Wednesday, July 9, 2014

Sunnah Berbuka dengan Rutab Bersahur Dengan Tamar

Berbuka dengan Tamar atau kurma atau Rutab? Dan Bersahur Dengan Tamar.

NABI BERBUKA DENGAN RUTAB/TAMAR/AIR
Maksud hadis Nabi SAW yang menjadi rujukan dari Anas bin Malik ia berkata : “Adalah Rasulullah berbuka dengan Rutab (kurma yang lembik) sebelum solat, jika tidak terdapat Rutab, maka beliau berbuka dengan Tamr (kurma kering), maka jika tidak ada kurma kering beliau meneguk air”. (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Tamar dan kurma adalah berbeza. Tamar adalah tamar dan kurma adalah kurma.

Apa beza Balah-Rutab-Tamar

Balah adalah kurma muda. Iaitu kurma yang masih belum masak sepenuhnya dan masih berada pada tangkai pohon kurma.


RUTAB  رطب - adalah kurma basah. Rutab inilah yang biasa kita makan, apabila makan ia lembik shaja. Ia bukan tamar. Dalam majlis tahnik (belah mulut) kita gunakan kurma basah atau rutab ini.


TAMAR  - adalah kurma kering, samada yang dibiarkan kering ditangkai atau kering selepas dijemur. Di negara Arab memang banyak dijual tamar atau kurma kering ini.



NABI BERSAHUR DENGAN TAMAR

Rasulullah SAW bersabda : “Sebaik-baik makanan untuk bersahur ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud)

No comments:

Post a Comment