Showing posts with label KIsah Tauladan. Show all posts
Showing posts with label KIsah Tauladan. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Bukti Adanya Allah Berdasarkan Hukum Akal - Bhgn. 3 (Akhir)

 Dalil Adanya Allah 
Berdasarkan Hukum Akal - Bhg.3(Akhir)

Kisah 7
Ada seorang guru tadika bukan Islam yang tidak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percayakan wujudnya Tuhan. Dia mendapat satu akal...lalu terjadilah dialog berikut ;
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Kemudian Sang Guru tadika bertanya lagi : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.
Tetapi.. di kalangan kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak akal cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada akal tak?
Murid-murid : Tak ada.

Amin : Kalau macam tu kita tak payah belajar dengan cikgu ini sebab dia tak ada akal.


Kisah 8

Kisah Teladan Tukang Gunting Rambut

Pada suatu petang, seorang lelaki Islam datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Si penggunting ini adalah seorang yang berfahaman atheis iaitu tidak memperayai kewujudan Tuhan di dunia ini.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat untuk menguji orang Islam itu. Terjadilah suatu dialog yang cukup menarik di kedai gunting rambut di antara tukang gunting itu dengan pelanggannya.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya.”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.


“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

MARI KITA FIKIRKAN DENGAN LOGIK AKAL

Jika kita mengkaji berkait alam, kita akan mula nampak keindahannya. Keteraturan yang sangat ‘detail’, dan setiap hidupan punya keterkaitan dengan satu sama lain, membuatkan kita sedar yang alam ini adalah satu makhluk besar, bukannya satu perkara yang terpisah-pisah dan berkecamuk serta berserabut.

Kita melihat Matahari, dia tidak wujud begitu sahaja tanpa tugasnya untuk memberikan manfaat kehidupan di bumi. Dia juga berkhidmat sebagai pengimbang untuk galaksi bima sakti dengan tarikan gravitinya, mengawal laluan planet-planet agar tidak saling bertembung dan kacau.

Kita melihat laut dan kita tahu ianya bukan untuk pemandangan semata-mata. Ia menjadi rumah buat pelbagai hidupan, dan sebahagiannya menjadi makanan buat manusia. Airnya terkitar untuk turun di atas gunung-ganang, membentuk sungai, atau sebagai hujan menyirami tumbuh-tumbuhan.

Lihat sahaja tubuh kita, ianya juga bukan dibentuk oleh kulit sahaja, atau darah sahaja, atau mata sahaja, atau saraf sahaja. Tetapi semuanya itu bergerak dengan sistem yang sudah ditetapkan, lantas beroperasi dan menggerakkan kita sebagai manusia.

Jika mahu dikupas semuanya yang berada di alam ini, pasti tidak cukup dengan beberapa perenggan sebagai mukaddimah. Namun cukuplah ini untuk menggambarkan yang alam ini tercipta dengan sangat teratur sebagai sebuah sistem. Pastilah keteraturan ini takkan muncul dengan tiba-tiba. Pasti ada yang mengaturkannya.

Persoalannya siapa Sang Pengatur itu?
Tentunya ada suatu zat yang Maha Hebat dan Maha Berkuasa yang memperkenalkan ‘diriNya’ sebagai Allah seperti dijelaskan dalam Al-Quran ;
(1). Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
(2). "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
(3). "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
(4). "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
[Al-Ikhlas 112 : 1-4]
(21). Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.  

(22). Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)  [Al- Baqarah 2: 21-22]



(164). Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran.  [Al- Baqarah 2:164]

Sunday, November 23, 2014

Bukti Adanya Allah Berdasarkan Hukum Akal - Bhgn. 2

 Dalil Adanya Allah
Berdasarkan Hukum Akal  - Bhgn. 2

Kisah 5

Seorang lelaki ateis datang berjumpa dengan seorang guru. Orang ateis ialah orang yang tak beragama dan tidak percaya kepada Tuhan. Dia bertanya kat guru tu,

"Pernah tuan melihat Tuhan tuan??"
Guru tu pun menjawab, "Maha Suci Tuhanku, dia tidak dapat dilihat dengan penglihatan."

Lelaki itu pon tanya lah lagi, "Adakah tuan pernah menyentuh, mencium ataupun mendengar suaranya?"
"Maha suci Tuhanku, Dia tidak sama dengan sesuatu apa pun. Dia maha mendengar lagi maha melihat," kata guru tu lagi.

Orang lelaki ateis ni pun mengejek, " Kalau tuan tidak pernah melihat suaranya dan tidak pernah menyentuhnya, lalu cemane tuan boleh buktikan yang Tuhan itu ada??"

Guru tu pun kesal dengan pertanyaan orang ateis itu. Rupa-rupanya, dia menyangka Tuhan seperti manusia dan benda-benda lain yang dapat dilihat dan dirasai kehadirannya.

Dengan tenang, guru itu bertanya kembali kepadanya, "Wahai saudara, pernahkah saudara melihat akal fikiran saudara?"
"Tak pernah," jawab orang tu.

"Pernahkah saudara mendengar suara hati saudara?"
"Tak pernah," jawab orang ateis tu lagi.

"Pernah saudara sentuh akal saudara?"
Orang ateis itu menjawab sambil menggeleng kepala, "Tak."

Akhirnya, guru tu sampai pada soalan sebenar yang nak ditanya. "Adakah saudara orang yang sihat akal ataupun yang kurang waras?"
"Hey, tentulah saya orang yang waras!" jawab orang ateis itu tegas.

"Adakah saudara mempunyai akal?"
"Tentulah ada "

"Cuba tunjukan akal sudara kepada saya?"
Lelaki ateis itu terdiam

Lantas sang guru itu menegaskan lagi, "Apatah lagi Tuhan sekalian alam. Dia tetap ada walaupunpun pancaindera kita tak mampu melihatnya."

Kisah 6

Pemuda : Anda siapa Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? SedangkanProfesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.  Ustaz : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. ApakahTuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Ustaz tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa awak marah dan tampar saya ?
Ustaz : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.  

Ustaz: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?  Pemuda : Ya!

Ustaz : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!   Pemuda : Saya tidak boleh.

Ustaz :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Pemuda : Tidak.

Ustaz : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.  Ustaz: Itulah yang dinamakan takdir.

Ustaz : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Ustaz : Terbuat dari apa pipi anda?   Pemuda : Kulit.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?   Pemuda : Sakit.
Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Info Tambahan :

1. Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
a). (Tampar beliau) à Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

b).(Hidukan wangian) à Kemudian cakap, ada bau wangi tak? Ha bau wangi itu wujud dan boleh dihidu, tapi adakah kita nampak bau wangi itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

2. Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?


In Sha Allah ....... bersambung lagi ke bahagian 3

Thursday, November 13, 2014

Bukti Adanya Allah Berdasarkan Dalil Akal - Bhgn.1

Bukti Adanya Allah
Berdasarkan Hukum Akal - Bhgn.1
 
Imam Ahmad berguru dengan Imam As-Syafie. Imam As-Syafie adalah mujtahid mutlak dan Imam Ahmad juga menjadi mujtahid mutlak. Ulama-ulama pada masa terdahulu menggunakan dalil aqli (akal) untuk menerangkan kewujudan Allah kerana ia lebih mudah difahami oleh orang ramai.

Bagi memudahkan kefahaman tentang wujudnya Allah selaku Tuhan yang sebenar-benarnya Tuhan yang sewajibnya setiap manusia beriman (percaya), menyerah dan menghambakan diri, menaruh pengharapan, pertolongangan kepadaNya, dibawakan beberapa kisah yang In Sha Allah membantu menyentuh akal manusia yang tidak mempercayai Allah sebagai Pencipta, Pentadbir dan Tuhan yang mesti disembah.

Kisah 1
Seorang badwi pernah ditanya apakah yang menunjukkan tanda adanya Allah. Badwi ini adalah orang asli bagi masyarakat Arab yang hidup mengembara, berpindah-randah di satu tempat ke tempat yang lain dengan tinggal di dalam khemah, serta tidak begitu terpelajar.

Kata orang badwi tersebut, “Subhanallah, jika najis unta menunjukkan adanya unta, dan bekas tapak kaki tandanya ada orang berjalan, dan langit dan bintang dan bumi dan matahari dan tumbuh-tumbuhan dan laut bergelombang, tidakkah semua itu cukup menjadi dalil adanya zat Allah yang Maha Halus dan Maha Mengetahui?”

Kisah 2
Berkata Ar-Rasi, Imam Malik dijemput oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, khalifah kerajaan Abbasiyyah ke istana. Kemudian Khalifah Harun Ar-Rasyid bertanya Imam Malik tentang dalil adanya Allah. Maka Imam Malik menjawab dengan dalil perbezaan suara dan bahasa.

Mulut dan lidah manusia semua sama saja namun ada yang bertutur di dalam bahasa Arab, Parsi dan bahasa lain. Suaranya juga berbeza. Bahasa dan suara itu menunjukkan kekuasaan Allah. 1000 manusia terdapat 1000 suara. 1000 bangsa terdapat 1000 bahasa.

Kisah 3
Imam Abu Hanifah ketika ditanya oleh orang zindiq (orang islam yang menyeleweng) tentang bukti adanya Allah. Maka Imam Abu Hanifah berkata, “Berilah aku kesempatan untuk fikirkan satu berita yang sampai kepadaku. Ada sebuah kapal di laut yang membawa barang dagangan, tetapi tiada jurumudi, tiada ketua dan tiada nahkoda namun dapat bergerak lancar.”

Orang zindiq berkata, “Berita itu tidak masuk akal. Bahkan orang yang memberitahu tidak masuk akal.” Lalu Imam Abu Hanifah menjawab, “Celaka kalian. Masakan alam sedemikian indah rapinya di langit dan di bumi jika tiada penciptanya.” Maka orang zindiq ini tunduk insaf dan memperbaharui agama (mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat)

Kisah 4
Apabila Imam As-Syafie ditanya dalil adanya Allah, Imam As-Syafie menjawab, “Perhatikan daun mempunyai satu rasa (satu warna, satu rasa, satu elemen). Dimakan ulat menjadi sutera, dimakan lebah menjadi madu, dimakan kambing menjadi najis, dimakan kijang menjadi kasturi. Tidakkah yang demikian itu tanda adanya Allah, pencipta semua itu? Makan benda yang sama, mengeluarkan benda yang berbeza.”


In Sha Allah  ...... bersambung ke Bhgn. 2

Wednesday, August 27, 2014

Syarat Nikahku Suami Yang Warak

Syarat Nikahku Suami Yang Warak

Seorang gadis yang sangat cantik ingin bernikah tetapi dia tak nak 'couple-couple'. Lagipun dia mahukan seorang suami yang warak.   Maka dia pun membuat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja untuk menikahinya asalkan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu memenuhi syarat dan kriteria-kriteria berikut:

1). berpuasa sepanjang tahun
2). khatam Al-Quran setiap hari
3). beribadah sepanjang malam setiap hari

Tak ada seorang pun lelaki yang sanggup mematuhi ketiga-tiga syarat itu kecuali ada seseorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya dia bernikahlah gadis jelita itu dengan lelaki tersebut.

Saat bermula dari perkahwinan mereka, sang isteri (gadis jelita) itu selalu memperhatikan amal ibadah suaminya. "Eh...tak puasa pulak suami aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?"  "Hmm..aku pun tak nampak dia baca Quran hari ni..."  "Tak nampak pun suami aku bangun malam tadi. Dia tak solat malam ke?" sang isteri mengomel sendirian.

Selepas hampir sebulan akhirnya sang isteri tidak tahan dengan amal ibadah suaminya yang dikatakan warak itu. Dia menganggap suaminya telah menipunya kerana telah gagal mematuhi syarat yang tetapakan sebelum bernikah dahulu. Sang isteri pun pun mengadu dan memohon cerai di mahkamah syariah atas alasan telah ‘ditipu oleh suaminya’.

Sang isteri mengadu kepada hakim, "Semasa hendak nikah dulu suami saya bersetuju dengan syarat-syarat yang saya tetapkan. Setelah kawin langsung suami saya tidak tunaikan. Penipu!" Rungut sang  isteri kepada hakim.

Hakim pun bertanya kepada sang suami itu, "ingat lagikah awak akan syarat-syarat sebelum nikah yang isteri kamu tetapkan dahulu?"

Sang suami pantas menjawab dengan nada lembut. "Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam dan khatam Quran setiap hari."

"Habis tu kamu tak buat pun?" Hakim bertanya lagi.

Sang suami  selamba menjawab, "saya buat yang arif tuan hakim."

Hakim menjerkah, "Isteri awak kata awak tak buat. Macam mana ni?"

Sang suami tidak mahu mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis ‘report card’  nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"

Hakim tidak puas hati, lantas mengajukan soalan, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak." Jawab sang suami.

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Derngan tenang sang suami menjawab, tidakah rasulullah telah bersabda ; "Sekiranya seseorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan diikuti dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun”, Saya amalkan puasa Ramadhan sebulan dan puasa 6  syawal setiap tahun, jadi saya seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun."

Hakim itu tersentak. "Habis tu macam mana pula kamu khatam Al-Quran setiap hari?  Saya hendak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.”

Sang suami itu terus menjawab, "saya baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap kali sebelum saya tidur. Rasulullah bersabda; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil tersenyum lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Sang suami itu sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda ; “Barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olah dia telah beribadah sepanjang malam."

Sang suami terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.”

Hakim mengangguk seakan mengiyakan sang suami lalu memerintahkan sang isteri bangun. "Awak sepatutnya merasa beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja warak tetapi juga berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan."

Sang suami tersenyum puas.

* Nota :  Tiga (3) amalan ini bukan hanya khusus kepada lelaki sahaja, perempuan juga boleh mendapatkan fadhilatnya. Marilah kita lakukan amal yang sedikit ini tetapi besar ganjaran dan fadhilat yang Allah anugerahkan kepada umat Muhammad SAW.

Wednesday, February 19, 2014

REPLIKA DALAMAN RUMAH RASULULLAH SAW

MODEL RUMAH RASULULLAH SAW
Sila Klik Pada Gambar Untuk Besarkan
Gambar di atas adalah replika atau model rumah Nabi yang mulia Rasulullah SAW bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini dipertontonkan di Jeddah.  Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah SAW.  Sejauh mana ketepatannya, Wallahu'alam. Tetapi inilah gambaran perbezaan kesederhanaan hidup antara insan yang paling Mulia di sisi Allah dengan kehidupan kita sekarang.

Replika atau model rumah Rasulullah SAW ini berdasarkan maklumat yang pernah disampaikan oleh para sahabat baginda tentangya. Ia merupakan replika dalaman rumah Nabi SAW di Mekah.
Model rumah ini dibina bagi memberi gambaran kehidupan Nabi SAW yang sangat sederhana insan agung pilihan Allah SWT yang diutus menjadi utusanNya supaya menyampaikan risalah Allah dan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat manusia bahkan sekalian alam. Dari rumah yang sederhana inilah ledakan arus perubahan besar ke seluruh dunia yang dari sinilah cahaya Islam bersinar buat pertama kalinya.
Sememangnya rumah ini sangat sederhana. Tidak terdapat perabut mewah dan tiada hiasan yang mahal-mahal. Zaid bin Thabit berkata : “ Anas bin Malik RA, khadam Rasulullah SAW pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah SAW yang diperbuat daripada kayu yang keras yang dipateri dengan besi, lalu Anas berkata, “Wahai Ibnu Thabit, inilah tempat minum Rasulullah. Dengan gelas kayu itulah Rasulullah minum air perahan kurma, madu dan susu.” (At-Tirmizi)

Friday, August 23, 2013

PERSTIWA TAHKIM ANTARA VERSI SYIAH DAN VERSI SUNNAH

PERSTIWA TAHKIM
(VERSI SYIAH  LWN  VERSI AHLI SUNNAH)



Peperangan Siffin adalah peperangan kedua yang berlaku antara para Sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi alaihim ajmain. Sebelumnya berlaku peperangan Jamal di antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Talhah r.a, al-Zubair, dan Ummul Mukminin Aisyah r.a. Semuanya angkara tipu muslihat puak kafir Yahudi dikepalai oleh Abdullah bin Saba’.

Telah popular peristiwa yang berlaku antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufian radiallahuanhuma selepas selesai perang Siffin, pihak Saidina Muawiyah r.a menuntut perdamaian dengan tentera Syam (pihak Saidina  Muawiyah r.a) mengangkat Mushaf al-Quran di hujung tombak tanda memohon perdamaian.

Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah telah menyebar fitnah dan mempergunakan kaum muslimin yang masih baharu memeluk Islam daripada Mesir, Iraq, dan Farsi (Iran) untuk bangkit menentang Khalifah Usman bin Affan r.a sehingga terbunuhnya Khalifah Usman r.a secara terzalim dan teraniaya.

Kematian Usman r.a yang tragis ini menimbulkan kemarahan Sahabat r.a dan bangkit untuk menuntut bela terhadap Usman r.a, namun keadaan yang rumit berlaku kerana pembunuh-pembunh Usman r.a telah melantik diri mereka sebagai kerajaan yang baru seperti al-Asytar yang telah dijadikan oleh para pemberontak sebagai panglima perang Khalifah yang baharu, Saidina Ali bin Abu Talib r.a.

Saidina Ali r.a berpandangan perkara yang pertama perlu dilakukan adalah mengukuhkan pemerintahan beliau dan para Sahabat hendaklah membaiat beliau terlebih dahulu untuk memperkukuh kedudukan kaum muslimin dan melemahkan kedudukan para pemberontak Usman r.a.

Saidina Muawiyah r.a berpandangan sebaliknya, iaitu hendaklah dilaksanakan Qisas dahulu terhadap pembunuh Usman r.a baharulah mereka akan membaiat Saidina Ali r.a. Antara mereka yang berkeras dengan pedirian ini adalah Saidina Muawiyah r.a berpegang dengan firman Allah Taala:

Maksudnya: “dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).” [al-Israa: 33].

Saidina Muawiyah r.a berijtihad, menurut hukum Syarak beliau mempunyai kekuasaan penuh untuk menuntut qisas terhadap pembunuh Usman r.a kerana beliau adalah wali (sepupu) Usman r.a yang paling utama. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 8/23].

Saidina Muawiyah r.a bukanlah memerangi Saidina Ali r.a kerana ingin merebut jawatan Khalifah daripada Saidina Ali r.a sebagaimana kata beliau:

Maksudnya: “Aku tidak memerangi Ali kecuali kerana urusan Usman” [Musannaf Ibn Abi Syaibah, hadis no. 31193, cet Darul Qiblah].

Abu Muslim al-Khaulani r.h datang kepada Saidina Muawiyah r.a bersama dengan beberapa orang lagi bertanya kepada beliau: “Adakah tuan mencabar Ali atau tuan ini setaraf dengannya?”

Jawab Saidina Muawiyah r.a: “Tidak, demi Allah sesungguhnya aku mengetahui bahawa Ali itu lebih utama daripada aku dan dia lebih berhak menjadi Khalifah berbanding aku, tetapi bukankah kamu mengetahui bahawa Usman dibunuh secara zalim, sedang aku adalah sepupu beliau, maka aku menunutut darah Usman (pelaksanaan Qisas), maka pergilah kamu kepada beliau (Ali r.a) dan beritahu kepadanya: beri kepadaku pembunuh-pembunuh Usman maka aku akan menyerah kepadanya (berbaiat)”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 3/140]

Maka jelas sekali bahawa Saidina Muawiyah r.a bukanlah berperang atas dasar hawa nafsu bahkan beliau tersalah dalam ijtihad beliau, maka baginya satu pahala, adapun Saidina Ali r.a beliau melakukan yang terbaik dan beliau lebih benar dalam ijtihad beliau, maka bagi beliau dua pahala Insha Allah. [al-Hiqbah min al-Tarikh, Usman al-Khumayyis, 187].

Riwayat Peristiwa Tahkim Yang Popular

Telah masyhur dalam kitab-kitab sejarah riwayat peristiwa Tahkim iaitu perdamaian antara Saidian Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a. S emua riwayat ini kembali kepada Kitab Tarikh al-Tabari r.h sebagai berikut:

“Ali r.a telah mengutuskan 400 orang lelaki diketuai oleh Syuraih bin Hani al-Harisi, bersama mereka juga Ibn Abbas r.a selaku Imam solat dan pemutus kata urusan mereka, termasuk juga bersama mereka Abu Musa al-Asy’ari. Muawiyah juga mengutus 400 orang daripada penduduk Syam sehingga mereka bertemu di Daumatul Jandal, Azrah. Muawiyah apabila dia mengutuskan utusan kepada Amru bin al-As r.a maka utusannya adalah rahsia antara Abdullah bin al-As, adapun Saidina Ali apabila mengutus apa-apa pesanan kepada Ibn Abbas r.a terpaksa didedahkan kepada pengikutnya kerana mereka suka berwasangka. Hal ini menimbulkan ketidak selesaan kepada Ibn Abbas kerana menunjukkan pasukan Ali r.a kurang setia sedangkan pasukan Muawiyah sangat patuh kepada ketua mereka.

Turut menyaksikan perhimpunan mereka itu (selaku pemerhati) adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin al-Zubair, Abdul Rahman bin al-Haris al-Makhzumi, Abdul Rahman bin Abdu Yaghus al-Zuhri, Abu Jahm bin Huzaifah al-Adwi, dan al-Mughirah bin Syu’bah al-Saqafi. Umar bin Saad bin al-Waqqas telah berjumpa dengan bapanya Saad bin al-Waqqas r.a yang menjauhkan diri daripada fitnah dan memujuk ayahnya supaya menyertai perhimpunan tersebut dengan harapan mereka akan melantik beliau sebagai Khalifah kerana Saad bin al-Waqqas adalah salah seorang Ahli Syura yang dilantik Saidina Umar r.a. Namun, Saad tetap bertegas untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut atas dasar menjauhi fitnah.

Kemudian dua orang hakam itu (Amru bin al-As dan Abu Musa al-Asy’ari) bertemu dan Amru cuba memujuk Abu Musa untuk menyokong Muawiyah r.a dengan memberikan tawaran jawatan namun Abu Musa al-Asy’ari menolak tawaran tersebut dan memarahi Amru bin al-As.

Abu Musa al-Asyari pula mencadangkan untuk melantik Abdullah bin Umar r.a namun Amru mencadangkan nama anaknya sendiri Abdullah bin Amru r.a tetapi ditolak juga oleh Abu Musa al-Asyari.

Ali r.a juga memberi pesanan kepada Amru bin al-As r.a melalui Syuraih bin Hani, memujuk Amru bin al-As supaya memihak kepada beliau dan meninggalkan Muawiyah r.a namun Amru bin al-As enggan mendengar dan menolak.

Kemudian setelah Amru enggan menurut cadangan Abu Musa al-Asy’ari melantik Ibn Umar sebagai Khalifah dan Abu Musa enggan menerima cadangan Amru melantuk Abdullah Ibn Amru sebagai Khalifah, mereka bersetuju untuk memecat kedua-dua Khalifah Ali r.a dan Muawiyah r.a serta menyerahkan perlantikan Khalifah yang baharu kepada Syura kaum muslimin.

Namun, ketika pengumuman persetujuan dibuat, Amru bin al-As r.a menyuruh Abu Musa berucap dahulu dan Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan Muawiyah dan mengembalikan hak perlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Ibn Abbas r.a pada mulanya melarang Abu Musa bercakap dahulu kerana bimbang akan berlaku tipu helah daripada Amru namun Abu Musa tetap percaya kepada Amru.

Kemudian Amru bangun berucap dan mengisytiharkan pemecatan Saidina Ali r.a dan dia membaiat Saidina Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan Abu Musa al-Asy’ari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagai pengkhianat dan anjing. Syuraih kemudiannya telah memukul Amru dengan cemeti dan dia menyatakan bahawa alangkah baiknya jika dia membunuh sahaja Amru bin al-As r.a.

Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a kecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah dan membaiat beliau sebagai Khalifah. Hasil peristiwa ini, Ahli Syam berqunut dalam solat mereka dan melaknat Saidina Ali r.a dan Ahli Kufah manakala Ahli Kufah pula berqunut melaknat Muawiyah r.a dan Ahli Syam.” [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Ali dan Muawiyah)].

Demikianlah ringkasan riwayat-riwayat yang disebut dalam Tarikh Tabari dan dinaqal para sejarawan selepas beliau. Namun, Imam al-Tabari r.h selaku seorang Ahli Tafsir bahkan Imam al-Mufassirin dan seorang Ahli Hadis tidaklah meriwayatkan kisah ini begitu sahaja, bahkan beliau telah mendatangkan sanadnya sekali.

Kesemua kisah ini bersumber daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi, seorang yang banyak meriwayatkan kisah-kisah dan riwayat-riwayat sejarah.

Maka dengan mudah kita dapat menilai kisah yang menjadi sandaran kaum Syiah mencela dan melaknat Saidina Amru bin al-As r.a bahkan Abu Musa al-Asy’ari r.a ini. Abu Mikhnaf adalah seorang yang tidak dipercayai pada riwayatnya.

Imam Yahya bin Main r.h berkata: “Tidak Siqah”, Abu Hatim r.h berkata berkenaan Abu Mikhnaf ini: “Matrukul Hadis (ditinggalkan riwayatnya)”, dan Imam al-Daruqatni r.h berkata: “Seorang pembawa berita yang daif (lemah)”. [Siyar A’lam al-Nubalaa, 7/302].

Al-Zarkali r.h dalam kitabnya, al-A’lam menyatakan bahawa Abu Mukhnif ini adalah seorang Syiah Imamiah. Hal ini dashihkan oleh Aqabazrak al-Tehrani dalam kitabya, al-Zariah fi Wasail al-Syiah yang merupakan Mukjam kepada senarai kitab-kitab Syiah. [al-A’lam, 5/245, al-Zariah, 1/333-337].

Telah sabit dalam kaedah Ilmu Hadis, tidak diterima riwayat Ahli Bidaah yang menyeru kepada bidaahnya, dan dalam riwayat ini jelas sekali menyeru kepada pencelaan terhadap Sahabat bahkan menyeru kepada melaknat Muawiyah r.a, Amru bin al-As r.a dan ramainya Sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang mulia. [Qawaid al-Tahdis, 191-192].

Syeikh Yahya bin Ibrahim al-Yahya hafizahullah telah menghimpunkan semua riwayat berkenaan peristiwa Tahkim daripada Abu Mikhnaf dan riwayat lain yang seumpama dengan cerita Abu Mikhnaf ini namun kesemua riwayat yang seumpama ini adalah daif yang tidak dapat dijadikan hujah sama sekali. [Marwiyyat Abi Mikhnaf, Fasal Keempat: al-Tahkim dan Keluarnya Khawarij, 377 dan selepasnya, Darul Riyad].

Syeikh Usman al-Khumayyis hafizahullah berkata: “Kisah ini adalah palsu dan dusta, jaguh periwayatnya adalah Abu Mikhnaf yang telah kami sebutkan berkali-kali (kedaifan dan keplasuan riwayatnya)..” [al-Hiqbah min al-Tarikh, 191].

Pencerahan - Kisah Tahkim yang Sahih

Kisah yang sahih berkenaan peristiwa Tahkim ini adalah sebagaimana yang dikeluarkan Imam al-Bukhari secara ringkas dalam Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq [46/175], al-Daruqatni sebagimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h dalam al-Awasim [m.s 143-144] sebagai berikut :

“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: ‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’. Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’. Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini? Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah? Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.

Demikianlah yang sebenarnya, iaitu peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad kecuali Saidina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.

Telah kita nyatakan sebelum ini bahawa pertelingkahan antara Ali dan Muawiyah radiallahuanhuma adalah berkenaan pelaksanaan Qisas terhadap pembunuh-pembunuh Usman r.a bukan masalah jawatan Khalifah, maka adalah amat pelik jika Tahkim ini berlangsung di luar tajuk, maka riwayat Abu Mikhnaf yang lalu telah maklum kebatilannya walaupun tidak meneliti kepada sanadnya sekalipun.

Demikian juga kisah sahih bahawa Muawiyah r.a memujuk Abu Musa al-Asy’ari r.a berbaiat kepada beliau seperti mana Amru bin al-As r.a berbaiat bukanlah bermakna baiat sebagai Khalifah tetapi usaha Muawiyah r.a memujuk Abu Musa untuk menyokong usaha beliau menuntut darah Usman r.a kerana ini lah baiat Ahli Syam kepada Muawiyah r.a iaitu tidak akan membaiat Ali r.a sehingga Ali r.a melaksanakan Qisas terhadap para pembunuh Usman r.a bukan melantik Muawiyah r.a sebagai Khalifah. [Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Diya’ al-Umari, 474-475].

Kesimpulan :

Berdasarkan penjelasan berkenaan peritiwa ini, menunjukkan bahawa :

1. Amru bin al-As r.a adalah Sahabat yang mulia  dan beliau bukanlah seorang penipu atau pengkhianat.

2. Peperangan Siffin berlaku atas ijtihad para Sahabat dan janganlah kita mencemarkan lidah dengan darah yang Allah Taala telah biarkan ianya mengalir.

3. Abu Musa al-Asy’ari bukanlah seorang bodoh atau kurang cerdik seperti tuduhan kaum Syiah bahkan beliau seorang faqih dan sangat bijak dalam menjaga perpaduan kaum muslimin.

4. Peristiwa Tahkim menunjukkan keikhlasan pihak Ali r.a yang diwakili oleh Abu Musa r.a dan pihak Muawiyah r.a yang diwakili Amru r.a untuk mencari perdamaian walaupun tidak membawa hasil yang diharapkan.

5. Amru bin al-As r.a bukanlah seorang yang memecah belahkan umat bahkan beliau berusaha mencari perdamaian dengan Ali r.a yang terserlah melalui perbincangan beliau dengan Abu Musa r.a seperti dalam riwayat tahkim yang sahih.

6. Kaum Syiah adalah Dajjal dan perosak sebenar sejarah Islam, merekalah yang berhak dilaknat Allah.


MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI