PETUA HILANGKAN GATAL-GATAL
DAN SAKIT KULIT
DAN SAKIT KULIT
1. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh
badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa
serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Janganlah
panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta
air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk
sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit
penyakit tersebut akan hilang.
|
|
2. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
A. Tepung sagu
Ada cara mudah untuk
menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil
sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air.
Titiskan cuka
sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang
gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu
hilang dari tubuh anda.
B. Daun Kunyit
Ambil daun
kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman (semalu) - tumbuk sehingga lumat
dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah.
C. Gambir
Sekiranya ada
masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping
gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit
air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.
D. Garam Kasar
Bagi
menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal
pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut.
Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda
tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.
E. Daun Rambutan
Daun rambutan
juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun
rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan
, setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas
itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala.
Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.
|
|
3. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik
daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuh biji
mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedikit kapur sirih dan
sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan
bengkak bisul dan bisanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh
menawarkan sakit beguk di leher.
|
|
4. MENGHILANGKAN
BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan
dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan
sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisu.
Ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih.
Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat
membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.
|
|
5. UBAT KUDIS
Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai
pucuk daun jambu batu dengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila
mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.
|
BELI PRODUK HOT ONLINE KLIK IKLAN DI BAWAH