Sunday, August 21, 2011

LAILATULQADAR 27 RAMADHAN?






LAILATUL QADAR  27  RAMADHAN?



LAILATULQADAR - adalah malam yang istimewa. Kelebihan yang ada pada malam Lailatulqadar melebihi seribu bulan termaktub dalam Al-Qur'an iaitu di dalam Surah Al-Qadar:


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadar 097:1-5)



SEBAB TURUN SURAH

Menurut tafsiran Mujahid, beliau menyatakan ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang bangun malam untuk beribadah hinggalah menjelang Subuh. Kemudian dia berjihad pula di jalan Allah hinggalah menjelang petang. Dia melakukan perkara itu selama seribu bulan. (kira-kira 29,500 hari). Kemudian turunlah ayat itu yang menyatakan bahawa beribadah pada malam Al-Qadar adalah lebih baik daripada amalan lelaki tersebut (Ibn Kathir (1998), Tafsir Al-Qur'an Al-Azim, Jilid 8, Beirut, Halaman 3818).Menurut Ali bin Urwah, Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat empat orang dari kalangan Bani Israel yang beribadah kepada Allah selama 80 tahun dan tidak sesaat pun mereka melakukan maksiat kepada Allah. Para sahabat merasa takjub dan kagum mendengar amalan abid tersebut lalu datanglah Jibril a.s. dan membacakan kepada Rasulullah Surah Al-Qadar dan menyatakan bahawa malam Al-Qadar adalah lebih afdal darpada amalan empat abid tersebut. Para sahabat merasa gembira dengan anugerah Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w.


LAILATULQADAR 10 MALAM TERAKHIR YANG GANJIL

Tapi bilakah berlakunya malam Al-Qadar? Semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup, Baginda pernah pada satu ketika ingin memberitahu kepada umatnya waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar, namun setelah berlaku pertengkaran dua orang sahabatnya tentang hal itu, maka maklumat tersebut diangkat oleh Allah dan dirahsiakan. Oleh itu, waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar itu hanya ada pada ilmu Allah.Walaupun begitu, ada beberapa hadis yang menggambarkan bilakah malam Al-Qadar itu berlaku. Menurut pendapat yang masyhur, malam Al-Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan ia berlaku pada malam-malam yang ganjil. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ubadah bin Somit bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang malam Al-Qadar, lalu Baginda menjawab: "Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu bersungguh-sungguh mencarinya pada sepuluh malam akhir Ramadhan"."Sesungguhnya malam Al-Qadar itu pada 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau pada akhir malam Ramadhan." (Musnad Imam Ahmad 5/318). Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh akhir Ramadhan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


PENDAPAT MENYATAKAN LAILATULQADAR 27 RAMADAN

Ada juga hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar itu berlaku pada malam ke 27. Muawiyah, Ibn Umar, Ibn Abbas dan lain-lain: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malam Al-Qadar itu adalah malam ke 27." Sekumpulan ulama salaf bersetuju dengan waktu ini. Begitu juga mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali) dan riwayat daripada Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi). Diceritakan daripada sesetengah ulama salaf bahawa mereka berpendapat malam Al-Qadar berlaku pada malam ke 27 kerana perkataan dalam Surah Al-Qadar yang merujuk kepada ganti nama malam Al-adar merupakan kalimah yang ke 27 dalam Surah tersebut. (Ibn Kathir halaman 3823).



PERKATAAN LAILATULQADAR DIULANG 3 KALI

Pendapat yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar jatuh pada 27 haribulan agak menarik perhatian kita. Ini adalah hasil pemerhatian saya sendiri mengenai perkataan Lailatulqadar dalam Surah Al-Qadar. Perkataan Lailatulqadar mengandungi 9 huruf. Jika anda perhatikan perkataaan Lailatulqadar itu sendiri diulang 3 kali. Ini menjadikan keseluruhan hurufnya berjumlah 9 x 3 = 27. Adakah ia kebetulan?

RAMADHAN ADALAH BULAN KE 9 Ramadhan (bahasa Arab:رمضان) (biasa digelar "Ramadhan Al-Mubarak") merupakan bulan ke 9 dan bulan paling suci dalam Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an pada Surah Al-Baqarah Ayat 185 yang ertinya:"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu."Mungkin sekarang anda nampak betapa angka 9 itu mempunyai asas yang baik untuk menyatakan tentang bulan Ramadhan itu sendiri dan hakikat bahawa Lailatulqadar dinyatakan 3 kali seolah-olah melorongkan kita untuk fokus pada malam 27 Ramadhan. Baca seterusnya.

HURUF YANG KEDUDUKANNYA SERUPA DENGAN ANGKA MUFRADNYA Berikut adalah imej bagi Surah Al-Fatihah yang telah saya masukkan ke dalam Jadual. Perhatikan betul-betul. Terdapat 5 tempat dalam Al-Fatihah itu dimana Kedudukan Hurufnya SERUPA dengan Jumlah Angka Mufradnya bila kita cari sama ada dari pangkal atau dari hujung. Contohnya, Ra (Angka Mufrad 10) ditemui di Posisi 10. Kalau anda campurkan semua Angka Mufrad 5 Huruf ini, anda akan dapati jumlahnya BERULANG 111. 10+27+28+27+19 = 111. Campur mendatar jumlahnya 3.

YANG SETENTANG HANYA 27:27 Perhatikan betul-betul Jadual di atas. Dari huruf-huruf di atas tadi, hanya Ha (Angka Mufrad 27) yang berada di Posisi 27 itu berada dalam KEDUDUKAN SETENTANG dari Pangkal mahupun dari Hujung Al-Fatihah. Ini menunjukkan bahawa 27 merupakan angka yang istimewa kedudukannya dalam Al-Fatihah itu sendiri.

FENOMENA BERBEZA 27Jumlah Surah Al-Qur'an ialah 114 sementara Jumlah Huruf Al-Fatihah ialah 141. Bezanya 141-114 = 27. Ini satu lagi tanda menunjukkan bahawa 27 itu mendapat tempat yang penuh misteri lagi istimewa.

FAKTOR 27 DAN NAMA AL-FATIHAH SERTA AL-QUR'AN  Tadi kita lihat bahawa terdapat 3 kali perkataan Lailatulqadar ini diulang dalam Surah Al-Qadar menjadikan jumlah hurufnya 27. Angka 27 itu jika didarab 3 kali akan menjadi 81. Untuk pengetahuan anda, nama Al-Qur'an dan nama Al-Fatihah itu dari segi Angka Mufrad ialah 81: Al-Qur'an: Alif+Lam+Qaf+Ra+Alif+Nun > 1+23+21+10+1+25 = 81 sementara Al-Fatihah: Alif+Lam+Fa+Alif+Ta+Ha+Ho > 1+23+20+1+3+6+27 = 81. Maknanya 81 itu adalah 9x9, atau 3x3x3x3, atau 3x9x3. Asasnya adalah Sifir 3. Mungkin rahsia Lailatulqadar berada pada Sifir 3 dan Sifir 9. 

Wallahua'lam.Fenomena di atas juga menunjukkan bahawa angka 27 itu adalah istimewa dalam konteks kajian Angka Mufrad. Untuk pengetahuan anda juga, nama Ahmad itu Angka Mufradnya 39 sementara nama Ibrahim itu (syari'at yang disambung oleh Muhammad s.a.w.) ialah 93. Anda lihat IMEJ CERMIN 93:39 antara dua nama ini. Angka 3 dan 9 itu 'kebetulan' bila didarab akan menjadi 27. Sebenarnya dalam 27 itu adalah 3+3+3+3+3+3+3+3+3 (Faktor Berulang 9 Kali), atau 3x3x3 (Faktor Berulang 3 Kali). Semua ini mungkin dapat membantu kita untuk nampak bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam yang lebih istimewa bila dikaji dari sudut matematik.


KESIMPULAN


Saya mencatat fenomena 27 dalam Surah Al-Qadar dan Al-Fatihah ini sebagai bahan renungan kita bersama. Ada baiknya bagi semua Muslim membanyakkan amalan di sepanjang malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, tapi mungkin pada malam 27 itu amalan patut melebihi amalan di malam-malam ganjil yang lain. Wallahua'lam.

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.


Artikel Asal Oleh - Ibn Yusof Research
Pautan Asal  ;  http://al-qudrah.org/bincang/index.php?topic=107.0



      CERMIN MATA TERAPI D'Mata
Peluang & Harapan Untuk Mereka Yang Rabun, Insya Allah.
RM35.00 SAHAJA  (Termasuk Pos Laju)
Untuk Maklumat Lanjut / Tempahan / Pembelian
SILA KLIK IKLAN DI BAWAH

Tuesday, August 16, 2011

DNA BABI DALAM MENTEGA - GOLDEN CHURN PURE CREAMERY BUTTER

PURE CREAMERY BUTTER – GOLDEN CHURN BUTTER

KELUARAN SYARIKAT BALLANTYNE FOOD PTY NEW ZEALAND = TIDAK HALAL


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengesahkan mentega jenama  `GOLDEN CHURN PURE CREAMERY BUTTER' yang dipasarkan di Malaysia adalah TIDAK HALAL.
Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan bahan tersebut dalam produk mereka agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.




Petikan dari Berita Harian 16/08/2011












KENYATAAN JAKIM - GOLDEN CHURN BUTTER PURE CREAMERY BUTTER

KENYATAAN JAKIM - GOLDEN CHURN BUTTER PURE CREAMERY BUTTER
TIDAK HALAL





Produk Kopi beracun

Kopi beracun di pasaran.
Produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut :

1. Cafe Abang Yes
2. Candi 193
3. Extend Up Energy Drink
4. Extremen
5. Extrewomen
6. Goji Guarana
7. Goji Guarana Extra
8. Goji More
9. Goji Yumberry
10.Guara Cafe
11.HBW Ice Lemon Tea
12.Hotton Vitality Candy
13.Ie2 O
14.King Capuccino
15.Knight Cofee
16.Koleksi Cafe Power Plus
17.Kopi Angguk

18.Cafe Abang YES
19.Kopi Bagus AAA
20.Kopi Pahlawan
21.Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
22.Maca Max
23.Macagin Ginseng Candy
24.Mentalk Candy
25.Nexus MXP
26.Night Cafe
27.Red Enegizer Candy For Men
28.Royal Beverage Maqrifatun
29.Sasanergy Drink
30.Trica Jus
31.Tri-Max
32.True SR,
33.Vigor Candy
34.Vitca-F
35.Vitca-M
36.Winnie Beauty V1
37.XKL Sky Fruit Juice Premix
38.Kopi Super Angguk
39.Candi Gold
40.Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus


KETAHUI  produk minuman dicampur racun

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.


Kandungan Kopi Segera Beracun

Mengandungi bahan kimia beracun berjadual seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang kegunaanya bagi meningkatkan daya seks dan sebagai bahan pelangsing .

Penggunaan Sildenafil secara berlebihan itu boleh menyebabkan maut terutama bagi pengguna ada penyakit jantung dan darah tinggi. Bagaimanapun, dari segi daya seksual, bahan itu memang terbukti berkesan kerana keupayaannya boleh disamakan dengan Viagra
.


Petikan Dari  – Berita Harian 15/8/2011


 








Monday, August 15, 2011

Yang Menarik Tentang Al-Quran

20 FAKTA MENAKJUBKAN

TENTANG AL-QURAN


21.   Perkataan Solihaat’ (Baik) = 168 kali dalam Al-Quran, dan
        Perkataan Sayyi’aat’ (buruk) = 168 kali dalam Al-Quran.

22.   Perkataan Malaikat’ = 88 kali dalam Al-Quran,  dan
        Perkataan Syaitan’ = 88 kali dalam Al-Quran.

23.   Perkataan Mauta’ (kematian) = 145 kali dalam Al-Quran, dan 
        Perkataan Hayaat’ (kehidupan) = 145 kali dalam Al-Quran.

24.   Perkataan ‘Sab’a Samawaat’ (7 lapis langit) diulang-ulang 7 kali dalam Al-Quran

25.   Perkataan ‘Syahr’ (bulan) diulang-ulang 12 kali dalam Al-Quran.

26.  Jumlah perkataan ‘dunya’ dan ‘akhirat’ dalam Al-Quran diulang-ulang sama
       banyak iaitu 114 kali dalam Al-Quran.

27.   Ayat Al-Quran yang mengandungi 23 huruf ‘Kaf’ didalamnya ialah
       Ayat 282 Surah Al-Baqarah

28.   Ayat yang terkandung didalamnya 25 kata ganti nama (dhomir mu’annast : hunna
       ialah Surah An-Nuur ayat 31.

29.   Ayat ‘Fabiayyi Aalaa’I Robbikuma Tukazzibaan’ diulang-ulang dalam Surah 
       Rahman sebanyak 31 kali.

30.  Ayat Al-Quran yang disebutkan didalamnya perkataan ‘fiihi’ secara bersebelahan              terdapat dalam Surah At-Taubah, ayat 108.

"Jangan engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid 
(Qubaa' yang engkau bina Wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari 
mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. didalam Masjid itu ada 
orang-orang lelaki yang suka membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi 
orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)."

31.   Lima (5) nama bukit yang ada disebut dalam Al-Quran
1) Bukit Sofa
2) Bukit Marwa
3) Bukit Arofah
4) Bukit Sinai
5) Bukit Judiy.

32.   Dua (2) alatan sahaja yang ada disebut iaitu Pen (Al-Qolam) dan Pisau (Sikkiin).

33.   Empat (4) jenis buah-buahan sahaja iaitu buah Tiin, buah Anggur, Kurma dan buah 
       Delima.

34.   Unsur logam yang ada disebut dalam Al-Quran ;
1) Emas (Az-Zahab)
2) Gangsa (Al-Fiddoh)
3) Besi (Al-Hadid)
4) Tembaga (An-Nuhaas).

35.    Terdapat 3 jenis ukuran disebutkan dalam Al-Quran iaitu :
1) Luas (Al-Arod) dalam Surah A’li-Imran ayat 133
2) Hasta (Az-Ziraa’) dalam Surah Al-Haaqqah ayat 32
3) Tinggi (Tuul) dalam Surah Al-Isra’ ayat 37

36.    Sebanyak 27 jenis binatang, burung dan serangga yang pelbagai jenis
        disebut dalam Al-Quran.

37.   Angka terbesar disebut dalam Al-Quran ialah 100,000 ribu (Surah Sooffat, 147) 
        sementara angka terkecil ialah Satu persepuluh (Al-Mi’syar) dalam Surah Saba’ 
        ayat  45.

38.   Terdapat 5 jenis warna yang disebut dalam Al-Quran iaitu :
1) Merah (Al-Ahmar)
2) Kuning (Al-Asfar)
3) Putih (Al-Abyad)
4) Hitam (Al-Aswad)
5) Hijau (Al-Akhdar).
           
39.   Nama bulan-bulan islam yang ada disebut secara jelas dalam Al-Quran ialah bulan 
        Ramadhan dan bulan Muharram.

40.   Nama matawang yang disebut jelas dalam Al-Quran ialah Dinar, dalam Surah A’li-
       Imran ayat 75.


Sambungan daripada catatan lalu (Fakta 1-20) lihat di pautan ; 
http://muamalatmurni.blogspot.com/2011/08/fakta-menarikk-tentang-al-quran.html







Friday, August 12, 2011

FAKTA MENARIKK TENTANG AL-QURAN

20 FAKTA MENAKJUBKAN
TENTANG AL-QURAN

1.    Surah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah

  1. Surah terpendek ialah Surah Al-Kauthar

  1. Ayat yang terpanjang dikenali sebagai ‘ayat hutang’ dalam Surah Al-Baqarah ayat 282

  1. Jumlah Surah Makkiyyah ialah sebanyak 86 Surah = 4,475 ayat

  1. Jumlah Surah Madaniyyah ialah sebanyak 28 Surah = 1,761 ayat

  1. Jumlah ayat Sejadah (tempat disunatkan sujud) dalam Al-Quran = 15 ayat, iaitu ;

a.    Surah Al-A’raf ayat 206
b.    Surah Ar-Ra’d ayat 15
c.      Surah An-Nahl ayat 49
d.    Surah Al-Isra’ ayat 107-109
e.    Surah Maryam ayat 58
f.      Surah Al-Haj ayat 18
g.    Surah Al-Furqan ayat 60
h.     Surah An-Naml ayat 25
i.       Surah As-Sajadah ayat 15
j.       Surah Al-Fussilat ayat 37 dan 38
k.     Surah Sood ayat 24
l.       Surah An-Najm ayat 62
m.   Surah Al-Insyiqoq ayat 20-21
n.     Surah Al-Alaq ayat 19
o.    Surah Al-Hajj ayat 77

  1. Perkataan terpanjang di dalam Al-Quran ialah ” Fa’asqoinaakumuuhu” dalam Surah Al-Hijr, ayat 22.

  1. Ayat yang terkandung di dalamnya kesemua huruf Hija’iyyah (Huruf Alif-Ya’) ialah 2 ayat iaitu Surah A’li-Imran ayat 154 dan Surah Al-Hujurat ayat 59.

9.    Perkataan ‘Allah’ disebutkan sebanyak 2,697 kali dalam Al-Quran.

10.                      Perkataan ‘Muhammad’ disebutkan sebanyak 4 kali dalam Al-Quran, iaitu ;
a.      Surah Ali-Imran ayat 144
b.    Surah Muhammad ayat 2
c.       Surah Al-Fath ayat 29
d.    Surah Al-Ahzaab ayat 40

  1. Surah Al-An’aam 124 adalah ayat di mana 2 perkataan ‘Allah’ terletak  bersebelahan.

  1. Surah Al-Asr (juz 30) yang mengandungi  10 huruf ‘Wau’ dalam kesemua 3 ayatnya.

  1. Jumlah tanda ‘syi ddah’ (sabdu) dalam surah Al-Fatihah ialah 14.

  1. Perkataan ‘Al-Quran’ diulang-ulang sebanyak 68 kali dalam Al-Quran.

  1. Perkataan ‘Injil’ diulang-ulang sebanyak 12 kali dalam Al-Quran.

  1. Perkataan ‘Taurat’diulang-ulang sebanyak 18 kali dalam Al-Quran.

  1. Perkataan ‘yahudi’ diulang-ulang sebanyak 8 kali dalam Al-Quran.

  1. Perkataan ‘nasaara’(nasrani) diulang-ulang sebanyak 14 kali dalam Al-Quran.

  1. Nama Malaikat Jibril’ disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran  iaitu Al-Baqarah ayat 97 & 98 dan At-Tahrim ayat 4.

  1. Perkataan walyatalattof ’ terletak di tengah-tengah Al-Quran dalam Surah Al-Kahfi ayat 19

Tuesday, August 9, 2011

SUNNAH NABI SAW




7 SUNNAH RASULULLAH


Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh (7) sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh (7) sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari - alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha - kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari - Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus - kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. 
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib , "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat - dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. 

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 

Marilah kita berusaha untuk mengamalkan dan menjaga tujuh (7) Sunnah Rasulullah S.A.W.  Insya Allah.