Monday, December 2, 2013

Air Halia Untuk Mengubat Penyakit

Resepi Air Halia Untuk Pelbagai Penyakit


KHASIAT AIR HALIA
Halia sejak turun temurun telah diketahui umum mempunyai banyak khasiat perubatan. Antaranya ianya seraing digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit seperti sakit, sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu kasiat halia dapat membantu penghadaman makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mampu mencegah rasa pening dan mual atau ‘motion sickness’ semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di tekak.

CARA PENGAMBILAN AIR HALIA

1.      Bacakan Al-Fatihah  - 1x
2.      Bacakan Selawat syifa - 3x
3.      Bacakan ayat assyifa dari surah Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )
4.      Minum segelas air halia 3 teguk, 3 teguk sampai habis. JANGAN bernafas dalam gelas.
5.      Bertawakkal pada Allah, In Shaa Allah sembuh.


CARA MENYEDIAKAN AIR HALIA

Resepi 1

Air Halia +  Gula Melaka/Merah + Madu

A. BAHAN-BAHANNYA :-
500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa

B. CARA MEMBUATNYA :
1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis.

2. Rebus di dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.

3. Matikan api dan biarkan air halia menjadi suam.

4. Tapis ke dalam bekas sesuai.

5. Tambah madu/gula secukup rasa.


Resepi 2

Air Halia Aroma Pandan

A. BAHAN-BAHANNYA :-
500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa
Daun Pandan 6”

B. CARA MEMBUATNYA :
1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis.

2. Rebus di dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.

3. Masukan daun pandan 6”-8“ yang dipintal kemudian matikan api.

4. Tutup periuk dan biarkan air halia menjadi suam.

5. Tapis ke dalam bekas sesuai.

6. Tambah madu/gula secukup rasa


Resepi 3

Air Halia Aroma kayu manis (Cinnanom)

A. BAHAN-BAHANNYA :-
500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa
1” Kayu manis / Serbuk kayu manis

B. CARA MEMBUATNYA :
1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis.

2. Rebus di dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.

3. Masukan kayu manis 1” / tabur sedikit serbuk kayu manis. Matikan api dan biarkan air halia menjadi suam.

4. Tapis ke dalam bekas sesuai.

5. Tambah madu/gula secukup rasa.


Resepi 4

Air Halia + Kunyit

A. BAHAN-BAHANNYA :-
500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa
Kunyit hidup

B. CARA MEMBUATNYA :
1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis. Potongkan 1-3 Hirisan kunyit hidup bersaiz duit siling 10 sen.

2. Rebus di dalam periuk bersama air dan kunyit, gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.

3. Matikan api dan biarkan air halia menjadi suam.

4. Tapis ke dalam bekas sesuai.

5. Tambah madu/gula secukup rasa.


Resepi 5

Air Halia + Cengkih

A. BAHAN-BAHANNYA :-
500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa
4-5 biji cengkih

B. CARA MEMBUATNYA :
1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis.

2. Rebus di dalam periuk bersama air dan cengkih, gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.

3. Matikan api dan biarkan air halia menjadi suam.

4. Tapis ke dalam bekas sesuai.

5. Tambah madu/gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment