Syarat Nikahku Suami Yang Warak
1). berpuasa
sepanjang tahun
2). khatam Al-Quran
setiap hari
3). beribadah
sepanjang malam setiap hari
Tak ada seorang
pun lelaki yang sanggup mematuhi ketiga-tiga syarat itu kecuali ada seseorang
jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya dia bernikahlah
gadis jelita itu dengan lelaki tersebut.
Saat bermula dari
perkahwinan mereka, sang isteri (gadis jelita) itu selalu memperhatikan amal
ibadah suaminya. "Eh...tak puasa pulak suami aku hari ni. Macamana nak puasa
setahun?" "Hmm..aku pun tak
nampak dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun suami aku bangun malam tadi. Dia tak solat malam
ke?" sang isteri mengomel sendirian.
Selepas hampir sebulan
akhirnya sang isteri tidak tahan dengan amal ibadah suaminya yang dikatakan
warak itu. Dia menganggap suaminya telah menipunya kerana telah gagal mematuhi
syarat yang tetapakan sebelum bernikah dahulu. Sang isteri pun pun mengadu dan
memohon cerai di mahkamah syariah atas alasan telah ‘ditipu oleh suaminya’.
Sang isteri
mengadu kepada hakim, "Semasa hendak nikah dulu suami saya bersetuju dengan
syarat-syarat yang saya tetapkan. Setelah kawin langsung suami saya tidak
tunaikan. Penipu!" Rungut sang
isteri kepada hakim.
Hakim pun bertanya
kepada sang suami itu, "ingat lagikah awak akan syarat-syarat sebelum
nikah yang isteri kamu tetapkan dahulu?"
Sang suami pantas
menjawab dengan nada lembut. "Ingat, yang arif. Puasa sepanjang
tahun, solat malam dan khatam Quran setiap hari."
"Habis tu
kamu tak buat pun?" Hakim bertanya lagi.
Sang suami selamba menjawab, "saya buat
yang arif tuan hakim."
Hakim menjerkah, "Isteri
awak kata awak tak buat. Macam mana ni?"
Sang suami tidak
mahu mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis ‘report
card’ nak bagi tahu saya buat apa hari
ni? Nanti riak pulak !!!"
Hakim tidak puas
hati, lantas mengajukan soalan, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak." Jawab sang suami.
Hakim terus potong
ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu
puasa sepanjang tahun?"
Derngan tenang
sang suami menjawab, tidakah rasulullah telah bersabda ; "Sekiranya seseorang
itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan diikuti dengan puasa sunat syawal 6
hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun”, Saya amalkan puasa
Ramadhan sebulan dan puasa 6 syawal setiap
tahun, jadi saya seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun."
Hakim itu
tersentak. "Habis tu macam mana pula kamu khatam Al-Quran setiap hari? Saya hendak baca 3 muka surat sehari pun susah
nak cari masa.”
Sang suami itu
terus menjawab, "saya baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap kali sebelum saya
tidur. Rasulullah bersabda; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas 3
kali maka seolah-olahnya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil tersenyum
lebar kepada hakim.
Hakim itu makin
tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Sang suami itu
sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.
Rasulullah bersabda ; “Barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh
maka seolah-olah dia telah beribadah sepanjang malam."
Sang suami terus
menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur
kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan yang dizahirkan
sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan
Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku
manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai
kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah
tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.”
Hakim mengangguk
seakan mengiyakan sang suami lalu memerintahkan sang isteri bangun. "Awak
sepatutnya merasa beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan
sahaja warak tetapi juga berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini
dibatalkan."
Sang suami
tersenyum puas.
* Nota : Tiga (3) amalan
ini bukan hanya khusus kepada lelaki sahaja, perempuan juga boleh mendapatkan fadhilatnya.
Marilah kita lakukan amal yang sedikit ini tetapi besar ganjaran dan fadhilat
yang Allah anugerahkan kepada umat Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment