Friday, June 28, 2013

Hadis-Hadis Sahih Fadhilat/Kelebihan Ramadhan

Hadis-Hadis Sahih Fadhilat/Kelebihan Ramadhan



Hadis 1

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu   (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)


Hadis 2

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”  (Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)


Hadis 3

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Zat yang jiwaKu berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi”  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)


Hadis 4

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)


Hadis 5

Abu Umamah r.a berkata:

“AKu bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan daKu satu amalan yang membolehkan daKu memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”   (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)


Hadis 6

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya”   (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)


Hadis 7

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya”   (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Hadis 8

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)."   (Diriwayatkan Tirmizi dan Nasa'i)


Hadis 9

Dari 'Uqail dari Ibnu Syihab, katanya : "Aku telah diberitahu oleh ibnu Abi Anas ketua dari kabilah Taimi mengatakan bahawasanya ayahnya memberitahukan kepadanya bahawa Abu Hurairah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam, dan dirantai semua syaitan."  (Diriwayatkan Bukhari)


Hadis 10

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup  padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat  jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan"   (Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti )


Hadis 11

Daripada Ibn `Abbas RA katanya:

"Adalah Nabi SAW manusia yang paling  pemurah dengan kebaikan, dan  Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang  bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat)".   (Diriwayatkan Bukhari)


Hadis 12

Daripada Abu Hurairah RA katanya:


"Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya"   (Diriwayatkan Bukhari)

Monday, June 24, 2013

HUKUM BERPUASA SELEPAS SETENGAH (15Haribulan) SYA'BAN

HUKUM BERPUASA SELEPAS SETENGAH SYA'BAN


Apakah boleh berpuasa setelah 15 Sya'ban? Iaitu bermula daripada 16 Sya'ban dan seterusnya.

Sila ikuti penjelasan lanjut daripada Dr Basit Abdul Rahman daripada video di bawah.


Semoga bermanfaat.




Sunday, June 16, 2013

10 Perkara Penyebab Anda Cepat Tua Sebelum Waktunya

10 Perkara Penyebab Anda Cepat Tua
 Sebelum Waktunya

1. Menonton TV
Kita semua tahu bahwa duduk berjam-jam di depan TV tidaklah baik untuk pinggang. Tetapi Anda mungkin tidak tahu bahwa hal itu juga memendek hidup Anda. Pengkaji dari University of Queensland menemui, setiap jam yang dihabiskan di depan TV mengurangi umur Anda 22 minit. Kajian lanjut juga menemui bahwa menonton TV boleh menambah risiko terkena penyakit Alzheimer.

2. Minum dari botol dengan penyedut (straw)
Anda mungkin tahu, apa yang diminum mempengaruhi penampilan anda, tapi Anda mungkin terkejut bahwa minuman boleh mempengaruhi umur Anda. Kenyataannya minum dengan penyedut (straw) dan langsung dari botol menyebabkan mulut mengerut — dan oleh karena itu akan menimbulkan kedutan yang sama di sekitar mulut (sama seperti merokok). Minumlah  terus dari gelas sperti biasa untuk menghindari kedutan pada mulut.

3. Terlalu sedikit (atau banyak) berbersukan
Kurang bersukan tidak hanya memendekkan umur, tapi juga menambah risiko kegemukan dan sakit jantung. Bersukan juga mencegah penyakit Alzheimer, membuat perasaan baik sehingga merasa cergas dan bertenaga. Bersukan juga meningkatkan peredaran darah ke kulit dan membuat anda tetap bercahaya dan kelihatan muda. Sebaliknya, jika terlalu banyak bersukan membuat sendi kaku dan menambah risiko radang sendi.

4. Pemanas/pendingin hawa
Kita menghabiskan wang untuk membeli produk anti-penuaan, sebaliknya penyebab kulit cepat tua tanpa disedari. Pemanas dan pendingin hawa berpusat yang banyak digunakan boleh membuat kulit kering dengan cepat — menyebabkan penuaan awal dan kedutan. Cuba rendahkah suhu pemanas/pendigin hawa, gunakan pakaian pelapis agar lebih hangat. Menyimpan segelas air dalam ruangan juga boleh membantu menambah kelembapan udara, dan memakai krim wajah untuk mencegah kekeringan.

5. Gula
Pengambilan gula terlalu banyak adalah tidak baik untuk lingkaran pinggang kita, namun ternyata gula ada di tahap yang sama dengan rokok dan matahari jika dikaitkan punca penyebab kedutan pada kulit. Ketika tahap gula darah tinggi, proses yang disebut glikasi merosakan kolagen dalam kulit. Sebaik rosak kolagen yang lembut berubah menjadi keras, yang berujung pada kedutan kulit.

6. Mendengar iPod
Kehilangan pendengaran adalah gejala umum penuaan, tapi sebagian dari kita kehilangan pendengaran kerana mendengarkan musik yang telalu keras melalui headphone. Walaupun mendengar musik dengan volume sederhana tidak menimbulkan kerasakan yang serius, satu kajian menunjukkan bahwa mendengar musik boleh memengaruhi pendengaran untuk sementara waktu, sementara sebagian pengkaji lain mengatakan mendengar musik yang terlalu keras boleh menyebabkan kerosakan pendengaran kekal.

7. Pekerjaan Anda
Walaupun mempunyai pekerjaan adalah keharusan bagi sebagian dari kita, ini juga salah satu penyebab penuaan dini. Pertama, pekerjaan adalah sumber stres bagi banyak orang, yang dapat menyebabkan serangan jantung dan pemercepat penuaan sel. Kedua, menghabiskan terlalu banyak waktu di tempat kerja membuat Anda punya sedikit waktu untuk latihan, makan makanan sehat dan tidur. Untuk mengurangi risiko, hindari waktu kerja yang terlalu panjang dan manfaatkan waktu malam dan akhir pekan Anda untuk bersantai.

8. Sabun
Anda mungkin berfikir sabun adalah bahan terbaik untuk kulit, ini tidak benar. Alasannya adalah kulit mempunyai lapisan berasid yang merupakan pelindung semulajadi. Ketika membersihkan kulit dengan sabun — yang umumnya mengandung alkali — akan membuang lapisan pelindung yang mengandung minyak tersebut akan mengeringkan kulit, yang menyebabkan kulit berkedut. Cubalah sabun dengan PH-neutral dan sabun tanpa bahan kimia, dan perlu diingat, jangan berlebihan membersihkan kulit.

9. Sarung bantal
Anda mungkin berfikir untuk memanjakan kecantikan ketika tidur di malam hari, perkara ini boleh jadi tidak benar. Jika Anda sering tidur dengan salah satu sisi wajah yang sama, ini boleh menyebakan penambahan garis wajah dan kedutan. Untuk tetap kelihatan muda, cubalah tidur telentang, atau mengganti sarung bantal dengan sutra atau satin untuk mengurangi tekanan pada wajah dan menjaga kelembapan kulit wajah.

10. Diet rendah lemak
Banyak dari kita beralih ke diet rendah lemak untuk mengurangi berat badan. Tetapi mengurangi makan seperti lemak sehat Omega-3 boleh mengkesankan negatif dan membuat anda cepat tua. Omega-3 terdapat dalam minyak ikan, kacang kenari, dan biji-bijian, tidak hanya penting untuk menjaga kulit kekal lembut dan bebas kedutan, tapi juga penting untuk kesehatan otak dan membuat jantung dalam keadaan sihat dan juga memanjang umur.