Showing posts with label ICT Dan Komputer. Show all posts
Showing posts with label ICT Dan Komputer. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

ANDROID - APA TU?

ANDROID 


KENALI ANROID? 

Apa itu OS (Operation System)?  Jikalau pada komputer peribadi (Personal Computer) kita biasa  jumpa dengan  Windows XP/Windows/ Vista/Windows/Windows 7 atau pun Linux.  Sementara itu pada handphone kita biasa jumpa Windows OS, iphone OS dan blackberry OS.  Semua ini adalah OS iaitu Sistem Pengoperasian yang akan menjalankan sesebuah alat (device) seperti komputer atau handphone.  Maka itu ANDROID juga adalah serupa ianya juga OS. 

Tugas utama OS adalah sebagai perantara di antara perisian lembut/ program (software) dan perisian keras (hardware). OS juga berperanan mengagihkan sumber alat (komputer/tablet/ipad/telefon pintar)  – seperti memori dengan CPU – kepada setiap aplikasi/program yang dijalankan.

ANDROID OS telah dibangunkan oleh ANDROID Inc menggunakan Linux Kernel untuk sistem operasi (OS) telefon pintar (smartphone) dan tablet (seperti ipad).  ANDROID telah dibeli oleh Google Inc pada tahun 2005 dan berada di pasaran di penghujung 2009.   ANDROID  menguasai pasaran telefon pintar (smartphone) 20% di Amerika pada bulan Mei 2010.  Google Inc membekalkan ANDROID OS secara percuma dan dijangka terus kekal percuma kerana ianya dibangunkan dari sistem Linux.


PERKEMBANGAN ANDROID

ANDROID sentiasa melalui proses penambahbaikan bermula daripada ANDROID yang pertama.  Penambahbaikan biasanya berlaku pada  `bug’  dan `features’ sistem ANDROID.  Nama makanan petang biasanya digunakan pada setiap versi yang baru mengikut abjad A-ANDROID kemudian B-C dan seterusnya.  Perkembangan ANDROID boleh dilihat seperti jadual dibawah ;


PELBAGAI JENAMA

Google memperkenal sistem partnership dalam membangunkan operasi ANDROID.  Oleh itu  sesiapa yang terlibat membangunkan sistem ANDROID boleh mengeluarkan semikondutor, komponen, pemprosesan, perisian dan alat (device) seperti telefon, tablet mereka sendiri dengan menggunakan sistem operasi ANDROID.


KELEBIHAN MENGUBAH PAPARAN SKRIN

Jika dua telefon dari dua pengeluar dibandingkan, perbezaannya mungkin sukar dicari.  Setiap syarikat telefon bebas untuk mengubah sistem paparan ANDROID untuk memudahkan pengguna mengakses data dan maklumat.

Dengan konsep asas teknologi sentuhan jari tetapi `flow’ tetap sama iaitu ANDROID. Contohnya ;

1.      SAMSUNG menggunakan teknologi TouchWiz
2.      HTC menggunakan Sense Ui
3.      Sony Ericsson pula menggunakan UXP Platform , dan
4.      LG menggunakan S-Class Ul.

Skrin paparan telefon atau tablet ANDROID boleh diubah suai mengikut apa yang dikehendaki  berdasarkan keutamaan bagi pengguna di skrin hadapan.  ANDROID biasanya mempunyai 5 skrin paparan utama.  Ikon-ikon `widget’ dan `shortcut’ boleh diletakkan sepertimana pada skrin komputer.
PASARAN ANDROID
Telefon dan tablet yang menggunakan  sistem operasi ANDROID semakin popular.  Pada pertama kali ANDROID diperkenalkan akhir 2009, ANDROID merniliki sekitar 4% dari pengguna smartphone terus bertambah 9% pada Februari 2010 dan 13% pada Julai 2010.   Ini menunjukkan  ANDROID OS  yang diperkenalkan kurang dari setahun, penggunnannya bertambah dengan pantas.
Gartner Inc meramalkan pada 2012, ANDROID akan menjadi sistem operasi kedua paling popular selepas Nokia Symbian OS.
Pada May 2010, jualan telefon ANDROID mengatasi Iphone platform di Amerika. ANDROID mula mendapat tempat mengikut jejak Sistem operasi  Windows Mobile sebelum ini kerana ANDROID mempunyai kepelbagaian pengeiuar dan kepeibagaian saluran.
Dikatakan pengguna ANDROID terus bertambah setiap hari ;- 10,000/hari Mei 2010,  lebih 160,000/hari akhirJun 2010 dan pada Ogos 2010 bertamabah kepada 200,000 setiap hari.
 PERTUSASAN PENGGUNA MENGIKUT VERSI ANDROID
·        ANDROID 1.5 (Cupcake)          12%
·        ANDROID 1.6 (Donut)              17.5%
·        ANDROID 2.1 (Eclair)               41.7%
·        ANDROID 2.2 (Froyo)              28.7%

Thursday, October 13, 2011

GSM, GPRS, EDGE, UMTS, HSDPA/HSUPA, dan HSPA

EVOLUSI TEKNOLOGI KOMUNIKASI SELULAR

Apa itu GSM, GPRS, EDGE, UMTS, HSDPA/HSUPA, dan HSPA?  

Biasanya dalam spesifikasi alat (device) seperti telefon mudah alih, modem, dsb.  ada dinyatakan perkataan di atas. Secara umumnya  kesemua itu adalah teknologi komunikasi selular yang bersifat digital.  Digunakan dalam memindah dan menghantar suara dan data secara digital dalam dunia komunikasi selular seperti dimaklumi ramai dalam dunia internet.  Teknologi ini berkembang dan di ringkaskan seperti di jadual di bawah.

Keterangan
Singkatan
Kelajuan data
Catatan
1. Global System for Mobile
GSM
9.6–14.4 kbps
suara & data
2. General Packet Radio Service
GPRS
115-160 kbps
memindah data dalam bentuk paket spt. mail, data gambar (MMS), Wireless Application Protocol (WAP), dan World Wide Web (www).
2. Enhanced Data rates for GSM Evolution
EDGE
384-473.6 kbps

3. Universal Mobile Telecommunication System atau  Wideband Code-division Multiple Access
UMTS atau WCDMA
384 kbps -10Mbp
teknologi generasi ketiga (3G) untuk GSM.
kodifikasi suara (voice codec) - kualiti suara lebih baik dari sebelumnya
4. High Speed Downlink Packet Access atau High Speed Upload Packet Access
HSDPA atau HSUPA

Keduanya standard HSPA
HSDPA muat turun 7.2 Mbps-14.4 Mbps
Muatnaik 384 kbps
HSUPA Muatnaik 5.76 Mbps

Dua teknologi yang berbeza tetapi kedua-dua teknologi ini selalu satu paket, (di mana ada HSDPA di situ ada HSUPA) diguna pada handset, Notebook untuk mengakses data pada kelajuan tinggi
HSDPA memindah muat turun dari jaringan ke handset
HSUPA memindah muat naik dari handset ke jaringan
HSUPA tidak dikomersialkan dan gajetnya tidak dibuat.

5. High Speed Packet Access
HSPA
Gabungan dari HSDPA dan HSUPA
lebih laju daripada EDGE dan GPRS


Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki