UNSUR BABI DALAM PRODUK
MAKANAN & UBATAN
Sila Klik Foto Untuk Besarkan
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu
bahwa label label yang bertulis
”This product contain substance from porcine”.
Sebenarnya adalah bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi’.
Selain itu, antara label yang kerap
digunakan adalah
“The source of gelatin capsule is porcine”
Adalah bermaksud ‘Kapsul
dari gelatin babi’.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk
yang mengandungi unsur babi :
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk
daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk
keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog : Istilah untuk babi dewasa,
berat melebihi 50 kg.
4. Boar : Babi liar.
5. Lard : Lemak babi yang digunakan
bagi membuat minyak masak dan
sabun.
6. Bacon : Daging haiwan yang disalai,
termasuk babi.
7. Ham : Daging pada bahagian paha
babi.
8. Sow : Istilah untuk babi betina
dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk : Susu babi.
10.Pig : Istilah umum untuk seekor babi
atau sebenarnya bermaksud babi
muda, berat kurang daripada 50
kg.
11.Porcine : Istilah yang digunakan
untuk sesuatu yang berkaitan atau
berasal daripada babi.
Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
No comments:
Post a Comment