Thursday, November 21, 2013

UNSUR BABI DALAM PRODUK MAKANAN & UBATAN

UNSUR BABI DALAM PRODUK MAKANAN & UBATAN

Sila Klik Foto Untuk Besarkan

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 
”This product contain substance from porcine”.
Sebenarnya adalah bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi.

Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah
“The source of gelatin capsule is porcine”
Adalah bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi’.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar : Babi liar.

5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan
    sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk : Susu babi.

10.Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi
     muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau
    berasal daripada babi. 

Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Friday, November 8, 2013

Kisah Kewafatan Nabi Muhammad SAW

Detik Kewafatan Rasulullah SAW
(Berdasarkan Hadis Shahih Bukhari)


Gambar Maqam Rasulullah SAW

Banyak artikel membicarakan kisah kewafatan Nabi Muhammad tetapi tidak meyakinkan kerana tidak disertai dalil yang kuat. In Shaa Allah kisah tentang Nabi Muhammad wafat yang anda baca ini dapat dijadikan rujukan yang bersumber dari hadis sahih Bukhari (sila rujuk nota kaki di bawah perenggan akhir).

Menjelang Kewafatan Nabi Muhammad

Kira-kira 3 bulan selepas kembali daripada menunaikan haji wada, Nabi Muhammad SAW menderita sakit yang cukup serius. [1] Baginda kali pertama mengadu tentang sakitnya semasa di rumah Ummul Mukminin Maimunah [2]. Baginda sakit selama 10 hari, [3] kemudian akhirnya wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal [4] dalam umur 63 tahun . [5] Dan telah shahih (satu riwayat yang mengemukakan) bahawa sakitnya telah dirasakan sejak tahun ke-7 selepas penaklukan Khaibar, iaitu setelah baginda merasai sepotong daging panggang yang telah diberi racun dan dihidangkan oleh isteri Sallaam bin Masykam Al-Yahudiyyah. Walau pun baginda telah memuntahkan iaitu tidak sampai menelannya, tetapi kesan racunnya masih tersisa. [6]

Baginda, Nabi Muhammad SAW meminta izin pada para isterinya supaya dirawat di rumah Aisyah . [7]  Aisyah mengusap badan Nabi Muhammad SAW sambil membaca surat Al- Mu'awwidzatain ( Surat Al-Falaq dan An-Naas ) . [ 8 ]

Ketika baginda dalam keadaan kritikal, baginda berkatalah pada para shahabat : "Kemarilah , aku ingin menulis untuk kalian yang dengan itu kalian tidak akan tersesat setelahnya" .

Terjadi perbezaan di antara mereka. Sebahagian bermaksud memberikan alat-alat tulis sebahagian lain tidak setuju, bimbang ianya akan memberatkan baginda. Belakangan telah jelas bahawa perintah menghadirkan alat tulis itu bukanya perkara yang wajib, tetapi sebuah pilihan saja . Semasat mendengar Umar bin Khatab berkata: " Kami telah cukup dengan Kitabullah "; maka beliau tidak mengulangi permintaannya itu. Andai itu adalah kewajiban, pasti baginda akan menyampaikannya dalam bentuk mesej . Sebagaimana ketika baginda menyatakan mesej secara terus kepada mereka supaya mengeluarkan orang-orang musyrik dari Jazirah Arab dan supaya memuliakan rombongan delegasi yang datang ke kota Madinah. [9]

Sebuah riwayat yang sahih memaparkan bahawa alat tulis itu dimintanya pada hari Khamis , 4 hari menjelang Nabi Muhammad wafat. Andaikan permintaan itu wajib, maka baginda tidak akan meninggalkannya kerana ada perselisihan para shahabat pada waktu waktu itu . Baginda tidak mungkin meninggalkan tabligh (atas risalah) walaupun ada yang menyelisihi. Telah menjadi kebiasaan, para sahabat nabi mengesahkan beliau dalam beberapa perkara yang ada perintah secara pasti.

Nabi Muhammad SAW memanggil Fatimah lalu berbisik, kemudian Fatimah menangis. Nabi memanggilnya kembali dan berbisik kemudian Fatimah tersenyum. Setelah Nabi Muhammad wafat, Fatimah memaparkan bahawa ia menangis sebab diberitahu bahawa baginda akan wafat, dan tersenyum sebab menerima bisikan bahawa dirinya adalah ahli keluarga pertama yang akan menyusul beliau. [10] Dan salah satu tanda dari tanda-tanda nubuwwah itu akhirnya terbukti .

Menjelang kewafatan Nabi Muhammad , sakit yang beliau derita semakin parah hingga beliau tidak sanggup keluar untuk solat berjemaah di masjid beserta shahabat-sahabatnya. Baginda bersabda : " Suruhlah Abu Bakar supaya solat mengimami manusia " .

Aisyah berusaha agar baginda SAW menunjuk orang lain saja kerana bimbang orang-orang akan berprasangka yang bukan-bukan kepada ayahnya (Abu Bakar) . Aisyah kemudian berkata : "Sungguh Abu Bakar itu adalah seorang lelaki yang lemah fizikalnya , suaranya perlahan , mudah menangis semasa membaca Al- Qur'an". [11]

Namun Rasulullah tetap bertegas atas perintah itu . Akhirnya Abu Bakar menjadi imam solat berjemaah di masjid bagi para shahabat. [12] Pada satu hari, Nabi keluar dengan dipapah oleh Ibnu Abbas dan Ali untuk solat berjamaah, seterusnya beliau berkhutbah . Beliau memberi pujian dan menjelaskan kelebihan Abu Bakar dalam khutbahnya itu dimana ia ( Abu Bakar) disuruh pilih oleh Allah antara dunia dan kahirat , tapi Abu Bakar memilih akhirat. [13]

Khutbah yang disampaikan itu adalah 5 hari menjelang kewafatan Nabi Muhammad. Baginda bersabda :
"Sungguh ada seorang hamba yang ditawarkan dunia dan perhiasannya, namun justru ia memilih akhirat".
Abu Bakar memahami bahawa maksudnya itu adalah dirinya. Dia pun menangis. Melihat hal tersebut, orang -orang heran sebab tidak mengerti apa yang dirasakan Abu Bakar. [14]

Rasulullah SAW membuka tabir bilik Aisyah semasa solat Subuh , hari dimana akan wafatnya Nabi Muhammad, kemudian baginda memandang para shahabat yang sedang berada dalam saf-saf solat berjemaah. Banginda tersenyum dan tertawa kecil seakan mengundur diri pada mereka. Para shahabat amat gembira dengan keluarnya baginda itu. Abu Bakar pun mundur kerana mengira Rasulullah SAW ingin solat berjemaah bersama mereka. Namun baginda memberikan isyarat kepada mereka dengan tangannya agar menyelesaikan solat mereka. Baginda kemudian masuk bilik semula sambil menutup tabir.

Fatimah masuk menemui beliau dan berkata: " Alangkah berat penderitaan ayah " . Maka baginda menjawab : " Setelah hari ini, tidak akan ada lagi penderitaan ". [15]

Ternyata itulah hari Nabi Muhammad wafat. Usamah bin Zaid masuk , dan beliau memanggilnya dengan isyarat. Baginda sudah tidak sanggup lagi bercakap kerana sakitnya yang semakin berat. [16]

Ketika menjelang Nabi Muhammad wafat, baginda bersandar di dada Aisyah. Aisyah mengambil siwak pemberian saudaranya bernama Abdurrahman . Aisyah gigit siwak itu lalu memberikannya kepada Nabi . Baginda pun lalu bersiwak dengannya. [17]

Rasulullah SAW lalu memasukkan tangannya ke dalam bejana yang berisi air dan membasuh mukanya. Baginda bersabda : "Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Sesungguhnya pada setiap kematian itu ada saat-saat mati ". [18]

Dan Aisyah secara samar-samar masih mendengar baginda bersabda : "Bersama orang- orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah". [19] Lalu baginda berdoa: " Ya Allah, pertemukan aku dengan Ar - Rafiiqul - A'laa ( Allah ) " . Aisyah tahu bahawa baginda waktu itu disuruh memilih , dan beliau pun memilih Ar - Rafiiqul - A'laa ( Allah ). [20]

Akhirnya waktu wafatnya Nabi Muhammad pun tiba pada hari itu. Baginda wafat di waktu Dhuha, ada yang mengatakan pada waktu tergelincirnya matahari, sedangkan kepala beliau di pangkuan Aisyah.

Abu Bakar segera masuk , semasa Nabi Muhammad wafat ia tidak berada di tempat itu. Ia membuka penutup wajah beliau, lalu menutupnya kembali dan menciumnya. Ia pun keluar menemui orang ramai. Ketika itu , orang ramai dalam keadaan antara percaya dan tidak percaya atas kewafatan Nabi Muhammad. Umar antara sahabat orang yang tidak percaya atas berita Nabi Muhammad wafat. Orang ramai pun kemudian berkumpul menemui Abu Bakar.

Abu Bakar berkata : "Amma ba'du , barangsiapa di antara kalian yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad saat ini telah mati. Dan barangsiapa di antara kalian yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Allah telah berfirman: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang ( murtad) ? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun ; dan Allah akan memberi balasan kepada orang -orang yang bersyukur " ( QS. Aali ' Imraan: 144).

Mendengar itu, kemudian para shahabat merasa tenang . Sementara itu, Umar duduk di tanah tidak sanggup berdiri. Seakan-akan mereka belum pernah mendengar ayat tersebut melainkan pada saat itu saja. [21]

Fatimah berkata :
"Wahai ayah, Rabb telah memenuhi doamu
Wahai ayah, syurga Firdaus tempat kembalimu
Wahai ayah, pada Jibril kami kabarkan atas kewafatanmu ". [22]

Semoga Allah melimpahkan shalawat, salam, barakah, dan nikmat kepada Nabi-Nya, keluarganya, dan para shahabatnya . Dan akhir doa kami adalah alhamdulillaahi rabbil 'aalamiin.



Nota Kaki

[ 5,6,7,8,910,13,15,17,18,19,20,21,22 ] Shahih Bukhari (Fathul- Bari)

[1] Ibnu Katsir berkata bahawa Nabi Muhammad wafat adalah 81 hari selepas hari haji akbar [Al - Bidaayah wan- Nihaayah , 5/ 101 ].

[2] Ibnu Hajar berkata bahawa itu merupakan pendapat yang mu'tamad . Beberapa riwayat lain menyatakan bahawa beliau pertama kali mengeluhkan sakitnya di rumah Zainab binti Jahsy atau Raihaanah [Fathul- Bari , 8/ 129].

[3] Sulaiman At - Taimiy memastikan pendapat ini. Riwayat ini dikeluarkan oleh Al- Baihaqi dengan sanad shahih. Menurut pendapat kebanyakan ulama , menjelang Nabi Muhammad wafat, beliau sakit selama 13 hari [Fathul- Bari]

[ 4] Al - Haafidh berpegang pada pendapat Abu Mikhnaf bahawa Nabi Muhammad wafat tanggal 2 Rabiul Awwal . Tambahan angka 1 (menjadi 12) adalah kesalahan [Fathul- Bari , 8/ 130].

[11] Siirah Ibni Hisyaam , 4/ 330 dengan sanad shahih; dan Al- Bidaayah wan- Nihaayah oleh Ibnu Katsir , 5/ 233.

[12] Al - Bidaayah wan- Nihaayah oleh Ibnu Katsir, 5/232-233 .

[14] Musnad Ahmad (Fathur - Rabbaaniy , 21/ 222 berikut catatan pinggir / hasyiyah no . 3); dan Tirkatun - Nabiy Dengan sanad dimana rijalnya adalah tsiqah, namun mursal.

[16] Sirah Ibni Hisyaam , 4/ 329 dengan sanad shahih.

Kumpulan hadis sahih Bukhari tentang Kisah Kewafatan Nabi Muhammad ini diambil dari kitab : As - Siirah An -Nabawiyyah Ash- Shahiihah oleh Prof. Dr . Akram Dliyaa 'Al- ' Umariy , Maktabah Al -'Ulum wal -Hikam , Cet. 6/ 1415, Madinah Munawarah

Kredit : http://www.promutu.com/tentang-nabi-muhammad/kisah-nabi-muhammad-wafat-shahih-bukhari/

Thursday, November 7, 2013

DURIAN BELANDA PENAWAR KANSER YANG EFEKTIF

DURIAN BELANDA DAN DAUNNYA
PENAWAR KANSER YANG EFEKTIF


" 10000 kali lebih kuat membunuh KANSER daripada kimo " .... boleh menyelamatkan banyak nyawa , mengisi harapan dan membina keyakinan pada pesakit ...

Durian Belanda atau buah-buahan dari pokok Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib 10,000 kali lebih kuat daripada kimo .

Mengapa kita tidak sedar tentang perkara ini ? Kerana beberapa syarikat besar ingin mendapatkan semula wang yang mereka belanjakan bertahun-tahun melalui penyelidikan dengan cuba memcipta  versi sintetik untuk dijual.

Jadi, kerana anda tahu sekarang anda boleh membantu rakan yang memerlukan dengan membiarkan dia tahu atau hanya minum beberapa jus durian belanda sebagai pencegahan dari semasa ke semasa. Rasa jus ini tidaklah seteruk mana pun yang pentingnya ia benar-benar asli dan pasti tidak mempunyai kesan sampingan. Jika anda mempunyai ruang tanamlah di halaman rumah anda.  Bahagian lain pokok durian belanda juga sangat berguna.

Lain kali jika anda menginginkian jus buah-buahan, mintalah jus durian belanda.

Selama ini ramai orang telah mati begitu saja kerana pengeluar ubat yang berorentasikan keuntungan secara sengaja menyembunyikan rahsia kemujaraban pokok durian belanda ini.

Pokok durian belanda adalah rendah dan dikenali sebagai Graviola di Brazil, Guanabana dalam bahasa Sepanyol atau nama inspirasi "Soursoup" dalam bahasa Inggeris. Buahnya agak besar dan isi putihnya rasa manis bila dimakan dan umumnya ia dimakan dan digunakan untuk membuat minuman buah-buahan, sarbat dan sebagainya.

Yang menariknya pada tumbuhan ini adalah tentang kesan anti kansernya yang kuat. Walaupun ia berkesan untuk beberapa keadaan perubatan, ia mempunyai kesan anti kanser (radang) yang paling menarik . Tumbuhan ini adalah ubat kanser yang terbukti untuk semua jenis kanser.

Selain menjadi penawar kanser, durian belanda adalah spektrum agen antimikrob yang luas untuk jangkitan kedua-dua bakteria dan kulat, berkesan terhadap parasit dalaman dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi dan digunakan untuk mengatasi kemurungan, tekanan dan gangguan saraf.

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak dari pokok durian belanda ini bermanfaat untuk  :
1. Rawatant kanser yang selamat dan berkesan melalui terapi semula jadi dan tidak menyebabkan rasa loya melampau (nausea), kehilangan berat  dan keguguran rambut

2. Melindungi sistem ketahanan (imunisasi) anda dan mengelakkan jangkitan maut

3. Rasa lebih kuat dan sihat sepanjang kursus rawatan

4. Meningkatkan tenaga dan memperbaiki harapan anda terhadap kehidupan

Sumber maklumat yang menakjubkan ini diperolehi dari satu pengeluar ubatan terbesar Amerika, buah durian belanda telah  diujikaji melalui lebih 20 ujian makmal sejak tahun 1970-an.  Ujian yang dijalankan menunjukkan durian belanda ;

1. Berkesan mensasar dan membunuh sel-sel malignan dalam 12 jenis kanser, termasuk kanser kolon, payudara, prostat , paru-paru dan kanser pankreas

2. Sebatian pokok terbukti sehingga 10,000 kali lebih kuat dalam melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser daripada Adriamycin , ubat kemoterapi yang biasa digunakan

3. Tambahan pula , tidak seperti kemoterapi , bahan yang diekstrak daripada pokok durian belanda ini hanya mensasarkan dan membunuh sel-sel kanser. Kelebihanya ianya tidak merosakkan sel-sel yang sihat

Peliknya ciri-ciri anti kanser pokok durian belanda ini telah luas dikaji, tetapi mengapa kita tidak mengetahui perkara ini?
Salah satu pengeluar ubatan terbesar Amerika telah memulakan kajian untuk mengubati kanser dan penyelidikan tertumpu kepada durian belanda, pokok penyembuhan legenda dari Hutan Hujan Amazon.

Pelbagai bahagian pokok durian belanda termasuk kulit kayu, daun, akar, buah dan bijinya telah digunakan selama berabad-abad oleh ahli perubatan dan orang tempatan. Sejarah dari Amerika Selatan ini menunjukkan ianya digunakan untuk merawat penyakit jantung, asma, masalah hati dan artritis. Melangkaui bukti saintifik yang sangat sedikit didokumenkan, terdapat syarikat yang membelanjakan kewangan dan sumber-sumber tertentu dalam ujian anti kanser daripada pokok itu yang menghasilkan keputusan yang menkjubkan. Kajian ke atas durian belanda telah membuktikan ia menjadi penggerak dan pemmbunuh sel kanser.

Kerana impian keuntungan yang besar, ujian mereka pada durian belanda terhenti. Malang lagi, syarikat itu telah menangguhkan keseluruhan projek dan memilih untuk tidak menerbitkan hasil penyelidikan itu.

Bagaimanapun , ada saintis dari pasukan penyelidikan durian belanda yang jujur mengabaikan masalah tersebut dan mempertaruhkan kerjayanya.  Dia menghubungi sebuah syarikat yang lebih berdedikasi untuk pengkajian tumbuhan perubatan dari hutan hujan Amazon itu.

Apabila penyelidik di Institut Sains Kesihatan telah dimaklumkan berkenaan berita kehebatan durian belanda, mereka gah mengesan penyelidikan yang dilakukan ke atas pokok membunuh sel kanser . Bukti keberkesanan durian belanda mengagumkan dan telah mengejutkan umum.

Institut Kanser Kebangsaan melakukan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasil kajian menunjukkan bahawa durian belanda ini - "daun dan batangnya telah didapati berkesan dalam menyerang dan memusnahkan sel-sel malignan ." keputusannya telah diterbitkan dalam laporan dalaman dan tidak pernah disiarkan kepada orang ramai.

Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh kanser yang sangat kuat dan telan melalui 20 ujian makmal bebas .Namun begitu tiada ujian susulan klinikal sebagai penanda aras para doktor dan jurnal yang boleh digunakan untuk menilai rawatan ini  sebagai nilai inisiatif.

Satu kajian yang diterbitkan dalam 'Journal of Natural Products' , berikutan kajian yang dijalankan di Universiti Katolik Korea Selatan menyatakan bahawa salah satu bahan kimia di dalam durian belanda didapati mampu membunuh sel-sel kanser kolon pada kadar " 10,000 kali berpotensi daripada ubat kemoterapi yang biasa digunakan Adriamycin".

Satu kajian di Universiti Purdue  baru-baru ini mendapati bahawa daun dari pohon durian belanda membunuh sel-sel kanser di kalangan enam barisan sel manusia dan amat berkesan terhadap kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Khasiat Daun Durian Belanda

Daun Durian Belanda memang berkhasiat dalam menyembuhkan penyakit kanser. Daun Durian Belanda yang mengandungi acetogennins inilah dapat membunuh Sel Kanser. Daun yang mengandungi acetogennins sahaja yang dapat membunuh Sel Kanser.

Caranya :
1. Cara memilih daun durian belanda adalah dengan memetik daun yang ke 4 hingga 5 daripada pucuknya sahaja yang amat berkhasiat. Pastikan daun yang dipilih adalah daun yang banyak terdedah pada cahaya matahari. Ini kerana proses fotosintesis yang menyebabkan proses zat aktif pada daun lebih banyak terbentuk.

2. Daun yang dipetik dikeringkan pada suhu bilik (seperti proses membuat serbuk Teh). Daun yang dipetik jangan dijemur pada matahari. Anda boleh memotong atau diiris-iris supaya daunnya cepat kering. Walaupun daunnya telah kering zat acetogennins tetap masih ada.

3. Cara merebusnya, gunakan air bersih / mineral. Didihkan 3 gelas air terlebuh dahulu . Setelah air mendidih, masuhkan 3 - 4 sudu besar. Masak daun tersebut selama 10 - 15 minit sehingga air nya berwarna perang. Pastikan memasak dengan api yang sederhana.

4. Minum airnya 3 kali sehari. Daun yang telah dimasak jangan diulang kerana sudah tiada khasiatnya.


Bagi penghidap Kanser keberkesanannya akan terlihat dalam tempoh 3 - 4 bulan. Info ini diambil dari buku tulisan Herlina Widyaningrum berjudul SIRSAK Si Buah Ajaib 10,000 X Lebih Hebat Dari Kemoterapi.

Friday, November 1, 2013

KE MANA ROH SETELAH MENINGGALKAN JASAD

PERJALANAN ROH SETELAH MENINGGALKAN JASAD


Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk.

Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Destinasi Roh Selepas Mati.

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.

b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.

c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.

d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith

" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :

" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)

Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat.
Wallahu'alam.


Sumber : http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/283-hantu-roh-kembali-a-destinasi-roh.html