Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

Map/Peta Ciri Solat Sempurna

SOLAT SEMPURNA
Solat Luaran (Isi Zahir) Dan Solat Dalaman (Isi Batin)
Amat Perlu Dijaga Ketika Solat
Untuk Capai Tahap Solat Yang Sempurna.
In Sha Allah Boleh Dicapai Dengan Jalan Mujahadah 'Upgrade' Ilmu Solat, Amalan Yang Istiqomah Dan Tawakal Kepada Allah SWT.
KLIK Imej Untuk ZOOM.

Saturday, April 26, 2014

Solat Fardu 40 waktu di Masjid Nabi

Solat 40 waktu di Masjid Nabawi


Riwayat yang menyebut adanya kelebihan bersolat 40 waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi saw bersabda :-

"Barangsiapa bersolat 40 solat (yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadis Imam Ahmad, dalam Musnad].

Status (kedudukan) hadis ini dipertikaikan. Imam Haithami menjelaskan didalam Majma' al-Zawaid mengatakan, Imam Tirmudzi meriwayatkan sebahagiannya. Hadis ini diriwayatkan sepenuhnya oleh Imam Ahmad, dan Imam Tabarani didalam Awsat, periwayatnya adalah tsiqah (dipercayai).

Menurut Imam Mundhiri didalam al-Targhib wa al-Tarhib bahawa periwayat didalam rantaian dari periwayatan Imam Ahmad adalah sangat sahih.

Namum demikian terdapat pertikaian mengenai salah seorang periwayat yang bernama Nabith ibn Umar yang dikatakan tidak dikenali.

Perlu diingat bahawa walaupun ada yang berpendapat hadis ini lemah (Dhaif), ia masih lagi boleh diamalkan didalam ruang lingkup Fadhail Amal.  Amalan ini sudah menjadi tradisi umat Islam melakukannya.

Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beberapa ulama' percaya bahawa jika sesuatu amalan didasarkan pada dalil (hadis) yang bukan PALSU, In Sha Allah ia adalah benar. Tambah beliau, maka adalah dinasihatkan melakukan amalan tersebut menurut hadis.

Menurut ulama', latihan 40 waktu solat itu merupakan praktik asas bagi seseorang itu menjadikan solat berjemaah sebagai amalan penghidupan mereka sekembalinya ke tanah air masing-masing. (Lihat buku Madinah Munawarah : kelebihan dan sejarah, karangan al-Fadhil Dr Abdul Basit Abdul Rahman).

Umat Islam digalakkan banyak melakukan solat di Masjid Nabi sebagaimana hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa solat di Masjid Nabi ganjaran 1000 kali dari masjid lain, kecuali Masjid al-Haram.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjidil nabawi di Madinah) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Dari  Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Terdapat sebuah hadis yang statusnya HASAN mengenai kelebihan bersolat 40 hari di Masjid Nabawi. Hadis dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah :saw bersabda :

"Barangsiapa bersolat berjemaah 40 hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2 perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq (munafik)" [Riwayat Imam al-Tirmizi].

Hadis diatas ini menjelaskan solat 40 hari, dan bukan 8 hari (40 waktu).

Kesimpulan

1). Amat digalakkan memperbanyakkan solat di Masjid Nabi SAW, dimana ganjarannya adalah 1,000 kali dari masjid lain. Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai motivasi "kelebihan amal" dan hadis tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya.

2). Amalan 40 waktu ini adalah sebagai diharap dapat mentarbiah, melatih dan membentuk sikap cintakan solat berjemaah di masjid, atau bagi yang mampu, bolehlah menunaikan solat berjemaah 40 HARI di Masjid Nabawi.

Adalah rugi dan malangnya jika peluang masa 8-9-10 hari semasa di Madinah hanya dihabiskan kerana bersiar-siar atau tidur semata-mata dan bersolat sendirian dibilik hotel.


Rujukan Asal : http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-05-0534-solat-40-waktu-di-masjid-nabawi

Friday, September 6, 2013

Waktu Afdal Qiamullail

Waktu Afdal Qiamullail


Ulama fiqah bersepakat bahawa waktu qiamullail ialah selepas solat Isyak sehingga terbit fajar subuh. Cuma mereka berbeza pendapat berkenaan waktu yang afdal melakukannya. Jumhur ulama berpendapat bahawa waktu yang afdal melakukannya ialah:

Pertama
Jika malam dibahagikan kepada enam bahagian, maka waktu afdalnya ialah pada empat perenam (4/6) atau lima perenam (5/6) malam,  iaitu diharapkan sekitar jam 1.30 pagi – 4.30 pagi waktu Malaysia.

Sabda Rasulullah : "Solat yang paling disukai Allah ialah solat (Nabi) Dawud dan puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa (Nabi) Dawud. Baginda tidur separuh malam, dan bangun pada satu pertiga daripadanya (daripada separuh akhir) dan tidur pada satu perenamnya. Baginda berpuasa satu hari dan berbuka satu hari." (Riwayat al-Bukhari)

Kedua
Jika malam dibahagikan kepada dua bahagian, maka separuh kedua (2/3) malam itu adalah lebih afdal kerana kurangnya maksiat pada kebiasaannya.

Rasulullah bersabda : "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki satu pertiga akhir malam, lalu berfirman: "Ses-iapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan perkenankan doanya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan berikan kepadanya. Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampunkannya."  (Riwayat al-Bukhari)

Ketiga
Jika malam dibahagikan kepada tiga bahagian, maka bahagian pertengahan (1/2) malam itu adalah lebih afdal kerana pada ketika itu ramai orang yang lalai.

Ibadat terasa lebih berat dan orang yang solat juga sedikit. Cuma ulama Maliki menyatakan bahawa sekiranya seseorang sudah biasa bangun malam, maka waktu afdal baginya ialah satu pertiga akhir malam. Sekiranya seseorang itu tidak biasa bangun, maka afdal dia melakukannya pada awal malam sebagai berjaga-jaga.


Qiamullail sepanjang malam

Ulama Syafii dan Hambali me­nyatakan makruh melakukan qiamullail sepanjang malam. Pendapat mereka bersumberkan hadis daripada Aisyah :

"Aku tidak mengetahui Nabi membaca al-Quran semuanya pada satu malam, tidak juga Baginda solat sehingga subuh pada satu malam, tidak juga puasa sebulan penuh kecuali Ramadan." (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadis dari­pada Amru bin al-As ketika Nabi bersabda kepadanya: "Tidakkah aku dikhabarkan bahawa kamu berpuasa pada siang hari dan qiamullail pada malam hari?" Aku menjawab: "Benar, wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Janganlakukan demikian. Puasalah dan berbukalah (puasa sehari dan berbuka sehari), qiamullaill dan tidurlah. Sesung-guhnya jasad kamu ada hak ke atas kamu, mata kamu ada hak ke atas kamu. Pasangan kamu ada hak ke atas kamu dan tetamu kamu ada hak ke atas kamu." (Riwayat al-Bukhari)

Mereka hanya mengecualikan malam-malam khusus berdasarkan hadis Aisyah: "Sesungguhnya Nabi apabila masuk sepuluh terakhir Ramadan, Baginda akan berqiamulail, mengejutkan ahli keluarga dan mengetatkan kain (tidak mendatangi isteri)." (Riwayat  Muslim).


Wallahu a’lam.

Thursday, March 7, 2013

Kelebihan Solat Menurut Sains

Kelebihan Solat Dari Kajian Sains 
Boleh Rawat Penyakit Kritikal
Kajian di Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya oleh Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. 

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. "Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. "Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud (IKTIDAL SERTA TOMAKNINAH) sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Kajian juga mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. "Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit. Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.  Pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat

Thursday, January 3, 2013

Hukum Sembahyangkan Jenazah Di Masjid

Solat Jenazah Dalam Masjid
Pandangan Empat Mazhab

Di Malaysia, solat jenazah selalunya dilakukan di masjid-masjid. Ada kalanya pula solat jenazah dilakukan di rumah-rumah si mati atau waris-waris si mati ataupun di surau dan sebagainya. Berkemungkinan ianya berlaku atas sebab-sebab tertentu seperti rumah jauh daripada masjid atau surau. Ianya juga boleh menimbulkan persoalan ramai yang kerap membawa kepada perselisihan pendapat di kalangan masyarakat kita umumnya.

Dalam hal ini, sebagai pengikut daripada mazhab Syafi'ah marilah kita kembali serta merujuk kepada hadis Rasulullah saw., dan janganlah pula merasa asing pada pendapat-pendapat mazhab yang tiga lagi sepertimana yang tersebut di bawah ini:

Hukum solat jenazah di dalam masjid mengikut atas pandangan empat mazhab, Syafi'ah, Hanafiyah, Malikiah dan Hanabilah:

Syafi'ah
hukumnya Sunat (Mandub)
Hanafiyah
hukumnya Makruh
(sekalipun diletakkan di luar masjid)
Malikiah
hukumnya Makruh
(sekalipun diletakkan di luar masjid)
Hanabilah
hukumnya Harus (Mubah). Jika ditakuti mengotorkan masjid maka hukumnya Haram.

Rujuk : Hadis No.919 Shahih Muslim - Bab Jenazah.
Dari 'Abbad bin Abdullah bin Zubair r.a., katanya: "Bahwasanya 'Aishah menyuruh membawa jenazah Sa'ad bin Abi Waqqas ke masjid untuk disolatkannya di situ. Tetapi orang banyak menginkari permintaannya itu. Lalu kata 'Aishah, "Alangkah cepatnya orang lupa, bahawa Rasulullah saw. pernah menyembahyangkan Suhail bin Baidha' di masjid."

Terdapat juga di Malaysia yang lazimnya bermahzab Syafi'ah pada jenazah orang Islam yang tidak dapat di solatkan di dalam masjid kerana di atas sebab-sebab tertentu, iaitu atas arahan pihak berkuasa seperti 'Hospital', di mana di kuatiri mengotori masjid dan ini di benarkan jenazah tersebut di solatkan di luar masjid, sebagaimana yang disandarkan pada mazhab Hanabilah.


Kredit kpd : http://islamicundertaker.blogspot.com/2012/08/solat-jenazah-dalam-masjid-atas.html

Tuesday, November 20, 2012

Khusyuk dalam Solat Kenapa Lalai?


MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK  "BACAAN SOLAT PERKATA"  PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.


E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA  E-Book Naskah Ringkas
 Sila KLIK DI SINI

BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI

 Khusyuk dalam Solat Kenapa Lalai? 

KHUSYUK sebagai satu kewajipan orang mukmin dalam urusan ubudiyah terhadap Allah SWT. Tiada bahasa selain bahasa Arab yang berupaya memberi makna `khusyuk' dengan tepat, justeru terpaksa akur dengan sebutan khusyuk dalam bahasa asalnya juga.

Dalam bahasa apa pun khusyuk mesti disebut khusyuk, kerana khusyuk dalam bahasa syar'ei adalah khusyuk dalam semua bahasa di dunia ini.
Khusyuk keperluan bagi setiap hamba mengabdikan diri kepada Allah SWT, khususnya ketika melakukan ibadat solat.

Khusyuk boleh diertikan sebagai beribadat dengan tenang dan merendah diri, merasa hina dina di hadapan Allah SWT. Penuh tumpuan hati serta ingatan terhadapNya. Orang yang khusyuk dalam solat, anggota tubuh tidak akan bergoyang di luar tuntutan kaifiyat, tangan tidak bergerak menggaru-garu atau membetulkan pakaian. Jika seperti itu menandakan hatinya tidak khusyuk, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika seseorang itu khusyuk, maka anggota tubuhnya turut khusyuk sama."

Menghadirkan khusyuk dalam solat itu satu kewajipan bagi orang-orang yang beriman, kerana ketika solat ingatan mesti tertumpu kepada Allah SWT semata, sebagaimana ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati Aku." (Surah Toha ayat 14)

Manusia diperintah supaya mendirikan solat dengan tujuan untuk mengingati Allah SWT. Apabila tidak menumpukan ingatan kepada Allah SWT, bererti solatnya tanpa tujuan. Solat bukan sekadar dilakukan secara zahir yang dimulai dengan Takbiratul Ihram diakhiri dengan salam serta melakukan beberapa rukun qalbi, qauli dan fi'li di dalamnya. Tetapi mesti khusyuk iaitu dipenuhi dengan zikrullah (ingat Allah SWT), kerana ia wajib berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 itu.

Khusyuk mampu dilakukan oleh manusia dengan mengikuti beberapa syarat, kerana Allah SWT tidak akan mewajibkan sesuatu syariat di luar kemampuan manusia, sebagaimana janji Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)

Langkah pertama untuk mencapai khusyuk, mesti mengetahui makna setiap ucapan atau bacaan dalam solat.  Khusyuk tidak mungkin tercapai jika tidak mengetahui makna dan maksud ucapan dalam solat, sebaliknya akan terjerumus ke lembah lalai.  Padahal lalai dalam solat akan membawa padah yang buruk di akhirat kelak, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah (azab neraka) bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya." (Surah al-Maa'un ayat 4 dan 5)

Langkah kedua untuk khusyuk dalam solat ialah; menjaga segala makan minum yang halal, serta pakaian dan tempat tinggal hanya daripada sumber yang halal. Allah SWT hanya reda jika hamba-Nya membataskan diri dengan makan minum yang halal dan pakaian serta tempat tinggal dari sumber yang halal. Makan minum yang tidak halal adalah barang busuk yang dibenci oleh Allah SWT dan malaikat-Nya.

Tuhan akan menjauhi jika manusia diselubungi perkara yang haram, apabila Tuhan menjauh daripada manusia sebegitu maka syaitanlah yang akan mendekatinya. Tidak mungkin khusyuk dapat dicapai dalam situasi syaitan sebagai pendamping manusia itu, jika mereka solat pun mesti tiada zikirullah.

Tn. Guru Nik Abdul Aziz  - 18-21 Zulhijjah 1432(4-17 November 2011)


~~~~~~~~~
E-Book  Edisi Lengkap
"Bacaan Solat Perkata"

        BELI  E-BOOK  "Bacaan Solat Perkata"  EDISI LENGKAP         

E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'  
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA

  free glitter makerpicasion.com


glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN