Biodata
Syeikh Faqih Dr Wahbah Al-Zuhaili
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili (selepas ini digelar Syeikh
sahaja) dilahirkan di negeri Syam. Bumi
Syam merupakan bumi yang mempunyai keberkatan kerana doa Nabi SAW dalam hadith
yang sahih :
اللهم بارك لنا في شامنا
Maksudnya : “Ya Allah!
Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami”
Sejarah juga telah membuktikan ramai tokoh-tokoh terbilang
lahir di negeri Syam sejak zaman berzaman dahulu lagi antaranya Sultan
al-Ulama’ Iz Al-Din bin Abd al-Salam, Imam al-Nawawi dan ramai lagi.
PERKAMPUNGAN
SYEIKH
Syeikh dilahirkan pada
tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M
diperkampungan Dir ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq.
Beliau dinamakan dengan Wahbah
Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang
anaknya bernama ‘Ubadah. Ayahnya bernama al-Haj
Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran dan seorang yang
banyak membawa siang dan malam. Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan
memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai peladang dan
peniaga.
Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti
Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat warak dan bepegang teguh
dengan syari’at dan beramal dengannya.
PENDIDIKAN
DAN KEHIDUPAN ILMUNYA
Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari
kedua orang ibu bapanya. Syeikh juga mempelajari
sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum berpindah ke Kota Damsyiq
atas dorongan ibunya.
Kemudian Syeikh menyambung
pengajian menengah dan thanawi di Kota Damsyiq. Syeikh pernah
menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada
zamannya yang terkenal iaitu Syeikh al-Kafrawi.
Seterusnya Syeikh menyambung
pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan taraf yang cukup tinggi di Syiria. Di Kuliah Syariah, Syeikh telah belajar hamper 6 tahun dan
mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah pada tahun 1952.
Kemudian Syeikh menyambung
pengajian ke Mesir. Beliau telah belajar di beberapa Kuliah dan di
beberapa university pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau
mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah
iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain Syams.
Beliau telah mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada
‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar
tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah Takhassus
dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti
al-Azhar tahun 1957.
iii. Seterusnya
beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau
telah memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq
(Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah
wa al-Fiqh al-Islami.
iv. Selepas itu beliau
meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di mana tajuk
tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Sebuah Kajian Perbandingan
"Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam: Meliputi 8 Mazhab dan
Undang-undang Sekular Antarabangsa". Beliau telah diselia oleh Prof. Dr.
Muhammad Sallam Madkur.
Akhirnya Syeikh telah dianugerahkan martabat
Syaraf Ula dan datang qararnya dengan tausiat untuk diedarkan tesisnya tersebut
antara unversiti-unversiti yang lain
KERJAYA
DAKWAH
1. Semenjak tahun
1963, beliau telah mengajar di Universiti Damsyik (Damascus University) di mana
beliau telah meraih gelaran Profesor sejak tahun 1975.
2. Beliau menjadi
ahli dalm Royal Society untuk penyelidikan tamadun Islam Yayasan Aal al-Bayt di
Amman Jordan serta banyak lagi badan-badang Islam di seluruh dunia termasuk
Majlis Syria al-IFTA, Aademi Fiqh Islam di Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh
Islam Amerika Syarikat, India dan Sudan.
3. Beliau juga
merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam.
4. Selain itu, beliau
turut berkhidmat sebagai perundang dalam bidang Syariah Islam kepada
syarikat-syarikat dan institusi kewangan Islam termasuk Bank Islam Antarabangsa.
5. Beliau turut
dikenali sebagai pendakwah Islam yang terkenal yang kerap muncul dalam program
televisyen dan radio. Dulu, beliau merupakan Imam dan pendakwah di Masjid Usman
di Damsyik.
PENDIRIAN
BELIAU
Dalam bidang Akidah, Dr. Wahbah
mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri daripada kelompok Asyairah
dan Maturidiah. Menurut beliau mengikut salah satu daripada 4 mazhab (Hanafi,
Maliki, Syafi'i dan Hanbali) adalah tidak wajib.
Apa yang diwajibkan bagi orang awam adalah
mengikut pendapat Mufti mereka yang tergolong dalam kalangan Ahli Sunnah wal
Jamaah. Menurut beliau juga, sambutan Maulidurrasul adalah diharuskan.
Selain itu, beliau berpendapat adalah dibenarkan untuk
bertawasul kepada Nabi dan para wali. Beliau tidak suka berhujah dengan golongan
Salafi. Namun beliau berpendapat Salafi, Wahabi tidak kafir. Walau bagaimana pun,
banyak
pandang-pandangan mereka (Salafi Wahabi) yang beliau tidak persetujui.
KITAB DAN
KARYANYA
Antara karya-karya beliau ialah:
1. Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami:
Dirasah Muqarin.
2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.
3. Usul al-Fiqh al-Islami .
4. Al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar.
5. Al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki.
6. Financial Transactions in Islamic
Jurisprudence.
7. Al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam.
8. Al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi
al-Ishtirak ma` al-Akhireen.
9. Al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah.
10. Haqq al-Huriyah
fi al-'Alam.
11. Asl Muqaranit
al-Adyan.
12. Al-`Uqud
al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati.
13. Tafsir al-Munir.
No comments:
Post a Comment