Monday, August 6, 2012

Buasir Dan Petua Merawatnya

Buasir Dan Petua Merawatnya


APA ITU PENYAKIT BUASIR ?

Penyakit buasir atau Hemmoroid adalah  penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). 

JENIS-JENIS BUASIR
Dikenalpasti ada dua (2) jenis buasir yang utama iaitu :

1). Buasir dalam - Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple. 
2). Buasir luar - Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Sebahagian pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanyamenderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun  anda mengenakan tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan rasa sangat sakit kalau nk keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, tahi nak keluar akan bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit yg amat sangat.

TAHAP BUASIR
Buasir ni ada 4 tahap, jika ada tanda-tanda macam di bawah ni, anda perlu berjumpa Doktor segera untuk mengelakkan menjadi parah ;

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain. 

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.



FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR
1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan 

Faktor- faktor lain adalah;

Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama 
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat di atas.

Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan 
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

TANDA PENYAKIT BUASIR

1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.

2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.

3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.

4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.

5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.

6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. 

Kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

1.  Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. 
2.  Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor. 
3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4.  Ketumbuhan pada kawasan dubur.

KOMPLIKASI
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
  1. Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
  2. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .
Adakah buasir penyakit keturunan ?
Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?
Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).

PENCEGAHAN
Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 


Pengambilan ubat laxative 
Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.

Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 

PETRUA UBATAN DAN RAWATAN BUASIR

Kaedah rawatan  dengan herba atau tumbuhan

Ambil satu perdu (satu pokok,termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit(bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga mendidih.

Minum air tersebut 2 kali sehari. Insya Allah dalam dua hari akan segera sembuh.Air itu juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis,buah pinggang dan lemah jantung. Wallahuaklam.Allah lebih tahu diatas segala-galanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CERMIN MATA TERAPI D'Mata
Peluang Dan Harapan Untuk Mereka Yang Rabun, Insya Allah.

RM35.00 SAHAJA  (Termasuk Pos Laju)
Untuk Maklumat Lanjut / Tempahan / Pembelian
SILA KLIK IKLAN DI BAWAH




No comments:

Post a Comment