala
Adakah
sifat sabar ketika susah sahaja?
Tidak, ada 3 keadaan perlu bersabar :
1. Dalam mentaati perintah
Allah.
2. Dalam meninggalkan larangan
Allah – kadang-kadang lebih sukar nak tinggalkan perkara maksiat berbanding
buat baik. Contohnya, nak pergi majlis ilmu mudah,
tapi nak tinggalkan 'gosip' sangat sukar. Oleh sebab itu, bila
ada orang nak ceritakan sesuatu
cerita yang sensasi, katakan kita tak mahu tahu.
3. Amalkan kae dah ini untuk
tahan marah - tarik nafas 2 saat, tahan 3 saat dan lepaskan ikut mulut 4 saat. Bila
lepaskan nafas itu, sebutkan “Allah”. Dalam kajian, didapati
kalimah Allah amat baik untuk membantu menenangkan hati. Cuba
amalkan.
Mendidik
hati agar kita mudah bersabar
Ada 3 kaedah iaitu :
1. Hubungkan silaturrahim dengan orang yang ingin
memutuskankannya. Orang yang
paling baik ialah orang yang mula-mula memberi kemaafan
2. Berilah kebaikan pada orang walaupun orang tak beri
kebaikan pada kita. Maafkan
orang yang menzalimi kita.
Menghadirkan
rasa ikhlas dalam ibadat
Kita takut amalan jika kita tak dipandang Allah.
Sebenarnya, puasa adalah ibadah yang boleh melatih kita untuk ikhlas kerana
ianya adalah satu ibadah yang tidak boleh dilihat orang. Nabi SAW ada bersabda
bahawa barangsiapa yang berpuasa bersungguh-sungguh, maka akan diampunkan
dosa-dosanya (yang kecil).
Ulama ada mengatakan ada 3 peringkat gangguan orang
beribadat :
berasa riak pada awal, pertengahan atau
akhir ibadat.
Sifat
ikhlas Nabi SAW dan para sahabat
Sifat ikhlas Nabi SAW tiada tandingannya di dunia ini.
Banyak contoh dan antara yang boleh dibincangkan ialah apabila Nabi SAW ditolak
dakwahnya di Taif, Baginda luka teruk sehingga berdarah.
Dalam keadaan itu, Baginda berehat sebentar dan berdoa
kepada Allah, “Ya Allah, aku mengadu kelemahan dan
sedikitnya kemampuanku serta kehinaanku di hadapan manusia, wahai sebaik-baik
Pemberi kasih sayang”.
Orang yang ikhlas tidak mengadu pada
orang lain, tetapi mengadu hanya pada Allah. Tetapi kita hari ini, marah sikit, mengadu pada
Facebook! Jika kita mengadu pada Allah, makin banyak kita mengadu, makin Allah
sayang. Tetapi jika kita mengadu banyak kali kepada manusia, mereka pun akan
menyampah. Contoh sahabat pula ialah Khaled Al-Walid yang dilucutkan jawatan
sebagai panglima perang. Keesokannya, dia tetap masuk menyertai perang dan
sahabatnya pun bertanya kenapa, lalu dijawabnya yang dia berperang kerana Allah bukan kerana manusia.
Bekerja
tanpa gaji baru dikira sebagai ikhlas?
Bukanlah begitu. Tamsilan (contoh) yang diberi oleh
ustaz Pahrol Mohd Juoi ialah dalam hidup ini ada
tujuan dan keperluan hidup.
Tujuan bekerja adalah untuk memberi perkhidmatan, dan
gaji yang diperolehi untuk memenuhi keperluan hidup. Orang
yang ikhlas bekerja akan komited dalam kerjanya. Ada orang yang nampak seperti
usahanya tak diberi ganjaran di pejabat, tetapi sebenarnya Allah ganti dengan
keluarga yang bahagia dan anak-anak yang menjadi.
Oleh itu, jangan kejar
penghargaan manusia, sebaliknya kejarlah redha Allah.
Mendidik
anak untuk ikhlas
Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik agar
dapat ditiru oleh anak-anak. Suatu hari Syaidina Umar melihat seorang itu
beria-ia tunduk ketika solat lalu menegur bahawa keikhlasan itu adalah di dalam
hati, bukannya pada luaran.
Mengikhlaskan
diri ketika bersedekah
Nabi SAW bersabda, “Tangan
yang memberi lebih baik daripada yang menerima”. Bahkan, sahabat
mengatakan bahawa mereka selalu ketinggalan untuk memberi salam dahulu, kerana
Nabi SAW selalu mendahului mereka kerana sifatnya yang suka memberi. Mafhum
hadis, sedekah yang paling utama ialah : Sedekah pada ahli keluarga. Sedekah
pada saat kita rasa bakhil untuk memberi.
Duit itu seperti air, biarkan mengalir, jika disekat
maka akan bertakung dan busuk baunya.
Sifat
riak akan merosakkan pahala ibadah
Ya, kita takut jika ibadah kita tiada nilai di sisi
Allah. Mafhum sebuah hadis Nabi SAW, ada satu malaikat yang ditugaskan untuk
membawa naik amalan seseorang. Malaikat membawa amalan seorang lelaki yang
telah berusia dan banyak amalannya. Allah pun berfirman, “Kamu malaikat-Ku tapi
aku lebih tahu amalam hamba-Ku. Tulis namanya di sijjin (neraka)”. Malaikat membawa amalan seorang lelaki yang
telah berusia namun sedikit amalannya. Allah pun berfirman, “Kamu malaikat-Ku
tapi aku lebih tahu amalam hamba-Ku. Tulis namanya di syurga”.
1. Ini kerana ada orang
beramal tapi tidak ikhlas.
2. Golongan kedua ialah orang
yang berilmu tapi tidak ikhlas dalam mengajar.
3. Golongan ketiga ialah orang
yang membaca Al-Quran, tetapi kerana inginkan kemasyuran.
4. Golongan keempat ialah
orang kaya yang nampak dermawan tapi tidak ikhlas di hatinya.
Orang
ikhlas bahagia hidupnya
Ikhlas tak boleh dipandang dengan mata, cuma boleh
dirasa oleh pelakunya sahaja. Contohnya, isteri yang menunggu suami dengan
segelas air, maka akan mendapat ganjaran seperti berpuasa setahun. Orang yang
ikhlas juga akan melakukan lebih daripada yang diminta.
Nak
beramal dulu baru nak ikhlas, atau tunggu ikhlas baru nak beramal?
Kita perlu beramal dahulu, kemudian baru akan datang
perasaan ikhlasnya. Jika nak tunggu ikhlas, takut tak beramallah jawabnya.
Imam Ghazali kata, untuk betul-betul
mencapai rasa ikhlas, kita perlu melalui dahulu masalah-masalah hati. Mula-mula akan ada dalam hati
sedikit perasaan riak, tapi didiklah hati dan lama-lama perasaan ikhlas akan
muncul.
Umat
Islam digalakkan memberi
Orang yang ingin menerima mesti memberi
dahulu. Orang yang ingin dihargai, mesti menghargai dahulu. Orang yang paling
malang bukanlah orang yang tak dihargai, tetapi orang yang tidak tahu
menghargai.
Jika masing-masing cuma mengharap, siapa
yang nak mulakan? Sebab itulah, Islam mengajar untuk kita memulakan. Guru saya
mengajarkan, "Mulakan kebaikan berkali-kali. Jangan beri sekali, tapi
mengaku banyak kali". Begitulah juga dengan kemaafan, berilah banyak kali.
Orang yang ikhlas itu bebas – tak peduli
apa orang kata dan mengharapkan redha Allah semata-mata. Ikhlas lawannya riak. Riak dan
takabbur akan merosakan amal ibadat yang dilakukan.
Menghadirkan
rasa ikhlas dalam ibadat
Kita takut amalan jika kita tak dipandang Allah.
Sebenarnya, puasa adalah ibadah yang boleh melatih
kita untuk ikhlas kerana ianya adalah satu ibadah yang tidak boleh dilihat
orang. Nabi SAW ada bersabda bahawa barangsiapa yang berpuasa
bersungguh-sungguh, maka akan diampunkan dosa-dosanya (yang kecil).
Ulama ada mengatakan ada 3
peringkat gangguan orang beribadat: berasa riak pada awal, pertengahan atau
akhir ibadat.
Orang yang ikhlas itu bebas – tak peduli apa orang
kata dan mengharapkan redha Allah semata-mata. Ikhlas
lawannya riak. Riak dan takabbur akan merosakan amal ibadat yang dilakukan.
Sifat-sifat orang yang riak ialah:
1 tangkas beribadat bila ada ramai orang, tapi malas beribadat bila orang tiada
2 menambah ibadat apabila dipuji orang
3 meninggalkan ibadah apabila dikeji orang
Nak tahu kita ikhlas atau tak – cuba
tengok cara kita beribadah bila bersendirian.