Monday, May 28, 2012

MUAT TURUN CERAMAH AGAMA PERCUMA

CERAMAH AGAMA
 
PAUTAN MUAT TURUN CERAMAH AGAMA - Wav.File dan Mp3.File


No.
Tajuk Ceramah
Penceramah/Tempat
Muaturun
1
 Israk dan Mikraj 1432H - wav file


Ust. Abd. Halim B. Sulaiman
- Surau As-Syakirin Sri  
  Bengkal, Batu Pahat, Johor
2
 Maulidur Rasul 1433H
 - wav file

Ust. Mohd Rashid Mohd Salleh
- Surau As-Syakirin Sri  
  Bengkal, Batu Pahat, Johor

SILA KLIK SINI
3
 Maulidur Rasul1430H 
 - mp3 file

Ust. Saadon Bin Omar 
- Surau As-Syakirin Sri  
  Bengkal, Batu Pahat, Johor
SILA KLIK SINI
4
 Maal Hijrah 1429H 
 - mp3 file 
Ust Mohd Shahrir Abd Mutalib- Imam2 UTHM
- Surau As-Syakirin Sri  
  Bengkal, Batu Pahat, Johor
SILA KLIK SINI
5
Interaktif & Kuliah Rakyat Johor
- wav.file
19 Rejab 1433H
(09/06/2012)
Ust Azhar Idrus
- Dataran Keadilan
  Pt Hj Salleh Ros, Parit Raja
SILA KLIK SINI

















~~~~~~~~~~
Terapi Mata Anda Dengan Cermin Mata

Terapi D'Mata
 RM35.00  (Temasuk Pos Laju)

Maklumat Lanjut Dan Tempahan
KLIK LOGO Di Bawah

Himpunan Hadis-Hadis Pendek



SILA KLIK IKLAN INI

Himpunan Hadis-Hadis Pendek 

UMUM

1.     Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” [Riwayat at-Tirmidzi]

2.     Sabda Rasulullah s.a.w: Permudahlah (segala urusan), jangan dipersulit dan ajaklah dengan baik, jangan menyebabkan orang menjauh. [HR. Al-Bukhari]

3.     Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” [Sahih Bukhari]

AKHLAK

1.     Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” [Riwayat Ahmad]
2.     Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3.     Dari Aisyah r.a, isteri nabi s.a.w, dari nabi s.a w sabdanya:”Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk.” [HR Muslim]
   AKIDAH
1.     Barangsiapa yang akhir perkataannya Laa ilaha illallah, dia akan masuk surga. [HR. Bukhari]
 
AMANAH /JUJUR
1.     “Jujurlah karena sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukan kepada surga."(HRBukhari)  
DAAWAH
1.     Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya. (Sahih Muslim: 3492)
2. Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan 
   Muaz ke Yaman, Nabi berkata:"Mudahkanlah dan janganlah kamu 
   menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia 
   sekatalah kamu.” (Bukhari dan Muslim)
 
DOA

1.     Dari Jabir ra, ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda, “Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” [HR. Muslim dan Ahmad]

2.     “Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurnia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu.” (HR: At-Tirmidzi)

3.     "Ya Allah, aku belindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati, aku juga berlindung dari siksa kubur." [HRBukhari]


MUAT TURUN "PERCUMA" E-BOOK 
HIMPUNAN HADIS-HADIS PENDEK - PDF FILE

 ~~~~~~~~~~

Terapi Mata Anda Dengan Cermin Mata

Terapi D'Mata
 RM35.00  (Temasuk Pos Laju)

Maklumat Lanjut Dan Tempahan
KLIK LOGO Di Bawah

Wednesday, May 23, 2012

Pengerang Hab Minyak & Gas Dunia - Di Sebalik Pesona Kekayaan, Saudagar Mimpi

Pengerang di Sebalik Pesona Kekayaan, Saudagar Mimpi
(Petikan Artikel Daripada RENCANA Berita Harian Oleh Abd Razak Hussin)

Friday, May 18, 2012

Orang Munafik Lagi Bahaya Daripada Orang Kafir

Orang Munafik Lebih Bahaya Daripada Orang Kafir

Petikan daripada :   Khairunnisa’ Razak - bhagama@bharian.com.my  - 2012/05/18

Kejahatan golongan menentang Islam secara diam wujud sejak zaman Nabi

HIDUP di akhir zaman ini memang mencabar keimanan dengan terasasnya pelbagai fahaman yang menyimpang jauh daripada jalan kebenaran, aqidah umat Islam boleh goyah andai tiada pegangan ampuh terhadap agama.

Namun, yang lebih bahaya adalah penentangan terhadap agama secara tersembunyi oleh orang munafik. Nifaq dalam bahasa Arab diambil daripada kata dasar yang membawa erti ‘lubang tikus’ kerana kebiasaannya tikus mudah nampak jalan masuk ke lubang, tetapi tidak nampak jalan keluar.

Nifaq menurut Imam An-Nawawi, ialah orang beriman yang mempunyai atau menyerupai sifat orang munafik atau melakukan sesuatu bercanggah dengan kehendak hatinya secara umum. Golongan munafiq ini secara luarannya seperti orang beragama, namun hatinya penuh kebencian dan permusuhan terhadap Allah, Rasulullah SAW serta umat Islam.

Kalimah nifaq disebut sebanyak 37 kali dalam al-Quran menandakan betapa bahayanya golongan munafik dan perlunya kita berjaga-jaga dalam menghadapi ‘musuh dalam selimut’ ini sebaik-baiknya.

Tanda-tanda munafiq itu banyak seperti disebut dalam al-Quran mahupun Sunnah. Namun, dapat dikelaskan jenis-jenis munafiq ini kepada dua iaitu nifaq iktiqadi (munafik keimanan) dan nifaq amali (munafik perbuatan).

Golongan yang munafik iman mendustai Allah, Rasulullah SAW, kitab dan lain-lain secara diam-diam, walaupun secara zahirnya mereka mengetahui kebenarannya.
Al-Quran menceritakan melalui firman Allah yang bermaksud: “(Di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah al-Baqarah, ayat 8-10)

Munafik perbuatan pula golongan itu menzahirkan kemunafikan mereka melalui perbuatan yang terang-terang menyalahi garis al-Quran dan Sunnah serta ijmak ulama.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “(Ada tiga tanda orang munafik; jika dia bercakap dia berdusta; jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia diberi amanah, dia mengkhianatinya).” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tanda lain orang munafik ialah suka membuat fitnah, meninggalkan solat Jumaat, melalaikan solat fardu, gemar meninggalkan solat berjemaah, menggalakkan orang lain supaya tidak berjihad, bersekongkol dengan orang kafir dan mengharapkan malapetaka menimpa orang beriman.

Memakan harta anak yatim, berasa aman daripada neraka Allah apabila melakukan dosa, suka berbantah dan bertengkar sesama muslim, berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup, menuduh orang beriman itu bodoh, menghalalkan perkara yang haram dan menghina sahabat Rasulullah SAW.

Mungkin kita tidak menyedari yang kita memiliki mana-mana sifat itu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang munafik.

Sejarah Islam telah merakamkan siri kejahatan golongan munafik ini yang wujud sejak era kenabian lagi. Bahayanya golongan ini berbanding golongan kafir adalah golongan munafik menentang Islam dari dalam dan secara tersembunyi.

Jadi untuk mengetahui dengan tepat siapakah orang munafik sebenar amatlah susah kerana tiada yang benar-benar tahu isi hati seseorang dan ini menunjukkan betapa liciknya pergerakan mereka.

Namun, pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang saja sahabat yang mengetahui senarai orang munafik di Madinah pada waktu itu iaitu Hudzaifah al-Yamani, kerana Rasulullah SAW memberitahu kepadanya.

Inilah kelebihan Hudzaifah sehingga beliau digelar ‘Pemegang Rahsia Rasulullah’. Sahabat lain seperti Khalifah Umar Al-Khattab, mengetahui bahawa seseorang itu munafik apabila adanya majlis kematian dan Hudzaifah tidak pergi bersolat jenazah untuknya. Jelaslah ia jenazah seorang munafik.

Lantaran itu, seharusnya kita menjadi lebih berwaspada kerana alangkah pada zaman nabi pun golongan ini sudah berani menunjuk taring, apatah lagi pada zaman sekarang yang mungkin sudah lahir ramai klon ‘Abdullah bin Ubay’ moden.

Siapa yang tidak kenal ketua munafik di Madinah al-Munawwarah ini kerana angkara fitnah beliau dan konco-konconya menyebabkan meletusnya Perang Bani Mustaliq yang berlaku dalam Sya’ban tahun ke-6 Hijrah.

Sebagai umat Islam, kita perlu terus mempertahankan iman yang senipis kulit bawang ini hingga ke nafas terakhir. Golongan munafik zaman moden, lebih canggih pendekatannya di tambah dengan dunia tanpa sempadan.

Sebaiknya, sebarang berita mahupun khabar diterima usahlah ditelan bulat-bulat, periksa dulu kebenarannya kerana ditakuti kitalah penyebab api fitnah merebak. Yang lebih utama, jauhi sifat munafik dan sedaya upaya menangkis virus nifaq yang tersebar meluas.


~~~~~~~~~~~~~

Terapi Mata Anda Dengan Cermin Mata

Terapi D'Mata
 RM35.00  (Temasuk Pos Laju)

Maklumat Lanjut Dan Tempahan
KLIK LOGO Di Bawah


Download Percuma Tahlil Dan Doa Arwah

Tahlil Dan Doa Arwah

Kit/pamplet Saku PDF file
Tahlil Ringkas, Doa Arwah & Doa Perpisahan
Muat turun PERCUMA
 Sila KLIK DISINI

~~~~~~~~~~~~~~~~


Terapi Mata Anda Dengan Cermin Mata

Terapi D'Mata
 RM35.00  (Temasuk Pos Laju)

Maklumat Lanjut Dan Tempahan
KLIK LOGO Di Bawah



 KAD ION AIRBOOM 
UNTUK KESIHATAN, TERAPI DAN MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA
 
KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)

Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Sila Klik  MAKLUMAT LANJUT 
Untuk Testimoni Produk Sila Klik  TESTIMONI 
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN  KLIK SINI 

Thursday, May 17, 2012

CERMIN MATA SATU MALAYSIA - TEMPAH SEKARANG

Cermin Mata  Terapi D’ Mata
RM35.00 Sahaja

(Termasuk Pos Laju 1 Malaysia) 


 CERMIN MATA SATU MALAYSIA
TEMPAH SEKARANG

CEPAT BUAT PESANAN ANDA SEKARANG
STOK TERHAD
SIAPA CEPAT DIA DAPAT




Terapi D'Mata
 RM35.00  (Temasuk Pos Laju)

 Maklumat Lanjut Dan Tempahan  
 KLIK LOGO Di Bawah 


CERMIN MATA 1 MALAYSIA

CERMIN MATA Terapi D’ Mata

  CERMIN MATA 1 MALAYSIA 
      RM35.00  Sahaja      
(Termasuk Pos Laju)

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

UNTUK TEMPAHAN KLIK DI SINI




APA ITU CERMIN MATA Terapi D’ Mata ?
Adakah anda mengalami rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia), astigmatisme, sindrom visi komputer atau katarak?  Setiap kali periksa mata dan menukar cermin mata adakah `power’ kanta (lens) cermin mata baru anda semakin bertambah?

Jika jawapanya YA, jadi anda memerlukan cermin mata lubang jarum  (pinhole glasses). Anda boleh DAPATKAN cermin mata lubang jarum  dengan MEMBELI Cermin Mata Terapi D’ Mata sekarang daripada kami. 


KEBAIKAN CERMIN MATA Terapi D’ Mata :

1.       Membantu Mengurangkan Masalah Rabun jauh, 
        Rabun Dekat, Myopia Dan Astigmatism (silinder).
2.       Selamat Digunakan
3.       Tak Perlu Pakai Ubat Titik atau Makan
4.       Tidak Perlu Preskripsi Doktor
5.       Tidak Perlu Periksa Mata
6.       Tidak Perlu Lasik Mata
7.       Mengurangkan 'Power' Cermin Mata Atau 
        Kanta Sesentuh (Contact Lens).
8.       Memperbaiki Pengelihatan Mata Anda
9.       Hanya Beli Sekali Selagi Tidak Rosak
10.     Rekabentuk Moden Dan Menarik
11.     Boleh Digunakan Sebagai Cermin Mata Penapis UV 
        Dari Komputer
12.    Terlalu Murah Sangat Lebih Murah Dari Cermin 
       Mata Berkanta
13.    Dapat Mengurangkan Power Cermin Mata Rabun Anda
14.    Sesuai Untuk Membaca Atau Melayari Internet.
15.    Mengelak Mata Rabun Bertambah Rabun
16.    Boleh Diguna Sesiapa Saja

KENAPA ANDA PERLUKAN CERMIN MATA TERAPI D’MATA ? 
Cermin Mata Terapi D’ Mata ini direka khusus untuk mereka yang memakai cermin mata atau kanta sesentuh (contact lens) kerana rabun jauh, rabun dekat, dan Astigmatism (silinder).  Ia membantu memperbaiki daya penglihatan yang lemah bagi semua golongan termasuk kanak, remaja dan orang dewasa.  


Sejak anda menggunakan cermin mata kerana masalah rabun dan sebagainya, cermin mata anda menjadi semacam `tongkat’ pada mata anda.  Akibatnya anda terlalu bergantung pada cermin mata, daya penglihatan anda semakin lemah.  Kelemahan dari cermin mata biasanya adalah cermin mata perlu diganti apabila pengelihatan semakin lemah kerana rabun atau Astigmatism(silinder) yang bertambah dengan kata lain `power’ cermin mata semakin bertambah. Dengan menggunakan Cermin Mata Terapi D’ Mata membantu menjadikan penglihatan anda pulih secara beransur-ansur.


Rehatkanlah Mata Anda Untuk Sementara Waktu
Sejak anda bangun hingga tidur semula, mata anda tidak berhenti menjalankan tugasnya. Disamping menggunakan Cermin Mata 
Terapi D’ Mata untuk memperbaiki daya penglihatan, anda juga perlu banyak merehatkan mata anda.  Cara terbaik adalah rehatkan diri anda, letakkan kedua belah tapak tangan anda diatas meja dan tekapkan mata anda pada tapak tangan anda.  Pada masa yang sama cuba rehatkan minda anda.  Jangan kerap menggosok mata dengan tangan kerana ini boleh mencederakan mata.


Ketika di hadapan `monitor’ komputer dan membaca, cuba rehat sebentar dengan mengalihkan pandangan anda ketempat lain atau tempat yang jauh.  Menatap sesuatu dalam masa yang lama boleh menyebabkan tekanan pada mata anda.

Setelah beberapa minggu menggunakan Cermin Mata 
Terapi D’ Mata , jalankan juga latihan mata yang disarankan, anda akan dapati daya penglihatan anda beransur-ansur lebih jelas dari sebelumnya.


CARA MENGGUNAKANNYA
Ikuti langkah-langkah di bawah ;
1. Pakai Cermin Mata Terapi D’ Mata
2. Pejam mata selama 10 saat
3. Lakukan gerakan mata dengan mata terbuka dan gerakan mata anda kekiri dan kekanan sebanyak10 kali
4. Secara perlahan-lahan gerakan anak mata mengikut arah pusingan jam sekali dan melawan pusingan arah jam sekali
5. Pejam celikan mata anda beberapa kali untuk membenarkan otak menyelaras fokus pada mata
6. Mula gunakan Cermin Mata 
Terapi D’ Mata, kalau rabun jauh guna untuk melihat objek jauh, kalau rabun dekat lihat objek yang hampir seperti membaca, dsb.



AMARAN!
Produk ini tidak sesuai untuk dipakai semasa memandu kenderaan, aktiviti / sukan lasak, kerja berat, dan seumpamanya.  Gunakannya semasa tidak mengendalikan atau mengawal peralatan mesin, enjin, motor elektrik, kenderaan bermotor  dan peralatan merbahaya.

Tempoh Masa Penggunaan Cermin Mata
 Terapi D’ Mata 
1. Minggu pertama ~ pakai 1/2 jam sehari (untuk membaca,  
   menonton TV, dsb)
2. Minggu kedua ~ tambah kepada 1 jam sehari
3. Minggu ketiga ~ tambah kepada 2 jam sehari, dan seterusnya

Semakin lama tempoh penggunaanya ia lebih baik bagi penurunan atau pemulihan pengelihatan, masa minima 1-3 bulan untuk penurunan rabun jauh, rabun dekat serta Astigmatism (silinder).

Prinsip Cermin Mata Terapi D’ Mata
Secara umumnya Cermin Mata 
Terapi D’ Mata  kelihatan seperti cermin mata hitam biasa. Tetapi bila dilihat dari jarak dekat secara teliti, anda akan mendapati beberapa barisan lubang jarum (kecil), berada pada kedudukan tertentu secara betaburan.

Bagi anda yang memiliki masalah atau ketidakselesaan daya penglihatan sama ada rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia), atau Astigmatism (silinder), anda akan dapat membuktikan sendiri kebenaran prinsip asas cermin mata Terapi D’ Mata  ketika melihat atau membaca tulisan yang tidak dapat anda lihat secara jelas dengan mata tanpa bantu cermin mata lensa anda.  Dengan memakai cermin mata Terapi D’ Mata  anda akan dapat melihat objek dengan jelas meskipun tanpa menggunakan cermin mata berkanta. Ini membuktikan dengan memakai cermin mata Terapi D’ Mata, akan menjandikan otot mata anda fokus sehingga imej (bayangan objek) jatuh tepat di titik retina dan dengan itu anda boleh melihat objek dengan jelas.

Terapi hanya perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pengelihatan atau ketidakselesaan mata anda dengan memakai cermin mata Terapi D’ Mata  ketika di hadapan `monitor’ komputer atau membaca secara berterusan selama 15-30 minit setiap hari, sehinggalah diharapkan akan menguatkan secara semulajadi otot mata yang telah lemah.

Gambar  Rajah 1

Untuk memahami bagaimana Cermin Mata Terapi D’ Mata  berfungsi, anda harus tahu sebab kenapa daya penglihatan anda menjadi lemah. Berikut beberapa penjelasan dari gambar  rajah 1 di atas.

Terdapat 2 jenis otot mata yang melingkupi dari retina mata anda. Salah satunya kita sebut dengan otot Astigmatism (silinder), berfungsi untuk menekan retina dan menjadikan lebih tebal. Satu lagi disebut dengan otot radikal dan fungsinya untuk menarik retina supaya menjadi tipis.

Dibahagian depan mata terdapat sebuah retina. Imej dipindah keatas penerima yang terdapat di bahagian belakang melalui retina. Sewaktu anda melihat objek yang dekat, otot Astigmatism (silinder) akan menekan dan otot radikal akan mengembang, sehingga menjadikan retina lebih tebal dan membawa retina lebih dekat dengan penerima, maka objek akan difokus di atas penerima. Ketika anda melihat objek yang jauh, otot radikal akan mengembang, menjadikan retina lebih tipis dan menjauhi dari penerima. Dengan begini objek akan difokus di atas penerima.

Daya penglihatan yang lemah biasanya disebabkan oleh cara membaca yang tidak betul, makanan yang tak berkhasiat, tekanan (stress), pencemaran alam dan penyakit berkaitan mata.  Ada beberapa tekanan yang menyebabkan otot mata menekan secara tidak normal, mengakibatkan objek-objek tidak dapat difokuskan keatas penerima secara tepat. Ini menyebabkan daya penglihatan menjadi lemah, seperti rabun jauh, rabun dekat dan Astigmatism (silinder).

Tekanan ke atas otot mata juga akan menyekat aliran darah dan menyebabkan otot-otot mata dan komponen mata yang lain tidak mendapat zat (nutrient) yang sepatutnya diperolehi mata.  Oleh itu merehatkan mata anda ketika letih adalah sangat penting.

Cermin Mata Terapi D’ Mata akan merehatkan mata anda dengan mengalihkan tekanan yang dialami setiap hari. Pada masa yang sama, lubang jarum atau rongga cermin mata Terapi D’ Mata membuat mata anda fokus tanpa memberatkan kerja otot mata anda.

Cermin Mata Terapi D’ Mata  mengurangkan pancaran cahaya yang masuk dan menambah fokus pada mata anda, sehingga membuat objek terfokus sesuai dengan pembesaran yang sesuai.


Gambar Rajah 2
Cermin Mata Terapi D’ Mata dibuat khusus untuk mereka yang memakai cermin mata atau kanta sesentuh (contact lens) kerana rabun jauh, rabun dekat, dan Astigmatism (silinder). Dapat memperbaiki daya penglihatan yang lemah bagi semua golongan termasuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Bahkan orang tua sekalipun. Pada dasarnya, sejak anda menggunakan cermin mata, cermin mata anda menjadi semacam tongkat pada mata anda. Akibat anda terlalu bergantung pada cermin mata anda, daya penglihatan anda semakin lemah. Kemudian kekuarangan dari cermin mata adalah cermin mata perlu diganti apabila mata anda makin lemah kerana rabun jauh/dekat atau Astigmatismnya (silinder) bertambah.

Meggunakan Cermin Mata Terapi D’ Mata Insya Allah akan membantu merawat dan menjadikan penglihatan anda pulih secara beransur-ansur.

Cermin Mata Terapi D’ Mata tidak menunjukkan kesan keajaibannya jika digunakan dalam masa sehari.  Bagi anda yang memakai cermin mata,  mata telah menjadi lemah selama bertahun-tahun akibat bergantung kepada cermin mata semata-mata.  Daya penglihatan anda yang jelas pada awal memakai cermin mata ini adalah hasil sementara.  Cermin mata berkanta adalah sebagai alat untuk melihat sesuatu lebih jelas dan bukan untuk merawat masalah pengelihatan.

Mata anda akan terbiasa fokus dengan penggunaan harian Cermin Mata Terapi D’ Mata melalui rehat mata dan latihan fokus pada mata.


UNTUK TEMPAHAN KLIK LOGO DI BAWAH