Sunday, August 3, 2014

7 Kelebihan Masjid

7 Kelebihan Masjid
Untuk Baca/Lihat
Sila KLIK IMEJ Di Bawah Untuk Besarkan

Saturday, August 2, 2014

Selawat, Doa Dan Ucapan Sempena Ziarah Hari Raya I'dilfitri

Selawat, Doa Dan Ucapan Hari Raya
(Sempena  Ziarah Hari Raya I'dilfitri)

Teks Selawat Ziarah Hari Raya


Teks Doa Ziarah Hari Raya

Maksudnya :
“Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w yang semulia-mulia utusan dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan Tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.

Ya Allah wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenanlah permintaan kami dan kembalikan lagi peluang kepada kami bulan ini tahun demi tahun dan tahun-tahun seterusnya dan berkatilah Tuan rumah ini ………… dan seluruh ahli keluarganya dan panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram dengan rahmatMu wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.

Selawat dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam”.

Teks Ucapan Bermaafan Ziarah Hari Raya
Alhamdulillah segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat
dan Salam untuk baginda Nabi Muhammad SAW Utusan
Allah yang mulia. 
Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkah serta mempertemukan kita dengan Aidilfitri 
di bulan Syawal yang mulia ini.
Di kesempatan ini kami rombongan marhaban dan keluarga ingin memanjangkan ucapkan ;
Selamat Hari Raya Aidilfitri
 Disamping itu sekiranya di pihak kami mempunyai sebarang
dosa kesalahan dan kesilapan dari segi niat, tutur kata, tingkahlaku, dsb. yang menyinggung perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami mohon ampun dan maaf
zahir batin awal dan akhir.
Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan terpakai, dsb. oleh kami secara sengaja dan tidak, kami mohon dihalalkan.

Manakala dari pihak kami pula dengan rela hatinya  kami sedia memaafkan sebarang dosa kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap kami sekeluarga.
Semoga dengan berkah Ramadhan & Syawal ini kita semua mendapat keampunan  dan balasan yang baik daripada Allah SWT, mendapat perlindunganNya, keselamatanNya, ditetapkan iman dan Islam, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki serta diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat, Insyallah.  AMIN


Kredit kpd  : http://surauassyakirinsb.blogspot.com/2014/08/marhaban-berselawat-doa-dan-ucapan-hari.html 

Di Kesempatan Ini Blogger Juga Ingin Mengucapkan
Salam Aid Mubarak

Wednesday, July 9, 2014

Sunnah Berbuka dengan Rutab Bersahur Dengan Tamar

Berbuka dengan Tamar atau kurma atau Rutab? Dan Bersahur Dengan Tamar.

NABI BERBUKA DENGAN RUTAB/TAMAR/AIR
Maksud hadis Nabi SAW yang menjadi rujukan dari Anas bin Malik ia berkata : “Adalah Rasulullah berbuka dengan Rutab (kurma yang lembik) sebelum solat, jika tidak terdapat Rutab, maka beliau berbuka dengan Tamr (kurma kering), maka jika tidak ada kurma kering beliau meneguk air”. (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Tamar dan kurma adalah berbeza. Tamar adalah tamar dan kurma adalah kurma.

Apa beza Balah-Rutab-Tamar

Balah adalah kurma muda. Iaitu kurma yang masih belum masak sepenuhnya dan masih berada pada tangkai pohon kurma.


RUTAB  رطب - adalah kurma basah. Rutab inilah yang biasa kita makan, apabila makan ia lembik shaja. Ia bukan tamar. Dalam majlis tahnik (belah mulut) kita gunakan kurma basah atau rutab ini.


TAMAR  - adalah kurma kering, samada yang dibiarkan kering ditangkai atau kering selepas dijemur. Di negara Arab memang banyak dijual tamar atau kurma kering ini.



NABI BERSAHUR DENGAN TAMAR

Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik-baik makanan untuk bersahur ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud)

Monday, June 23, 2014

PETUA HILANGKAN GATAL-GATAL DAN SAKIT KULIT

PETUA HILANGKAN GATAL-GATAL
DAN SAKIT KULIT
 

1. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.






2. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

A. Tepung sagu
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. 

Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

B. Daun Kunyit
Ambil daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman (semalu) - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah.

C. Gambir
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

D. Garam Kasar
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

E. Daun Rambutan
Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.





































3. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuh biji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedikit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bisanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher.


4. MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisu.

Ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.




5. UBAT KUDIS
Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batu dengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.



BELI PRODUK HOT ONLINE KLIK IKLAN DI BAWAH

Thursday, June 12, 2014

CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN

TEKNIK MENGESAN JIN DALAM BADAN

Klik Pada Gambar Untuk Besarkan

MUATURUN  AUDIO MP3 AYAT-AYAT RUQYAH