Thursday, January 3, 2013

Hukum Sembahyangkan Jenazah Di Masjid

Solat Jenazah Dalam Masjid
Pandangan Empat Mazhab

Di Malaysia, solat jenazah selalunya dilakukan di masjid-masjid. Ada kalanya pula solat jenazah dilakukan di rumah-rumah si mati atau waris-waris si mati ataupun di surau dan sebagainya. Berkemungkinan ianya berlaku atas sebab-sebab tertentu seperti rumah jauh daripada masjid atau surau. Ianya juga boleh menimbulkan persoalan ramai yang kerap membawa kepada perselisihan pendapat di kalangan masyarakat kita umumnya.

Dalam hal ini, sebagai pengikut daripada mazhab Syafi'ah marilah kita kembali serta merujuk kepada hadis Rasulullah saw., dan janganlah pula merasa asing pada pendapat-pendapat mazhab yang tiga lagi sepertimana yang tersebut di bawah ini:

Hukum solat jenazah di dalam masjid mengikut atas pandangan empat mazhab, Syafi'ah, Hanafiyah, Malikiah dan Hanabilah:

Syafi'ah
hukumnya Sunat (Mandub)
Hanafiyah
hukumnya Makruh
(sekalipun diletakkan di luar masjid)
Malikiah
hukumnya Makruh
(sekalipun diletakkan di luar masjid)
Hanabilah
hukumnya Harus (Mubah). Jika ditakuti mengotorkan masjid maka hukumnya Haram.

Rujuk : Hadis No.919 Shahih Muslim - Bab Jenazah.
Dari 'Abbad bin Abdullah bin Zubair r.a., katanya: "Bahwasanya 'Aishah menyuruh membawa jenazah Sa'ad bin Abi Waqqas ke masjid untuk disolatkannya di situ. Tetapi orang banyak menginkari permintaannya itu. Lalu kata 'Aishah, "Alangkah cepatnya orang lupa, bahawa Rasulullah saw. pernah menyembahyangkan Suhail bin Baidha' di masjid."

Terdapat juga di Malaysia yang lazimnya bermahzab Syafi'ah pada jenazah orang Islam yang tidak dapat di solatkan di dalam masjid kerana di atas sebab-sebab tertentu, iaitu atas arahan pihak berkuasa seperti 'Hospital', di mana di kuatiri mengotori masjid dan ini di benarkan jenazah tersebut di solatkan di luar masjid, sebagaimana yang disandarkan pada mazhab Hanabilah.


Kredit kpd : http://islamicundertaker.blogspot.com/2012/08/solat-jenazah-dalam-masjid-atas.html

No comments:

Post a Comment