Thursday, February 18, 2016

BERBEKAM ADALAH SUNNAH

APA ITU BEKAM ?
Bekam (hijamah) adalah suatu teknik perubatan mengeluarkan darah statis (kental) bertoksin (racun) atau cemar dari dalam tubuh melalui permukaan kulit dengan cara melakukan pemvakuman di pemukaan kulit dan mengeluarkan darah darinya menggunakan peralatan bekam.

MENGAPA PERLU BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor menjadi statis (kental) sebahagiannya akan berkumpul di lapisan bawah kulit dan sebahagiannya dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Darah kotor statis (kental) mesti dikeluarkan melalui apa cara malangnya ubatan hospital tidak dapat bertindak sedemikian. Kaedah yang murah, mudah dan selamat untuk menyingkirkan sel darah yang rosak yang terkumpul dalam tubuh adalah dengan cara berbekam (hijamah).


BERBEKAM ADALAH SUNNAH

Dari Malih bin ‘Abdullah Al-Khothmi, dari ayahnya yang berkata, Rasulullah SAW bersabda ; “Lima hal termasuk sunnah para Rasul yaitu, malu, pemaaf, bekam, siwak, dan memakai wewangian”.  (HR Thabrani dan Ibnu Jarir)

HADIS-HADIS TENTANG BERBEKAM

“Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan Kay (pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay” (HR Bukhari)

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” (HR Ibnu Majah)

“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis sahih)

  Rasulullah saw. bersabda, “Pengubatan yang paling sesuai yang dilakukan manusia adalah Al-hijamah (Bekam).” (HR Muslim)

“Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya” (HR Malik)

“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (HR At Thabrani)

NABI BERBEKAM KERANA DIRACUN


Dari Ka`ab bin Malik bahawa ada seorang perempuan Yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda bertanya "apakah ini?" Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu."apakah kamu telah meracuni kambing ini? Wanita itu menjawab "ya", baginda bertanya "mengapa?" Wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam manakala sebahagian sahabat pula ada yang meninggal dunia.

PENGAMAL BEKAM (JURUBEKAM)

Pandangan Imam Al-Ghazali yang dinuklilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimin Mu’ashir oleh DR. Yusuf Qardhawi pada halaman 235-236 : “Bekam itu Fardhu Kifayah”

Bekam adalah termasuk Fardhu Khifayah. Jika disebuah wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain.

“Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan….” (Hadis Hasan Gharib)

WAKTU DAN HARI TERBAIK BERBEKAM
Ianya bergantung keadaan seseorang tersebut atau ;

(1). 13,15,17,19 atau 21 Hijriah pada setiap bulan
      kerana pada masa itu darah kotor berkumpul
      maksimum dalam badan.
(2). Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat
      nabi melakukan sedemikian.
(3). Berbekam pada sebelah pagi sebelum makan.

Sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW, idealnya sebulan sekali terutama pada 17, 19 atau 21 Hijriah.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” ( Abu Dawud)
Ibnu Sina dalam kitabnya “Al-Qununfii Thibb” menerangkan waktu yang paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari. Iaitu antara jam 2-3 petang karena waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah yang mengandung toksin (racun) sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Hari-hari yang dianjurkan berbekam pula adalah pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.

Bagaimanapun Imam As-Suyuti berpendapat berbekam boleh di lakukan pada sebarang masa seperti katanya “Apabila ada orang datang meminta pertolongan dari engkau maka wajib ditolong ketika itu”

MANFAAT BEKAM

 1) Membantu dalam rawatan sihir, saka dan dari
     gangguan jin dengan berbekam dikawasan kepala
     (ubun-ubun & tengkuk)
 2) Menjaga kesehatan tubuh
 3) Menghilangkan letih dan lesu
 4) Meningkatkan daya tahan tubuh
 5) Membuang angin dalam badan,
 6) Membuang darah cemar yang mengandungi toksin
     (racun)
 7) Membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti
     saraf tulang belakang
 8) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
 9) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman
     pada otot.
10)Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman
     di bahagian kepala dan wajah dan sakit gigi.
11)Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya
     menstruasi bagi wanita.
12)Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
13)Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan
     banyak tidur.
14)Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan
     gatal-gatal kulit.
15)Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang
    selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang
     parah.
16)Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
17)Merawat penyakit ; sakit bahu, alahan (alergi),
     perut kembung, kesemutan, kencing manis, gout,
     kolesterol, masalah Jantung, migrain, ketegangan
     darah tinggi, stroke, sakit pinggang, ginjal, dll.


ORANG YANG DILARANG BEKAM DARAH

  1) Orang tua yang terlalu uzur
  2) Kulit yang luka atau infeksi (Pesakit kulit yang
      serius)
  3) Selepas makan berat dan orang tersangat lapar
  4) Wanita hamil 3 bulan pertama
  5) Wanita yang baru lepas bersalin
  6) Orang yang sangat lapar
  7) Orang yang gementar
  8) Lemah hati
  9) Radang usus
10) Orang kanser darah
11) Sering keguguran
12) Orang yang Hemodialisis
13) Orang yang mengalami kelainan injap jantung
14) Orang yang kedinginan
15) Orang yang kerasukan
16) Orang baru derma darah
17) Orang yang baru muntah.
18) Pesakit darah rendah yang serius
19) Orang selesai melakukan aktiviti berat termasuk
      Jimak
20) Orang keletihan

SARANAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM

1. Tidak makan berat 2-3 jam sebelum bekam
2. Tidak terus makan berat 1-2 jam selepas bekam
3. Tidak terus mandi melainkan selepas 2-3 jam
4. Jangan melakukan jimak 2 kali dalam masa 2 hari
    selepas berbekam agar badan benar-benar baik
    dan sehat.
5. Sebaiknya tidak tidur melainkan selepas 2-3 jam


REAKSI PIGMEN KULIT BEKAS BEKAM

1) UNGU yang kelihatan gelap atau hitam, secara umum, ini menunjukkan keadaan kekurangan bekalan darah dan saluran darah tidak lancar yang disertai dengan kehadiran darah statis (darah kental).
2) UNGU disertai sisik (plaque), umumnya menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah statis (darah beku).

3) BINTIK UNGU bertaburan dengan tahap warna yang berbeza (ada ungu gelap dan muda). Ini menunjukkan ketidaknormalan "Qi" (energi organ) dan darah stasis.

4) MERAH CERAH - biasanya ini menunjukkan terjadinya kekurangan “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah atau rasa panas berlebihan disebabkan oleh kekurangan "Yin".

5) MERAH GELAP - menunjukkan keadaan lemak dalam darah yang tinggi disertai dengan adanya patogen panas.

6) PUCAT/PUTIH dan panas apabila disentuh, ini menunjukkan kekurangan hawa sejuk dan kehadiran gas patogen (unsur luaran penyebab penyakit).

7) GARIS-GARIS PECAH/RUAM –pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, ia menunjukkan kehadiran patogen lembab dan gangguan gas patogen.

8) MUNCUL WAP AIR pada dinding gelas (cup) bekam, menunjukkan ujudnya  gas patogen di kawasan itu.

9) LEPUHAN (blister) pada bekas bekam, menandakan keadaan gangguan gas yang berlebihan pada tubuh. Adanya darah tipis pada lepuhan merupakan reaksi gas panas toksin.


Wednesday, February 17, 2016

PIL P'TAR LUBAN - Pemakanan Sunnah

P'TAR  LUBAN
PEMAKANAN BERASASKAN SUNNAH


INFO P'TAR LUBAN

Produk P-TAR™ telah diformulasikan oleh Al - Fadhil Ustaz Azhar Bin Ramli.

Coklat Tablet P-TAR Luban  merupakan makanan sunnah penawar minda dan saraf yang HEBAT ! Khusus digunakan  untuk meningkatkan kecerdasan MINDA , daya fikir yang terbaik dan mengembalikan kesihatan (saraf) . Ianya diformulasi berasaskan ramuan LUBAN PLUS makanan sunnah dan herba-herba terpilih khusus untuk MINDA dan SARAF. Diadaptasi daripada kitab-kitab perubatan Islam yang muktabar.

Ramuan Coklat Tablet P’tar Luban diperkayakan dengan  khasiat makanan sunnah seperti :

* LUBAN              * KURMA            * KISMIS              * MADU

P’tar luban terapi minda dihasilkan berasaskan luban,sejenis herba sunnah yang mempunyai nilai khasiat yang tinggi dan luar biasa untuk kesihatan badan. P’tar terbukti berkesan mampu merawat seluruh fungsi minda dan saraf seperti mengatasi masalah daya ingatan, pelupa (masalah memori), kurang tumpuan dalam pembelajaran, tidak minat belajar, cepat bosan, sukar menghafaz subjek-subjek fakta, mengatasi anak-anak degil, stress, kemurungan, hiperaktif, depression, migraine tahap kronik, sawan tarik, pelat atau telor, gagap, lambat bertutur pada usia normal, segugut, orang dalam pantang dan makanan terbaik  untuk ibu mengandung dan banyak lagi.

KHASIAT P'TAR LUBAN
* Mengembalikan daya tumpuan anak-anak.
* Meningkatkan kecerdasan dan ketajaman minda.
* Memupuk dan menyuburkan minat anak-anak menghafal  dalam subjek-subjek fakta.
* Menghilangkan stress dengan cepat dan memberi ketenangan.
* Menambahkan keyakinan diri
* Mampu menyebut huruf jawi/arab dengan jelas
* Merawat masalah anak-anak hyper active
* Mengatasi masalah malas belajar , tidak dengar kata.
* P’tar Luban juga mampu MERAWAT SARAF !!!
* Merawat masalah PELAT/TELOR/ Pertuturan kurang jelas .
* Merawat masalah GAGAP
* Merawat masalah pra nyanyuk
* Melegakan MIGRAIN tahap kronik, Sakit kepala .
* Merawat SAWAN tarik
* Merawat radang sendi (athritis) dan rheumatism
* Membantu keseimbangan hormon wanita.
* Membantu masalah pusingan haid tak teratur
* Mengurangkan sengugut.
* Melegakan angin dalam perut/senak
* Mengeluarkan/mengeringkan kahak, melegakan batuk dan selsema
* Membaikpulih saraf dan menguatkan daya tahan badan yang tinggi.
* Mengelakkan keletihan.
* Membantu pelawasan sistem perkumuhan.
* Merawat sakit badan, luka2 dan keletihan bagi ibu-ibu dalam pantang.
* TERBAIK untuk ibu-ibu yang mengandung , mengelakkan keletihan dan dapat menguatkan       
    keadaan fizikal dan minda anak dalam kandungan.
* Merawat kulit, agen penuaan dan mengurangkan kulit berminyak


MANFAAT UNTUK IBU MENGANDUNG DAN DALAM PANTANG
Manfaat buat si ibu :
1. Dapat mengelakkan keletihan dan cepat rasa bosan bagi ibu yang mengandung.
2. Mengembalikan tahap kecergasan badan dengan cepat.
3. Menghilangkan stress ibu mengandung.
4. Mengstabilkan tahap emosi si ibu.

Manfaat untuk BAYI dalam kandungan?
1. Cara yang terbaik sebagai persediaan awal yang diajar oleh Nabi (berdasarkan Hadis dalam kitab       Imam Sayuti untuk menjana kuasa minda anak dengan cara berkesan.
2. Membantu menguatkan fizikal bayi selepas bersalin, telah diakui oleh beberapa org testimoni             kami.

  TESTIMONI  






  * Tablet P’tar Luban *  
mudah dimakan, mudah dibawa dan cepat berkesan.


CARA PENGAMBILAN YANG DISARANKAN

A). BAYI
- Bayi 6 bulan ke atas sudah boleh di berikan 1/2 tablet pg dan malam. Hancur dan
   campurkan dgn sedikit air.

B). KANAK-KANAK
- Tiada masalah kesihatan (bermula umur 1 thn ke atas) : 1 biji pagi dan 1 biji malam
-Ada masalah : 2 biji pagi dan 2 biji malam

C).DEWASA
- Tiada masalah kesihatan : 2 biji pagi dan 2 biji mlm
- Ada masalah : 3 atau 4 biji pagi dan malam

☆☆ Waktu pengambilan yang di sarankan ialah pagi sebelum mkn dan malam sebelum tidur. Jika tidak boleh tidak mengapa, boleh ambil pada bila-bila masa yg sesuai .
☆☆ Disarankan kunyah tablet, kemam/hisap sehingga hancur, ini kerana kita menggunakan rawatan saraf lidah yang lebih cepat tindak balas dan berkesan.
☆☆ Boleh di campurkan dalam minuman dan makanan.

Pembelian Ptar Luban ini boleh dilakukan melalui
 SMS/Whatsapp :  011-2665 7805 (AMIR).

Kandungan : 60 tablet kunyah

Harga : 
Semenanjung = RM50.00 + Pos Laju
Sabah / Sarawak = RM60.00 Pos Laju

  PEMBELIAN ONLINE  
SILA KLIK
IMEJ DI BAWAH UNTUK CARA PEMBELIAN

--------------------------------------------------------------------------
  Ingin Dapatkan Luban Asli?  
SILA KLIK
IMEJ DI BAWAH UNTUK INFO DAN BELI
LUBAN ASLI
AL-LUBAAN STOK ADA

SAHARA LUBAN STOK HABIS
------------------------------------------------------------------------------
  Ingin Dapatkan KOPI Luban?  
SILA KLIK
IMEJ DI BAWAH UNTUK INFO DAN BELI
KOPI LUBAN Semestinya Kopi Pak Belalang
 

Tuesday, February 16, 2016

LUBAN atau LIBANAH

LUBAN Atau LIBANAH
Pemakanan Sunnah


ADA STOK   

 
TIADA STOK

APA ITU LUBAN?

Luban merupakan makanan herba warisan sunnah yang agak kurang diketengahkan pada masa kini. Namun rahsia kehebatan luban yang luar biasa masih terpahat kukuh dalam lembaran kitab-kitab thurah atau dipanggil kitab tua atau lebih mesra dipanggil kitab kuning.

 

Luban merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya.luban juga disebut sebagai Frankincense dan diperkenalkan di Eropah oleh tentera Perang Salib dari Perancis.

 

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan.Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” allub├ín. Ini juga merujuk kepada   warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.

Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di  kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.

Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini

SEJARAH

Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d. Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.

Menurut buku perubatan moden “The Pharmaceutical Journal” Dr. John Boswell bertanggungjawab membuat kajian secara saintifik mengenai penggunaan luban mengikut kaedah perubatan moden. Oleh itu, Luban di namakan sebagai Pokok Boswellia bagi mengingati jasa beliau.

Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew).

Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.

KEISTIMEWAAN LUBAN

MAKANAN ANJURAN  NABI :

Berkongsi keberkatan makanan dan Amalan  sunnah yg ditinggalkan...Setiap amalan sunnah sebenarnya tersirat rahsia keberkatan yang luar biasa dalam kehidupan manusia samada manusia cuba menyingkapnya atau tidak. Samada amalan berbentuk syariat  ataupun amalan pemakanan. Setiap amalan yag disyorkan oleh nabi kita sebenarnya mempunyai hikmah atau rahsia yang besar disebalik suruhan baginda Muhammad s.a.w. utk dilaksanakan. Sebagai buktinya kami rasa bertanggujawab untuk berkongsi rahsia kehebatan luban,salah satu makanan sunnah yang kian terpinggir. Kehebatan khasiatnya telah disingkap oleh junjungan besar Nabi kita lebih 1400 tahun yang lampau dalam hadis-hadisnya yg terkandung dalam kitab-kitab perubatan Islam. 

Luban merupakan makanan As-sunnah yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Radhiallahu ajmain serta Imam As-Syafi’in dan ulama’-ulama’ agung selepasnya. Hal ini berdasarkan pesanan dan saranan Nabi kepada umat Islam agar menjadikan luban sebagai makanan untuk mencerdaskan minda dan menguatkan ingatan anak-anak bermula di dalam kandungan lagi.

Rasulullah SAW bersabda:

“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.” - Kitab Thibbun Nabawi.

Imam Ali Ridha (sa) berkata:

“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil.Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani.Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya.” - Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai perempuan–perempuan mengandung, perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN." Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti.

Banyak riwayat dari Ibnu Abbas,Anas(r.anhuma) dan Saidina Ali(k.w) maksudnya :

 “Di riwayaktkan  daripada SaidinaAli(k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang      masalah penyakit lupa. Lalu Saidina Ali(k.w.) menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban  dapat menguatkan hati  serta  menghilangkan masalah kelupaan”.

Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lendir balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sIstem pernafasan.

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.

Maka tidak rugi jika kita mengambil langkah awal untuk penjagaan minda, fizikal, rohani anak-anak kita sejak dari dalam kandungan , sehingga mereka lahir dan membesar dengan pengambilan makanan sunnah yang tiada tandingan dan penuh barokahnya.

KHASIAT LUBAN

Antara khasiat luban yg disebut oleh ulama' adalah:
 1. Merawat penyakit lupa dan mengelakkan penyakit nyayuk.
 2. Menguatkan penglihatan.
 3. Membantu melawaskan sistem penghadaman.
 4. Menghilangkan masalah kahak.
 5. Mengeluarkan angin dalam badan.
 6. Melawaskan pembuangan air kecil.
 7. Mengelakkan masalah silsil bul ( kencing tak lawas ).
 8. Merawat saraf lidah utk membantu meringankan masalah pertuturan dan mudah berkomunikasi.
 9. Memberi ketenangan (menghilangkan stress)
10.Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
11.Menambahkan keyakinan diri
12.Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan

Kini para ilmuwan telah mengamati bahwa ada kandungan dalam kemenyan yang menghentikan penyebaran kanker. Belum diketahui secara pasti kemungkinan kemenyan sebagai anti cancer.

Luban juga disyorkan sebagai obat untuk tumor, bisul, muntah, disentri dan demam. Dalam perubatan tradisional Cina, kemenyan  digunakan untuk mengubati masalah kulit  dan pencernaan.  Sedangkan di India, kemenyan digunakan untuk mengubati arthritis( lutut kurang lendir ). Khasiat kemenyan sebagai ubat arthritis tersebut mendapat dukungan dari penelitian makmal di Amerika.

CARA PENGAMBILAN/MAKAN LUBAN :

Bau dari getah tersebut dibuat minyak yang mudah meruap yang menyebarkan bau harum yang kuat bila dibakar. Luban bingga saat ini masih dipakai untuk upacara keagamaan. Minyak luban di Eropah abad pertengahan dipakai sebagai ubat untuk membersihkan luka-luka.

CARA 1:
Hanya perlu mengunyah seperti gula-gula getah dan ambil 3 biji setiap kali makan. Boleh dimakan bila-bila masa dan amat sesuai untuk pelajar. Rasanya pahit dan pahit itulah menghilangkan lendir balagham itu.

CARA 2:
Dianjurkan makan sebelum tidur – untuk kanak-kanak dan remaja.
Pagi dan juga malam bagi orang dewasa,orang tua dan yang mengalami masalah kronik.Di letakkannya di atas lidah, Isap seperti gula-gula.
Ditumbuk menjadi serbuk dan secubit serbuk diletakkan di atas lidah bagi kanak-kanak yang masih kecil.(2 tahun ke bawah) juga boleh divariasikan iaitu boleh dicampur dengan aIr suam, susu, teh, milo, kopi dan sebagainya.

CARA 3:
Kaedah pengambilan kemenyan putih (luban) menurut petua daripada Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustaffa Kutan dalam Laqzah al-‘Ujlan.
1. Rendam kemenyan putih (luban) di dalamair pada waktu malam.
2. Keesokannya sebelum sarapan pagi campurkan kemenyan putih (luban) dengan gula pasir dengan       nisbah 1:2
3. Makan sebanyak 1 camca besar pada waktu awal pagi sebelum sarapan.
4. Untuk menambahkan mujarab dibacakan ayat 27-28 surah Luqman pada 2 grams kemenyan putih       (luban) itu dan dicampur dengan madu lebah serta dimakan setiap hari.

CARA 4:
Ibnu Abbas, seorang penghafaz dan ahli Qur’an berkata: “ Memakan satu misqal (bersamaan 4.2 gram) gula bersama 1 misqal kemenyan putih selama 7 hari berturut-turut dapat membetulkan pembuangan air kecil dan mengubati kelupaan”


PEMBELIAN ONLINE
LUBAN / LIBANAH ASLI
* SAHARA LUBAN STOK HABIS

** AL-LUBAAN ADA STOK **
LUBAN ASLI (100% Original)
Berat per botol :  +/- 150 Gram

HARGA : RM30 /Botol
Termasuk Pos Laju (Semenanjung)
HARGA : RM35 /Botol
Termasuk Pos Laju (Sabah/Sarawak)

UNTUK PEMBELIAN ONLINE
  * SILA KLIK SINI  * 

--------------------------------------------------------------
Inginkan Ptar Luban Dalam Bentuk Pil
Ptar Luban Tidak Pahit Berbanding Luban Asli, Sesuai Untuk Semua 
Peringkat Umur Kanak-Kanak Dan Dewasa Yang Tak Tahan Rasa Pahit.
Untuk Info Dan Beli Produk
Sila Klik Imej Di Bawah


-----------------------------------------------------------------------
Ingin Dapatkan Kopi Luban?
Sila Klik Imej Di Bawah
Untuk Info Dan Beli Produk

Monday, February 1, 2016

DURIAN BELANDA PENAWAR KANSER

DURIAN BELANDA BUAH ANTI KANSER
DAPATKAN DALAM BENTUK JUS

PL JUS PLUS DURIAN BELANDA


-----------------------------------------------------

 * UNTUK INFO LANJUT PRODUK * 
-----------------------------------------------------

Klik 'IKON' Di Bawah Untuk Pembelian


NAK ORDER PRODUK HOT LAIN
Sila Klik Iklan Di Bawah