Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Kelebihan Sabar Dan Ikhlas - Tanyalah Ustaz

Kelebihan Sabar Dan Ikhlas
Tanyalah Ustaz - Ustaz Mohd Elyas Ismail
 
Bacaan ayat 153-157, surah Al-Baqarah:


153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar

154. dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

157. mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.

Alhamdulillah kita diberi peluang bertemu dalam majlis ilmu. Kalau Allah ingin beri kebaikan kepada kita, Allah akan fahamkan kita tentang agama. Kita akan diberi rasa seronok menghadiri majlis ilmu.

Sifat sabar itu senang diungkap, tapi amat payah dilaksanakan. Dalam ayat di atas ada beberapa pengajaran yang boleh diambil :

1. Untuk mohon pertolongan Allah, mesti sabar dan diiringi dengan solat

2. Orang yang mati syahid itu hidup di sisi Allah

3. Allah akan uji dengan perasaan takut Allah akan uji denganperasaan lapar. Kata seorang ulama, untuk mengetahui peribadi seseorang, lihatlah perangainya ketika dia lapar. Allah akan uji dengan kehilangan harta.

4. Allah ajar untuk mengucapkan “Innalillahi wainna ila hiro ji'un” ketika menghadapi musibah.

5. Untuk mendapat kebaikan, rahmat dan hidayah Allah, mesti mempunyai perasaan sabar.

Apakah yang dimaksudkan dengan sabar?

Allah mengajar bahawa untuk berjaya dalam hidup, kita perlu sabar. Nabi SAW mengajarkan bahawa, “Sabar itu umpama cahaya matahari”. Apa maksudnya? Matahari itu sifatnya panas, tetapi kepanasan itu dapat menyuburkan tanaman di muka bumi ini. Oleh itu, orang yang sabar, akan subur jiwanya. Sebaliknya, orang yang tak sabar, cepat masuk kubur.

Apabila mendapat musibah, kita seolah-olah dalam kegelapan, oleh itu sifat sabar yang seperti matahari itu akan memberikan cahaya untuk membuatkan seseorang itu bertenang terlebih dahulu. Renungkan bagaimana sabarnya Allah dengan kita. Walaupun kita buat berbagai-bagai maksiat, Allah masih beri nikmat dan rezeki pada kita.

Orang yang bersabar, Allah janjikan banyak ganjaran di sisi-Nya. Kita perlu malu dengan cicak. Kalau diikutkan, cicak ada banyak sebab untuk merungut pada Allah tapi cicak tak buat begitu. Cicak tak boleh terbang, tapi makanan cicak semuanya haiwan yang boleh terbang. Tapi cicak gunakan lidahnya yang panjang untuk mencari makanan.

Tip dan panduan menahan sabar

Boleh amalkan tip berikut:
Bersifat sabar dan memaafkan – 'Let go and let God' yakni maafkan dan serahkan pada Allah. Sebelum tidur malam, pegang tangan dan maafkan pasangan kita, dan maafkan juga orang yang tak sehaluan dengan kita.

Sentuhan antara pasangan sudah boleh memberi kesan positif. Suami mulakan dahulu dan tanya isteri, “Agak-agak berapa markah abang dapat hari ini?”. Terima dengan sabar apa penilaian isteri. Kemudian tanya isteri apa yang perlu diperbaiki untuk mendapat markah penuh.

Ingatlah pesan Imam Ghazali yang mengatakan bahawa marah ialah pintu keburukan. Ramai orang yang buat perkara yang tidak baik kerana 'tidak sedar' ketika marah.

Berpesan-pesan atas kesabaran

Dalam ayat 55, surah Az-Zariyaat yang bermaksud - Hanya orang yang beriman mudah menerima nasihat. Orang yang beriman sentiasa bersedia menerima ujian daripada Allah dan mempunyai kekuatan untuk bersabar.

Perhatikan kisah keluarga Sumayyah yang disiksa teruk setelah memeluk Islam. Rasulullah SAW berpesan kepada mereka agar teruskan bersabar kerana syurga sedang menanti mereka.

Kisah Bilal bin Rabah pun serupa juga, Bilal dihempap dengan batu di bawah terik matahari tapi masih kuat keimanan dan kesabarannya. Begitu juga dengan kisah Mashitah, tukang sikat rambut keluarga Firaun. Ketika melatah, Mashitah menyebut “Allah” dan inilah yang perlu kita contohi.
  : Maksudnya 
“ dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.”
  
Kelebihan sentiasa bersabar

Sabar ialah senjata dan kekuatan orang mukmin. Ada pepatah mengatakan yang “Dunia merupakan negara bala dan ujian”. Ada 4 kelebihan sabar :
1. Hatinya tenang – tidurnya lena, tak tergopoh-gapah. Selagi tak dimaafkan, masalah itu akan menghantui kita.

2. Akan selalu mendapat hidayah daripada Allah

3. Merasa nikmat tenang dalam beribadat

4. Dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala


Adakah sifat sabar ketika susah sahaja?
Tidak, ada 3 keadaan perlu bersabar :

1. Dalam mentaati perintah Allah.

2. Dalam meninggalkan larangan Allah – kadang-kadang lebih sukar nak tinggalkan perkara maksiat berbanding buat baik. Contohnya, nak pergi majlis ilmu mudah, tapi nak tinggalkan 'gosip' sangat sukar. Oleh sebab itu, bila ada orang nak ceritakan sesuatu cerita yang sensasi, katakan kita tak mahu tahu.

3. Amalkan kae dah ini untuk tahan marah - tarik nafas 2 saat, tahan 3 saat dan lepaskan ikut mulut 4 saat. Bila lepaskan nafas itu, sebutkan “Allah”. Dalam kajian, didapati kalimah Allah amat baik untuk membantu menenangkan hati. Cuba amalkan.

Mendidik hati agar kita mudah bersabar

Ada 3 kaedah iaitu :

1. Hubungkan silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskankannya. Orang yang paling baik ialah orang yang mula-mula memberi kemaafan

2. Berilah kebaikan pada orang walaupun orang tak beri kebaikan pada kita. Maafkan orang yang menzalimi kita.


Menghadirkan rasa ikhlas dalam ibadat

Kita takut amalan jika kita tak dipandang Allah. Sebenarnya, puasa adalah ibadah yang boleh melatih kita untuk ikhlas kerana ianya adalah satu ibadah yang tidak boleh dilihat orang. Nabi SAW ada bersabda bahawa barangsiapa yang berpuasa bersungguh-sungguh, maka akan diampunkan dosa-dosanya (yang kecil).

Ulama ada mengatakan ada 3 peringkat gangguan orang beribadat :
berasa riak pada awal, pertengahan atau akhir ibadat.

Sifat ikhlas Nabi SAW dan para sahabat

Sifat ikhlas Nabi SAW tiada tandingannya di dunia ini. Banyak contoh dan antara yang boleh dibincangkan ialah apabila Nabi SAW ditolak dakwahnya di Taif, Baginda luka teruk sehingga berdarah.

Dalam keadaan itu, Baginda berehat sebentar dan berdoa kepada Allah, “Ya Allah, aku mengadu kelemahan dan sedikitnya kemampuanku serta kehinaanku di hadapan manusia, wahai sebaik-baik Pemberi kasih sayang”.

Orang yang ikhlas tidak mengadu pada orang lain, tetapi mengadu hanya pada Allah. Tetapi kita hari ini, marah sikit, mengadu pada Facebook! Jika kita mengadu pada Allah, makin banyak kita mengadu, makin Allah sayang. Tetapi jika kita mengadu banyak kali kepada manusia, mereka pun akan menyampah. Contoh sahabat pula ialah Khaled Al-Walid yang dilucutkan jawatan sebagai panglima perang. Keesokannya, dia tetap masuk menyertai perang dan sahabatnya pun bertanya kenapa, lalu dijawabnya yang dia berperang kerana Allah bukan kerana manusia.

Bekerja tanpa gaji baru dikira sebagai ikhlas?

Bukanlah begitu. Tamsilan (contoh) yang diberi oleh ustaz Pahrol Mohd Juoi ialah dalam hidup ini ada tujuan dan keperluan hidup.

Tujuan bekerja adalah untuk memberi perkhidmatan, dan gaji yang diperolehi untuk memenuhi keperluan hidup. Orang yang ikhlas bekerja akan komited dalam kerjanya. Ada orang yang nampak seperti usahanya tak diberi ganjaran di pejabat, tetapi sebenarnya Allah ganti dengan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang menjadi.

Oleh itu, jangan kejar penghargaan manusia, sebaliknya kejarlah redha Allah.

Mendidik anak untuk ikhlas
Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik agar dapat ditiru oleh anak-anak. Suatu hari Syaidina Umar melihat seorang itu beria-ia tunduk ketika solat lalu menegur bahawa keikhlasan itu adalah di dalam hati, bukannya pada luaran.

Mengikhlaskan diri ketika bersedekah
Nabi SAW bersabda, “Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”. Bahkan, sahabat mengatakan bahawa mereka selalu ketinggalan untuk memberi salam dahulu, kerana Nabi SAW selalu mendahului mereka kerana sifatnya yang suka memberi. Mafhum hadis, sedekah yang paling utama ialah : Sedekah pada ahli keluarga. Sedekah pada saat kita rasa bakhil untuk memberi.

Duit itu seperti air, biarkan mengalir, jika disekat maka akan bertakung dan busuk baunya.

Sifat riak akan merosakkan pahala ibadah
Ya, kita takut jika ibadah kita tiada nilai di sisi Allah. Mafhum sebuah hadis Nabi SAW, ada satu malaikat yang ditugaskan untuk membawa naik amalan seseorang. Malaikat membawa amalan seorang lelaki yang telah berusia dan banyak amalannya. Allah pun berfirman, “Kamu malaikat-Ku tapi aku lebih tahu amalam hamba-Ku. Tulis namanya di sijjin (neraka)”.  Malaikat membawa amalan seorang lelaki yang telah berusia namun sedikit amalannya. Allah pun berfirman, “Kamu malaikat-Ku tapi aku lebih tahu amalam hamba-Ku. Tulis namanya di syurga”.

1. Ini kerana ada orang beramal tapi tidak ikhlas.

2. Golongan kedua ialah orang yang berilmu tapi tidak ikhlas dalam mengajar.

3. Golongan ketiga ialah orang yang membaca Al-Quran, tetapi kerana inginkan kemasyuran.

4. Golongan keempat ialah orang kaya yang nampak dermawan tapi tidak ikhlas di hatinya.

Orang ikhlas bahagia hidupnya
Ikhlas tak boleh dipandang dengan mata, cuma boleh dirasa oleh pelakunya sahaja. Contohnya, isteri yang menunggu suami dengan segelas air, maka akan mendapat ganjaran seperti berpuasa setahun. Orang yang ikhlas juga akan melakukan lebih daripada yang diminta.

Nak beramal dulu baru nak ikhlas, atau tunggu ikhlas baru nak beramal?
Kita perlu beramal dahulu, kemudian baru akan datang perasaan ikhlasnya. Jika nak tunggu ikhlas, takut tak beramallah jawabnya.

Imam Ghazali kata, untuk betul-betul mencapai rasa ikhlas, kita perlu melalui dahulu masalah-masalah hati. Mula-mula akan ada dalam hati sedikit perasaan riak, tapi didiklah hati dan lama-lama perasaan ikhlas akan muncul.

Umat Islam digalakkan memberi
Orang yang ingin menerima mesti memberi dahulu. Orang yang ingin dihargai, mesti menghargai dahulu. Orang yang paling malang bukanlah orang yang tak dihargai, tetapi orang yang tidak tahu menghargai.

Jika masing-masing cuma mengharap, siapa yang nak mulakan? Sebab itulah, Islam mengajar untuk kita memulakan. Guru saya mengajarkan, "Mulakan kebaikan berkali-kali. Jangan beri sekali, tapi mengaku banyak kali". Begitulah juga dengan kemaafan, berilah banyak kali.

Orang yang ikhlas itu bebas – tak peduli apa orang kata dan mengharapkan redha Allah semata-mata. Ikhlas lawannya riak. Riak dan takabbur akan merosakan amal ibadat yang dilakukan.

Menghadirkan rasa ikhlas dalam ibadat
Kita takut amalan jika kita tak dipandang Allah. Sebenarnya, puasa adalah ibadah yang boleh melatih kita untuk ikhlas kerana ianya adalah satu ibadah yang tidak boleh dilihat orang. Nabi SAW ada bersabda bahawa barangsiapa yang berpuasa bersungguh-sungguh, maka akan diampunkan dosa-dosanya (yang kecil).

Ulama ada mengatakan ada 3 peringkat gangguan orang beribadat: berasa riak pada awal, pertengahan atau akhir ibadat.

Orang yang ikhlas itu bebas – tak peduli apa orang kata dan mengharapkan redha Allah semata-mata. Ikhlas lawannya riak. Riak dan takabbur akan merosakan amal ibadat yang dilakukan.

Sifat-sifat orang yang riak ialah:

1 tangkas beribadat bila ada ramai orang, tapi malas beribadat bila orang tiada

2 menambah ibadat apabila dipuji orang

3 meninggalkan ibadah apabila dikeji orang



Nak tahu kita ikhlas atau tak – cuba tengok cara kita beribadah bila bersendirian.

Saturday, April 26, 2014

Solat Fardu 40 waktu di Masjid Nabi

Solat 40 waktu di Masjid Nabawi


Riwayat yang menyebut adanya kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi saw bersabda :-

"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadis Imam Ahmad, dalam Musnad].

Status (kedudukan) hadis ini dipertikaikan. Imam Haithami menjelaskan didalam Majma' al-Zawaid mengatakan, Imam Tirmudzi meriwayatkan sebahagiannya. Hadis ini diriwayatkan sepenuhnya oleh Imam Ahmad, dan Imam Tabarani didalam Awsat, periwayatnya adalah tsiqah (dipercayai).

Menurut Imam Mundhiri didalam al-Targhib wa al-Tarhib bahawa periwayat didalam rantaian dari periwayatan Imam Ahmad adalah sangat sahih.

Namum demikian terdapat pertikaian mengenai salah seorang periwayat yang bernama Nabith ibn Umar yang dikatakan tidak dikenali.

Perlu diingat bahawa walaupun ada yang berpendapat hadis ini lemah (Dhaif), ia masih lagi boleh diamalkan didalam ruang lingkup Fadhail Amal.  Amalan ini sudah menjadi tradisi umat Islam melakukannya.

Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beberapa ulama' percaya bahawa jika sesuatu amalan didasarkan pada dalil (hadis) yang bukan PALSU, In Sha Allah ia adalah benar. Tambah beliau, maka adalah dinasihatkan melakukan amalan tersebut menurut hadis.

Menurut ulama', latihan 40 waktu solat itu merupakan praktik asas bagi seseorang itu menjadikan solat berjemaah sebagai amalan penghidupan mereka sekembalinya ke tanah air masing-masing. (Lihat buku Madinah Munawarah : kelebihan dan sejarah, karangan al-Fadhil Dr Abdul Basit Abdul Rahman).

Umat Islam digalakkan banyak melakukan solat di Masjid Nabi sebagaimana hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa solat di Masjid Nabi ganjaran 1000 kali dari masjid lain, kecuali Masjid al-Haram.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjidil nabawi di Madinah) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Dari  Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Terdapat sebuah hadis yang statusnya HASAN mengenai kelebihan bersolat 40 hari di Masjid Nabawi. Hadis dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah :saw bersabda :

"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmizi].

Hadis diatas ini menjelaskan solat 40 hari, dan bukan 8 hari (40 waktu).

Kesimpulan

1). Amat digalakkan memperbanyakkan solat di Masjid Nabi SAW, dimana ganjarannya adalah 1,000 kali dari masjid lain. Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai motivasi "kelebihan amal" dan hadis tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya.

2). Amalan 40 waktu ini adalah sebagai diharap dapat mentarbiah, melatih dan membentuk sikap cintakan solat berjemaah di masjid, atau bagi yang mampu, bolehlah menunaikan solat berjemaah 40 HARI di Masjid Nabawi.

Adalah rugi dan malangnya jika peluang masa 8-9-10 hari semasa di Madinah hanya dihabiskan kerana bersiar-siar atau tidur semata-mata dan bersolat sendirian dibilik hotel.


Rujukan Asal : http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-05-0534-solat-40-waktu-di-masjid-nabawi

Monday, April 21, 2014

Selawat Haji

SELAWAT  HAJI
(Diamalkan sebagai  doa supaya dipermudahkan
dan
dizinkan Allah SWT menunaikan Fardu Haji dan Umrah)


Kelebihan Berselawat

Rasulullah SAW diutus ke dunia ini adalah sebagai rahmatan lil 'alamin (membawa rahmat kepada sekalian alam). Yang mana jalan rahmat itu boleh diperolehi satu dari caranya ialah dengan kelebihan berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Antara kelebihan dengan sebab berselawat itu adalah agar mudah mendapatkan syafaatnya baik di dunia mahu pun di akhirat. Diantara syafaat Rasulullah di dunia yang In sha Allah dengan rahmat Allah SWT akan memudahkan kita untuk menjadi tetamu Allah dan berziarah ke dua tanah suci Makkah dan Madinah yang semuanya itu adalah dengan kehendak, izin dan pilihan Allah SWT jua.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Maksud Selawat

Apakah makna Selawat? Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Antara maksud selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemuliaan dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Maka lafaz selawat haji ini disusun oleh ulama silam yang diamalkan sebagai doa dengan tujuan mencari rahmat Allah SWT. Adapun mengarang, menyusun dan mengamalkan teks selawat selain yang diajarkan Rasulullah SAW selagi baik maksud dan tujuannya adalah harus dan tiada larangan dalam agama.

Atas inisiatif ulama silam yang mencintai Baginda Rasulullah SAW maka Selawat  Haji ini telah disusun dan diamalkan kebanyakan umat Islam sehingga kini.

Selawat Haji Dengan Terjemah Jawi
Sila Klik pada gambar untuk besarkan
atau
Klik tetikus kanan untuk "save image as"

Selawat Haji Dengan Terjemah Rumi
Sila Klik pada gambar untuk besarkan
atau
Klik tetikus kanan untuk "save image as"

Friday, September 27, 2013

10 PINTU SYAITAN MENGUASAI DIRI MANUSIA

TANGKIS 10 PERANGKAP SYAITAN



ALLAH SWT berfirman bermaksud : “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

Keterbukaan manusia yang menyimpang dari syariat mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing. Sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itu sama ada disedari atau tidak, sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah bertakhta dalam diri, seseorang itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu.


10 PINTU SYAITAN MASUK DALAM DIRI MANUSIA

Menurut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu :

PINTU 1melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

PINTU 2melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

PINTU 3melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)

PINTU 4 – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

PINTU 5sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

PINTU 6 melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud : “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering ” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PINTU 7 melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

PINTU 8melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

PINTU 9 – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.


PINTU 10 melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

Monday, July 29, 2013

LAILATULQADAR -Panduan Mencari Dan Meraih Lailatul Qadar

MENCARI DAN MERAIH LAILATULQADAR

PENJELASAN OLEH : DR BASIT ABDULL RAHMAN

Rakaman Tanyalah Ustaz 1433

Mencari Lailatulqadar (Bhgn 1)


Rakaman Tanyalah Ustaz 1433


Mencari Lailatulqadar (Bhgn 2)

Sila KLIK Pautan Dibawah

Thursday, July 25, 2013

Isteri disayang-sayang atau anak disayang?

Isteri disayang-sayang dan anak disayang ?



Seusai modul 1 seminar “Kekeluargaan  Islam” sewaktu berhenti rehat, seorang pernceramah bergelar Dr. disapa oleh seorang pesereta dan terjadilah perbualan ringkas di bawah ;

Peserta : Assalamualaikum Dr.?

Dr. : Wa’alaikumussalam  Warahmatullah.

Peserta : Maaf Dr. nama saya  Yusop,  sebenarnya ada satu soalan nak tanyakan Dr. tapi tak berpeluang semasa sesi soal jawab tadi. Boleh saya tanya di sini?

Dr : Silakan.

Peserta : Mana satu yang betul Dr, isteri  disayang-sayang atau anak yang di sayang?

Dr. tersenyum tak menjawab sebaliknya melontarkan pula soalan kepada peserta yang bertanya tu.

Dr : Anda sayangkan isteri anda?

Peserta : Sayang,  Dr.

Dr : Anda ada berapa isteri?

Peserta : Setakat ni isteri saya satu saja, kenapa Dr tanya?

Dr. Tersenyum sahaja lalu menanyai pula soalan lain kepada peserta itu.

Dr : Anda punya anak berapa sekarang?

Peserta : Alhamdulillah baru lapan orang setakat ini, Dr.

Dr : Anda ada niat nak pasang isteri lagi satu ke dua ke ?

Peserta : Eh ke situ pulak Dr ni. Saya rasa itulah saja isteri saya sampai ke mati, jika ditakdirkan begitu. Tak ada niat nak pasang lagi kerana saya sangat sayangkan isteri saya tu. Lagi pun itulah sahaja yang saya mampu.

Dr :  Anda sendiri kata anda sayangkan isteri anda, hah maka itulah ”Isteri Disayang” sahaja kerana anda sayangkan isteri anda yang seorang itu. Mana mungkin isteri anda ”disayang-sayang” melainkan jika anda ada dua atau tiga ataupun empat isteri. ”Isteri disayang”  dan ”isteri-isteri disayang-sayang”

Peserta : Oh maknanya jika ada ;
Isteri seorang "isteri disayang” ,
"Isteri-isteri disayang-sayang”  dan
"Anak-anak pula yang disayang-sayang.

Dr : Bijak pun awak.

Mereka senyum sambil ketawa mengakhiri perbualan.


Wednesday, January 16, 2013

SOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH IBU BAPA.

SOALAN YANG PERLU ANDA JAWAB
SEBAGAI IBU BAPA.

APAKAH JAWAPAN ANDA UNTUK 10 SOALAN BERIKUT ?

Panduan :  
Jawapan Anda hendaklah berdasarkan skor markah di bawah iaitu  ;

1 = Satu Kali Dalam Seminggu       = 1 Markah

2 = Dua Kali Dalam Seminggu       = 2 Markah

3 = Tiga Kali Dalam Seminggu       = 3 Markah

4 = Empat Kali Dalam Seminggu     = 4 Markah

5 = Lima Kali Dalam Seminggu       = 5 Markah

6 = Enam Kali Dalam Seminggu      = 6 Markah

7 = Tujuh Kali Dalam Seminggu      = 7 Markah

 A.   Komunikasi dengan anak

Soalan
Skor
Jawapan
1.     Berapa kerap anda berbincang dengan anak anda tentang kemajuan pelajarannya?

2.     Berapa kerap anda mendengar cerita dari anak anda tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya?

3.     Berapa kerap anda mengambil tahu tentang kerja rumah anak anda?

4.     Berapa kerap anda mengambil tahu tentang perancangan aktiviti anak anda?

5.     Berapa kerap anda bertukar-tukar fikiran dengan anak anda?


 B.    Sokongan Kecemerlangan anak

Soalan
Skor
Jawapan
1. Berapa kerap anda memberi pujian dan rangsangan kepada anak anda?

2. Berapa kerap anda memberi dorongan/motivasi kepada anak anda?

3. Berapa kerap anda mengadakan aktiviti membaca bersama dengan anak anda?

4. Berapa kerap anda membimbing menyiapkan kerja rumah kepada anak anda?

5. Berapa kerap anda memberi bimbingan/tiusyen kepada anak anda?


NOTA :
1. JUMLAHKAN SKOR MARKAH DI BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B
2. JUMLAH SKOR MARKAH PENUH BAHAGIAN A = 35 MARKAH DAN B = 35MARKAH

SOALNYA : BERAPAKAH SKOR ANDA?

Sekiranya jumlah skor markah anda untuk bahagian A dan B rendah/sederhana buatlah sesuatu penambahbaikan jika anda perihatin dan sayangkan anak anda.