Thursday, December 4, 2014

Jus Durian Belanda 'JUS PL PLUS' - Penawar Dan Anti Kanser

PL JUS PLUS - PACK BARU
Jus Durian Belanda
(Lulus Biro Farmasutikal KKM)
(Maklumat Nutrisi dari Makmal UKM)
Sedang Memohon Pengkelasan Sebagai
Makanan Tambahan daripada BPFK

KANDUNGAN
Diperbuat daripada :
1. Durian Belanda  2. Bidara  3. Madu Asli
4. Guarana  5. Buah Tin  6. Manggis  7. Buah Zaitun
8. Kurma 10. Halia  11.Goji  12. Kurma
KHASIAT UTAMA PL JUS PLUS
Kesihatan dan dalaman wanita dan lelaki
Anti kanser
Masalah paru-paru
Masalah hormon
Masalah batin
Menguatkan pinggang
Menyihatkan perut
Stabilkan darah
Masalah jantung
Buah pinggang
Anti tumor
Masalah kulit

Cara Pengambilan :
AMBIL/MINUM SEBELUM MAKAN
1 Sudu Besar PAGI & 1 Sudu Besar MALAM
Jika Masalah Serius :
3 Sudu Besar PAGI DAN 3 Sudu Besar MALAM
JUS PATI DURIAN BELANDA
- PL JUS PLUS PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT - -

Khasiat Tambahan Jus Pati Durian Belanda  * PL JUS PLUS *
* Melegakan masaalah sakit Urat Sendi & Kejang Otot
* Membantu mengawal paras Kencing Manis & Darah Tinggi
* Membantu Mengurangkan Kolestrol
* Membantu masaalah Sembelit Teruk
* Membantu masaalah Alahan Resdung Kronik
* Masaalah Kulit seperti Ekzema Dan Psoriasis
* Membantu melegakan Gastrik dan Ulser
* Masaalah Selalu Letih & Lesu Badan dan sukar tidur
* Mengurangkan masaalah Migrain & Anemia
* Anti Tumor Dan Anti Kanser dan
* Penawar bagi pelbagai jenis sel Kanser.
KHASIAT DURIAN BELANDA
Ia kaya dengan : Acetogenin, agen fitokimia yang amat kuat dimana kajian membuktikan bahan ini menunjukkan kesan antitumor,antikanser dan bersifat selektif terhadap pelbagai jenis sel kanser.

Kandungan Durian Belanda mengandungi :
·        Vitamin C - berfungsi meningkatkan antibodi
·        Fibre (Serat) - berfungsi mencegah sembelit
·        Potassium - berfungsi mencegah kelesuan dan kekejangan otot
·        Magnesium - berfungsi mencegah retensi bendalir
·        Thiamine - berfungsi membantu tubuh menghasilkan tenaga
·        Kuprum - berfungsi mengekalkan kekuatan tulang
·        Niasin - berfungsi meningkatkan paras kolesterol baik HDL
·        Asid folik yang berfungsi memelihara sistem saraf dan otot
·        Zat besi yang berfungsi menghindarkan anemia
·        Riboflavin yang berfungsi mencegah migrain  

Adakah Anda Atau Ahli Keluarga
Mengalami Masalah Berikut ?
  1. Kanser / Ketumbuhan / Tumor
  2. Tekanan Darah Tinggi
  3. Kencing Manis
  4. Gastrik / Ketidakhadaman / Masaalah Usus
  5. Jangkitan Virus / Bakteria / Parasit/ Cacing
  6. Masaalah Kulit seperti Ekzema, Alahan Dan Psoriasis
  7. Asma/ Penat / Semput / Lelah
  8. Resdung / Gatal / Parut
  9. Sakit Sendi / Sengal Badan
10. Gout
11. Sukar Tidur / Tidur Terganggu
12. Murung / Stress
13. Sembelit / Cirit Birit/ Buasir
14. Kerap Demam/ Batuk / Selsema
15. Migrain 16. Kerosakan Hati/ Hepatitis
17. Paras Kolestrol Tinggi
18. Strok / Salur Darah Tersumbat
19. Gangguan Saraf / Parkinson
20. Nyanyok / Alzheimer
21. GangguanPenglihatan / Katarak
22. Kelesuan / Lemah Tenaga Batin
23. Sindrom Menopouse / Senggugut
24.Buah Pinggang/Pundi Kencing dan lain-lain Masalah
     Kesihatan

* HARGA JUALAN SEMASA PACK BARU
LIHAT IKLAN DI BAWAH

  TESTIMONI PENGGUNA   
   

  

   << HARGA JUALAN SEMASA >>  
  PL JUS PLUS DURIAN BELANDA  
BELI SEKARANG
KLIK ‘IKON’ DIBAWAH


======== ***=======
INFO LANJUT ATAU BELI LUBAN ASLI 
SILA KLIK SINI

Sunday, November 30, 2014

CERMIN MATA TERAPI - JUALAN MURAH AKHIR TAHUN 2014

Cermin Mata Terapi D'Mata
JUALAN
AKHIR TAHUN 2014
(TAWARAN SAH  01/12/2014 - 31/12/2014 )
* Tertakluk Kepada Baki Stok Promosi
RM50.00 Untuk 2UNIT

Cermin Mata Terapi D'Mata




JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.


  BELI 2 UNIT Cermin Mata TERAPI D'MATA  
  PADA HARGA RM50.00*  
  * (Sah Untuk Semenajung Malaysia Sahaja)  

CEPAT BUAT PESANAN ANDA SEKARANG
BILANGAN UNIT JUALAN TERHAD 
SIAPA CEPAT DIA DAPAT



  ~~~    UNTUK PEMBELIAN   Sila  KLIK IKON DI BAWAH     ~~~ 

Sunday, November 23, 2014

Bukti Adanya Allah Berdasarkan Hukum Akal - Bhgn. 2

 Dalil Adanya Allah
Berdasarkan Hukum Akal  - Bhgn. 2

Kisah 5

Seorang lelaki ateis datang berjumpa dengan seorang guru. Orang ateis ialah orang yang tak beragama dan tidak percaya kepada Tuhan. Dia bertanya kat guru tu,

"Pernah tuan melihat Tuhan tuan??"
Guru tu pun menjawab, "Maha Suci Tuhanku, dia tidak dapat dilihat dengan penglihatan."

Lelaki itu pon tanya lah lagi, "Adakah tuan pernah menyentuh, mencium ataupun mendengar suaranya?"
"Maha suci Tuhanku, Dia tidak sama dengan sesuatu apa pun. Dia maha mendengar lagi maha melihat," kata guru tu lagi.

Orang lelaki ateis ni pun mengejek, " Kalau tuan tidak pernah melihat suaranya dan tidak pernah menyentuhnya, lalu cemane tuan boleh buktikan yang Tuhan itu ada??"

Guru tu pun kesal dengan pertanyaan orang ateis itu. Rupa-rupanya, dia menyangka Tuhan seperti manusia dan benda-benda lain yang dapat dilihat dan dirasai kehadirannya.

Dengan tenang, guru itu bertanya kembali kepadanya, "Wahai saudara, pernahkah saudara melihat akal fikiran saudara?"
"Tak pernah," jawab orang tu.

"Pernahkah saudara mendengar suara hati saudara?"
"Tak pernah," jawab orang ateis tu lagi.

"Pernah saudara sentuh akal saudara?"
Orang ateis itu menjawab sambil menggeleng kepala, "Tak."

Akhirnya, guru tu sampai pada soalan sebenar yang nak ditanya. "Adakah saudara orang yang sihat akal ataupun yang kurang waras?"
"Hey, tentulah saya orang yang waras!" jawab orang ateis itu tegas.

"Adakah saudara mempunyai akal?"
"Tentulah ada "

"Cuba tunjukan akal sudara kepada saya?"
Lelaki ateis itu terdiam

Lantas sang guru itu menegaskan lagi, "Apatah lagi Tuhan sekalian alam. Dia tetap ada walaupunpun pancaindera kita tak mampu melihatnya."

Kisah 6

Pemuda : Anda siapa Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? SedangkanProfesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.  Ustaz : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. ApakahTuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Ustaz tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa awak marah dan tampar saya ?
Ustaz : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.  

Ustaz: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?  Pemuda : Ya!

Ustaz : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!   Pemuda : Saya tidak boleh.

Ustaz :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Pemuda : Tidak.

Ustaz : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.  Ustaz: Itulah yang dinamakan takdir.

Ustaz : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Ustaz : Terbuat dari apa pipi anda?   Pemuda : Kulit.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?   Pemuda : Sakit.
Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Info Tambahan :

1. Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
a). (Tampar beliau) à Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

b).(Hidukan wangian) à Kemudian cakap, ada bau wangi tak? Ha bau wangi itu wujud dan boleh dihidu, tapi adakah kita nampak bau wangi itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

2. Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?


In Sha Allah ....... bersambung lagi ke bahagian 3

Thursday, November 13, 2014

Bukti Adanya Allah Berdasarkan Dalil Akal - Bhgn.1

Bukti Adanya Allah
Berdasarkan Hukum Akal - Bhgn.1
 
Imam Ahmad berguru dengan Imam As-Syafie. Imam As-Syafie adalah mujtahid mutlak dan Imam Ahmad juga menjadi mujtahid mutlak. Ulama-ulama pada masa terdahulu menggunakan dalil aqli (akal) untuk menerangkan kewujudan Allah kerana ia lebih mudah difahami oleh orang ramai.

Bagi memudahkan kefahaman tentang wujudnya Allah selaku Tuhan yang sebenar-benarnya Tuhan yang sewajibnya setiap manusia beriman (percaya), menyerah dan menghambakan diri, menaruh pengharapan, pertolongangan kepadaNya, dibawakan beberapa kisah yang In Sha Allah membantu menyentuh akal manusia yang tidak mempercayai Allah sebagai Pencipta, Pentadbir dan Tuhan yang mesti disembah.

Kisah 1
Seorang badwi pernah ditanya apakah yang menunjukkan tanda adanya Allah. Badwi ini adalah orang asli bagi masyarakat Arab yang hidup mengembara, berpindah-randah di satu tempat ke tempat yang lain dengan tinggal di dalam khemah, serta tidak begitu terpelajar.

Kata orang badwi tersebut, “Subhanallah, jika najis unta menunjukkan adanya unta, dan bekas tapak kaki tandanya ada orang berjalan, dan langit dan bintang dan bumi dan matahari dan tumbuh-tumbuhan dan laut bergelombang, tidakkah semua itu cukup menjadi dalil adanya zat Allah yang Maha Halus dan Maha Mengetahui?”

Kisah 2
Berkata Ar-Rasi, Imam Malik dijemput oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, khalifah kerajaan Abbasiyyah ke istana. Kemudian Khalifah Harun Ar-Rasyid bertanya Imam Malik tentang dalil adanya Allah. Maka Imam Malik menjawab dengan dalil perbezaan suara dan bahasa.

Mulut dan lidah manusia semua sama saja namun ada yang bertutur di dalam bahasa Arab, Parsi dan bahasa lain. Suaranya juga berbeza. Bahasa dan suara itu menunjukkan kekuasaan Allah. 1000 manusia terdapat 1000 suara. 1000 bangsa terdapat 1000 bahasa.

Kisah 3
Imam Abu Hanifah ketika ditanya oleh orang zindiq (orang islam yang menyeleweng) tentang bukti adanya Allah. Maka Imam Abu Hanifah berkata, “Berilah aku kesempatan untuk fikirkan satu berita yang sampai kepadaku. Ada sebuah kapal di laut yang membawa barang dagangan, tetapi tiada jurumudi, tiada ketua dan tiada nahkoda namun dapat bergerak lancar.”

Orang zindiq berkata, “Berita itu tidak masuk akal. Bahkan orang yang memberitahu tidak masuk akal.” Lalu Imam Abu Hanifah menjawab, “Celaka kalian. Masakan alam sedemikian indah rapinya di langit dan di bumi jika tiada penciptanya.” Maka orang zindiq ini tunduk insaf dan memperbaharui agama (mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat)

Kisah 4
Apabila Imam As-Syafie ditanya dalil adanya Allah, Imam As-Syafie menjawab, “Perhatikan daun mempunyai satu rasa (satu warna, satu rasa, satu elemen). Dimakan ulat menjadi sutera, dimakan lebah menjadi madu, dimakan kambing menjadi najis, dimakan kijang menjadi kasturi. Tidakkah yang demikian itu tanda adanya Allah, pencipta semua itu? Makan benda yang sama, mengeluarkan benda yang berbeza.”


In Sha Allah  ...... bersambung ke Bhgn. 2

Wednesday, October 1, 2014

PUASA HARI ARAFAH - IKUT MEKAH ATAU MALAYSIA?

PUASA HARI ARAFAH - IKUT MEKAH ATAU MALAYSIA?
 

Ada yang bertanya perbezaan tarikh permulaan Zulhijjah di Malaysia dan Saudi khususnya, bagaimana dengan puasa Arafah? Kerana di Mekah, hari Arafah jatuh hari Jumaat manakala di Malaysia pada hari Sabtu. Begitu juga dengan hari raya Aidil ‘Adha.

Isu ini sama dengan perbezaan dalam menentukan permulaan Ramadhan dan Raya Aidil Fitri.  Ringkasnya pendapat para ulama adalah :-

1. Pendapat Mazhab Syafie, Ishak Rahawaih, Ibn Mubarak dan dinisbahkan kepada Ibn Abbas r.a

Setiap negara khususnya yang jauh, mengikut ijtihad (melalui lihat anak bulan dan hisab) oleh negara masing-masing. Ini berlandaskan hadis seorang lelaki bernama Kurayb yang berada di Syam, dia melihat anak bulan Ramdhan pada MALAM JUMAAT yang turut dilihat oleh Mu’awiyah r.a. Lalu mereka berpuasa esoknya, namun apabila dia sampai ke Madinah dan memaklumkan kepada Ibn Abbas r.a, beliau mengatakan penduduk melihat anak bulan pada MALAM SABTU, justeru penduduk Madinah akan kekal bermula puasa pada hari Ahad. (hadis ini Riwayat Imam Muslim)

2. Pendapat majoriti termasuk Hanafi, maliki dan hanbali. Turut dipilih oleh Ibn Taymiah dan Al-Syawkani. Termasuk Majlis Fiqh Antarabangsa, Hai’ah Kibar Ulama Saudi & Dar Ifta Mesir.

Tiada perbezaan, sepatutnya mana-mana negara yang telah melihat anak bulan dahulu, semua negara lain jauh atau dekat perlu mengikutnya. Perbezaan tempat naiknya bulan (Matali’ al-Qamar) tidak diambil kira dalam hal ini.

KESIMPULAN
Kesimpulan, menurut ijtihad majoriti mazhab, sewajarnya puasa arafah dan raya mengikut tarikh Saudi. Namun bagi yang berada di MALAYSIA, diharuskan atau dibenarkan berdasarkan ijtihad mazhab Syafie dengan dalil ringkas yang diberikan tadi, untuk rakyat Malaysia di negara Malaysia berpuasa sunat Arafah pada hari Sabtu dan berhariraya bermula pada hari Ahad. Mereka yang berada di SAUDI dan negara lain, boleh mengikut ijtihad penguasa agama di negara tersebut.

Ini juga berdasarkan hadis :
الفطر يوم يفطر الناس ، والأضحى يوم يضحي الناس
Ertinya : Hari raya maka berayalah juga manusia (mengikut ketetapan di tempat tersebut), dan apabila raya kurban jatuh pada satu hari, manusia turutilah berkorban pada hari terbabit. ( Riwayat AT-Tirmidzi : hasan gharib)

Dipetik oleh Imam Ibn Rejab dalam kitabnya dalam hal ini, satu hadis Aisyah r.a
دخلت على عائشة أنا وصديق لي يوم عرفة فدعت لنا بشراب ، فقالت: لولا أني صائمة لذقته . فقلنا لها: أتصومين والناس يزعمون أن اليوم يوم النحر ؟ قالت: " الأضحى يوم يضحي الناس ، والفطر يوم يفطر الناس "
Ertinya : Aku dan rakanku telah masuk ke rumah Aisyah dan pada hari Arafah namun Aisyah menjemput kami minum (pent - kerana mereka dikira orang musafir). Lalu Aisyah berkata: Jika aku tidak berpuasa, tentunya akan aku nikmati (minuman)”. Lalu kami berkata kepadanya : “Adakah engkau puasa sedang ada yang menganggap hari ini adalah hari sembeilhan (aidil adha)?” Aisyah menjawab: “Aidil adha adalah hari yang semua orang merayakannya dan hari raya ‘Aidil fitri juga yang manusia beraya menyambutnya” (Riwayat Ahmad)

Dari dalil-dalil ini, HARUS rakyat Malaysia berpuasa hari Sabtu atas peruntukan KELEBIHAN ia merupakan hari arafah di negara kita. Sesiapa yang ingin berpuasa Jumaat dan Sabtu, itu turut dibenarkan.

Wallahu’alam.


Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Sumber :  https://ms-my.facebook.com/DrZaharuddin/posts/837329319640086
TAJUK ASAL : PUASA HARI ARAFAH KETIKA BERBEZANYA MALAYSIA DENGAN MEKAH


---------------------------------------------------------------------------------

"Perbezaan ini adalah kerana Islam meraikan perbezaan tempat terbit matahari dan bulan (matla') di setiap negara. Perbezaan tempat dan waktu terbit ini akan menatijahkan perbezaan waktu dan hari. Malaysia mempunyai tempat terbit matahari dan bulan yang berbeza dengan Arab Saudi. Jika tarikh di Malaysia sama dengan Arab Saudi sekali pun, perbezaan waktu tetap berlaku. Usaha untuk menyamakan hari puasa sunat Arafah dan Hari Raya Aidil Adha di seluruh dunia adalah umpama ingin menyamakan waktu solat di setiap negara. "

Khilaf dalam kalangan ulama’ pada asalnya adalah suatu keluasan Syariah dan rahmat bagi umat ini. Ia akan menjadi sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu, atau mementingkan diri sahaja, atau berlaku tanpa mengikut jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Pada ketika itu ia akan bertukar kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan dan menimbulkan huru-hara di kalangan ummah. Sedangkan kesatuan ummah adalah perkara WAJIB yang perlu dijaga dan perpecahan itu adalah HARAM.


Sebagai orang awam berlapang dada dalam hal-hal khilaf di kalangan ulama adalah jalan tebaik. Perbezaan ini menyerlahkan keindahan Islam kerana ia bersifat anjal dalam perkara cabang dan tegas dalam perkara prinsip. Ia adalah sesuai di setiap tempat dan zaman.

BACAAN LANJUT LIHAT PENJELASAN JAKIM DI BAWAH

Puasa sunat hari Arafah - Penjelasan Jakim

Baru-baru ini, timbul isu tentang kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia dan pelaksanaan  puasa sunat sempena hari Arafah. Persoalan ini timbul kerana perbezaan hari dan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi.

Perbezaan ini menimbulkan sedikit kekeliruan hari bilakah umat Islam boleh berpuasa sunat. Bagi menjawab kekeliruan itu Jakim telah mengeluarkan suatu kenyataan media melalui ketua pengarahnya, Datuk Haji Othman Mustapha.

KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN  PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH 1435H

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan mengenai Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah.

1. Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992.

2. Antara hujah Jawatankuasa Fatwa menyetujui penentuan Aidiladha berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri dalam muzakarahnya pada 22 Ogos 1992 dan 23 April 2002 adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai rukyah hilal untuk menentukan awal bulan yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, siapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa, dan siapa yang sakit  atau  dalam  musafir,  maka  (bolehlah   ia   berbuka  dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…”

3. Juga hadith-hadith riwayat Muslim mengenai ibadah korban mesti dengan melihat hilal yang bermaksud: “Dari Umm Salamah bahawasanya Nabi SAW bersabda; ‘Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya’.”

“Dari Umm Salamah bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila tanggal sepuluh (Zulhijjah) masuk dan salah seorang di antara kamu hendak menyembelih korban, maka janganlah dia menyentuh sedikitpun rambut dan kulitnya (yakni membuang rambut dan kulitnya).’

4. Begitu juga hadith riwayat Muslim mengenai hilal yang mempunyai matla’ (kawasan yang berada pada jangkamasa waktu-waktu terbit dan terbenam yang hampir sama) tertentu yang bermaksud, “Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham.  Kuraib berkata, ‘Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat, kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.’ Katanya, ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab, ‘Kami melihat pada malam Jumaat!’ Ibn Abbas bertanya lagi katanya, ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’ Aku menjawab, ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.’ Ibn Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.’ Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?’ Ibn Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah  SAW menyuruh kami…’.”

5. Untuk penentuan awal Zulhijjah 1435H, kebanyakan negara di seluruh dunia telah mencerap hilal pada petang 24 September 2014 yang lalu. Antara negara tersebut termasuklah negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang lebih dikenali dengan MABIMS. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga telah mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.

6. Tiada negara anggota MABIMS melaporkan telah berjaya mencerap hilal pada petang 24 September 2014. Di Malaysia, 29 tempat cerapan rasmi keseluruhannya melaporkan tidak berhasil mencerap hilal. Justeru, Malaysia dan kesemua negara anggota MABIMS telah menetapkan awal Zulhijjah pada 26 September 2014 seterusnya akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014. Komuniti Islam di negara
yang menerima pakai keputusan cerapan hilal rantau MABIMS seperti Jepun juga akan menyambut Aidiladha pada tarikh yang sama. Di rantau Timur Tengah pula, Arab Saudi dilaporkan telah berhasil mencerap hilal Zulhijjah di kawasan sekitar Shaqra dan Sudair berdekatan dengan Riyadh seterusnya menetapkan wuquf di Arafah jatuh pada 3 Oktober 2014 dan Aidiladha pada 4 Oktober 2014.

7. Matla’ negara Malaysia yang berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal lebih tinggi di negara berkenaan. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara adalah sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.

8. Setiap negara hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla’  negara masing-masing. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;

“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.

Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama. Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam  matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Aidiladha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS. 

9. Komuniti Islam di Jepun telah bertanyakan kepada negara Arab Saudi berkenaan sejauh mana kesahan matla’ hilal dalam menentukan awal Zulhijjah dan Aidiladha di tempat mereka. Kenyataan rasmi negara Arab Saudi memaklumkan supaya komuniti Islam di Jepun berhari raya dan berpuasa sunat sempena hari Arafah mengikut hasil cerapan hilal di Jepun atau pun negara yang sama  matla’  dengannya seperti negara MABIMS. Oleh kerana itulah komuniti Islam di Jepun menerima pakai
keputusan cerapan hilal di Malaysia.

10. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj  menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah:

“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji…

11. Hakikatnya, bukan semua negara di dunia dapat berpuasa pada detik yang sama. Sekiranya semua orang ingin berpuasa Arafah pada detik yang sama dengan orang-orang di Arab Saudi Jumaat ini,  maka
ketika orang-orang di Arab Saudi baru memulakan puasa, orang-orang Islam di Malaysia sudah lama memulakan puasa menghampiri waktu tengahari, orang-orang Islam di New Zealand sudahpun menghampiri waktu berbuka. Maka jadilah orang-orang Islam di New Zealand berpuasa Arafah jauh mendahului apa yang sedang berlaku di Arafah.

12. Ringkasnya, kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia yang berpandukan kepada cerapan hilal Zulhijjah sendiri dan tidak terikat dengan hasil cerapan hilal Zulhijjah Arab Saudi adalah tepat. Pun begitu, negara-negara atau rakyat Malaysia yang berada sekitar Arab Saudi atau negara-negara sebelah barat Arab Saudi (atas dasar imkanur-rukyah atau peluang kenampakan hilal menjadi lebih besar sebelah barat negara yang berhasil rukyah hilal) perlu beraya bersama
Arab Saudi.

13. Cadangan untuk menukar kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia kepada berpandukan hari wuquf pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 April 2002. Muzakarah membuat keputusan seperti berikut:

“Menolak Cadangan Penentuan Aidiladha Berdasarkan Hari Wukuf  Dan  Mengekalkan  Kaedah   Penetapan   Aidiladha  Di Malaysia Adalah Berdasarkan Kepada Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Berasaskan Sistem Imkanul Rukyah Kerana Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Lebih Sesuai Diamalkan Di Negara Ini.

14. Pelaksanaan puasa sempena hari Arafah di Malaysia bolehlah dilaksana pada 9 Zulhijjah negara bersamaan hari Sabtu 4 Oktober 2014.

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/31185-penjelasan-jakim-puasa-sunat-hari-arafah?fb_comment_id=fbc_738107622909645_738427342877673_738427342877673#f9b886c64