Thursday, August 18, 2016

KOPI LUBAN Semestinya Kopi Pak Belalang

KOPI LUBAN
Semestinya Kopi Pak Belalang™

Kopi Pak Belalang™ bukan saja enak dan lazat rasanya tetapi ia lebih dari itu, gabungan Habbatus sauda, Madu, Luban, Maqui berry, Acai berry dan extract kopi Arabica membuka dimensi baru kepada penjagaan kesihatan anda tanpa membelakangkan pemakanan islam yang mutahir.

Seimbasakan, cara penghasilan serta standard atau piawai dalam penghasilan Kopi Pak Belalang™. HACCP, GMP,  Halal dan MESTI adalah piawaian yang dipatuhi dalam semua aspek penghasilan Kopi Pak belalang™ Bermula dari pemilihan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, kawalan kualiti, penstoran hingga ke penghantaran. Pematuhan kawalan kualiti yang ketat memastikan the essence of goodness dapat diberikan dalam setiap cawan Kopi Pak belalang™

 
Semenanjung RM28 Sekotak
Sabah/Sarawak RM33 Sekotak
*Harga Termasuk Pos Laju
1 Kotak +/- 600Gram (30g @ 20 Peket)

UNTUK PEMBELIAN ONLINE

OFFER
UNTUK HARGA PROMOSI 3 KOTAK
Sila Lihat Iklan Di Bawah Artikel Ini.

KANDUNGAN Kopi Pak belalang™ adalah sintesis dari 5 bahan utama iaitu :
Madu Lebah, Luban, Maqui Berry, Habbatus sauda, Acai Berry dan Kopi Arabica.

Bahan-bahan ini mempunyai khasiat yang tinggi dari segi pemakanan dan perubatan. Kebaikan bahan-bahan ini dipadatkan dalam bentuk yang mudah diambil dan enak iaitu dalam Kopi Pak belalang™

Madu lebah
Menurut kajian sains, madu mengandungi nilai  ntimicrobial, Antioxidants, Enzymes dan Pro-Biotic. Selain itu,madu lebah mengandungi unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:Kalsium (Ca),Phosphor (P), Natrium (Na),Thiamin,Niacin, Riboflavin Potassium Iron dan Zink.
Khasiat Madu lebah;
1. Menambahkan stamina dan membekalkan tenaga boleh dijadikan sebagai sumber tenaga

2.     Meningkatkan metabolisme tubuh

3. Mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang Memusnahkan sel

4.     Melancarkan peredaran darah

5.     Melancarkan sistem pencernaan

6.     Meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin

7.     Digunakan sebagai mengubati luka-luka

8.     Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus.


Luban
Luban yang berkualiti tinggi berwarna cerah, legap dan kelihatan bersih.Luban boleh dimakan (dikunyah hingga larut) atau dimasukkan ke dalam air yang panas dan diminum. Info lanjut tentang luban/libanah dan khasiatnya sila klik

Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W. :
1.     Meningkatkan kecerdasan Minda

2.     Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk

3.     Meningkatkan ketajaman daya ingatan

4.     Memberi ketenangan (menghilangkan stress)

5.     Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.

6.     Menambahkan keyakinan diri

7.     Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan..

8.  Berdasarkan tindak balas juga dapat merawat dan melegakan penyakit sakit saraf , urat, dan sengal2 badan bagi ibu selepas bersalin,mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung baik untuk ibu mengandung

9.    Pertuturan kurang jelas

10.Pra nyanyuk

11.Migrain

12.Sakit kepala dan masalah angin

13.Tekanan yang melampau

14.Keletihan

15.Masalah pelajar malas belajar

16.Mengatasi masalah anak-anak degil

17.Lawas sistem perkumuhan


Maqui Berry
Maqui adalah sejenis makanan Superfood. Antioksidan dalam maqui adalah bahan yang meneutralkan radikal bebas, sebatian-sebatian yang dihasilkan oleh metabolisme dan pendedahan kepada toksin dan sinaran yang membahayakan. Tahap aktiviti anti-oksida dalam makanan atau supplement dapat diukur dengan ORACnya. Semakin tinggi nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity), semakin kuatlah aktiviti anti-oksidanya. Maqui mengandungi ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) yang paling tinggi berbanding semua jenis superfood.
Kebaikan Maqui Berry :
1.Menurunkan berat badan.

2.Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.

3.Menyokong kesihatan penuaan.

4.Meneutralkan radikal bebas.

5.Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.

6.Menambahkan paras tenaga.

7.Aktiviti anti-radang.

8.Melindungi LDL daripada pengoksidaan.

9.Menguatkan tulang dan sendi.

10.Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.


Habatus Sauda
Khasiat dan nilai perubatan Habbatus sauda:

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”. Ia dapat melawan lelah.

3. Selsema
Meningkatkan fungsi kekebalan badan( antibody)  dan dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Habbatus sauda  terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk  alergi habuk,debu, jerawat dan neurodermitis ( penyakit kulit)

6. Sistem Hempedu (Bile)
Membantu pembuangan  hempedu dari pudi hempedu, mengelakkan berlakunya penyakit pada pundi hempedu

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Habbatus sauda dapat meningkatkan penghasilan susu bagi ibu menyusu.

8. Sistem keimunan
Ia meningkatkan sistem keimunan supaya dapat membunuh bakteria dan virus supaya dapat melindungi tubuh daripada dijangkiti penyakit.

9. Barah
Habbatus sauda kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser. Ekstrak habbatus sauda  memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti dalam rawatan Chemotherapi dan penyinaran”.


Acai Berry
Acai Berry  satu lagi "MAKANAN SUPER"yang menepati khasiat Kopi Pak belalang™. Makanan super bermaksud salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Acai berry kaya dengan nutrien: Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera), Asid amino, Elektrolit, Antioksidan, Vitamin A, B1 dan E. Acai 
Khasiat Acai Berry membantu: 
1.     Mengurangkan berat badan.

2.     Membantu dengan disfungsi seksual.

3.     Merawat insomnia.

4.     Membantu dalam melawan sel-sel kanser.

5.     Membantu mengurangkan komplikasi Diabetes.


Kopi Arabica
Khasiat Kopi Arabica membantu :
1.     Meningkatkan tahap tenaga, kewaspadaan, masa tindakbalas, fungsi kognitif am dan kebijaksanaan

2.     Boleh bantu membakar lemak

3.     Meningkatkan prestasi fizikal

4.    Mempunyai nutrien penting (Riboflavin- Vitamin B2, Pantothenic asid-Vitamin B5, Manganese, Potassium, Magnesiumand Niacin)

5.     Mengurangkan risiko diabetes jenis ll

6.     Mengurangkan risiko penyakit parkinson

7.     Melawan kemurungan dan membuat anda ceria

8.     Mengurangkan risiko angin ahmar.


UNTUK PEMBELIAN ONLINE

--------------------------------------------------------------------------
Ingin Dapatkan Luban/Libanah Asli ?
Sila KLIK Imej Di Bawah
---------------------------------------------------------
Ingin Dapatkan PIL Luban  ?
Sila KLIK Imej Di Bawah

Monday, July 4, 2016

Salam Hari Raya 1437Hijrah

Selamat Hari Raya 1437Hijrah

Kepada Semu Pengunjung Blog Ini
Alhamdulillah segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat
dan Salam untuk baginda Nabi Muhammad SAW Utusan
Allah yang mulia.
Syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkah serta menganugerahkan kita dengan Aidilfitri di bulan Syawal yang mulia ini.
Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan ;
Selamat Hari Raya Aidilfitri

 Disamping itu sekiranya di pihak kami mempunyai sebarang
dosa kesalahan dan kesilapan dari segi niat, tutur kata, tingkahlaku, dsb. yang menyinggung perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami mohon ampun dan maaf
zahir batin awal dan akhir.
Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan terpakai, dsb. oleh kami secara sengaja dan tidak, kami mohon dihalalkan.

Manakala dari pihak kami pula dengan rela hatinya  kami sedia memaafkan sebarang dosa kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap kami sekeluarga.

Semoga dengan berkah Ramadhan dan Syawal ini kita semua mendapat keampunan  dan balasan yang baik daripada Allah SWT, mendapat perlindunganNya, keselamatanNyaditetapkan iman dan Islam, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki serta diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat, Insyallah.  AMIN

Sekali Lagi Blogger Juga ucapkan
Salam Aid Mubarak


Wednesday, April 13, 2016

SEMINAR TAJWID EKSPRESS + LUAR BIASA

SEMINAR TAJWID LUAR BIASA
TAJWID EKSPRESS, MUDAH, CEPAT DAN PANTAS 
IN SHAA ALLAH MACAM JADI PRO

Assalamualaikum w.b.h

Akhir-akhir ini, terlalu ramai yg bertanya, 'Ustaz,
camne nak tahu Quran saya ni resam uthmani atau tidak'.

Maka saya share tips paling simple.

Caranya adalah :
===============================
1 - Buka Surah Fatihah. Tengok ayat 2.

2 - Fokuskan perkataan awal : 'Alhamdu',
terutamanya huruf pertama iaitu huruf Alif.

3 - Jika ia ada tanda 'kepala huruf Sod' & tiada baris, maka Quran yg anda beli/miliki ditulis menggunakan kaedah Resam Uthmani.

4 - Jika di atasnya ada tanda baris (spt dlm gambar). Maka ia bukan Resam Uthmani. Ia Resam Imla'ie.
===============================
APA KEPENTINGANNYA?

- Utk pengetahuan, buku-buku tajwid yg dijual menerangkan hukum tajwid berpandukan kaedah penulisan Resam Uthmani.

Dikhuatiri jika anda belajar tajwid ikut cara ni tetapi Quran yg digunakan bukan resam uthmani, nanti anda akan 'confuse'.

- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan semua Al-Quran yg dijual di Malaysia ditulis dgn kaedah Resam Uthmani.

Selalunya Quran yg bukan resam uthmani adalah Quran lama (yg perkataannya rapat-rapat) & Quran dari luar negara, juga ada yg ditulis bukan resam uthmani.

KALAU QURAN YG SAYA BELI BUKAN RESAMUTHMANI, APA PERLU DIBUAT?

- Just relaks. Tak perlu panik. Boleh terus guna.
Cuma seperti yg dinyatakan tadi, pemerintah kita
menyarankan utk kita baca Al-Quran via teknik penulisan Resam Uthmani.

- For sure boleh terus guna. Cuma nanti jika belajar tajwid anda akan confuse sikitlah sbb tanda-tanda dlm Quran anda itu berbeza dengan apa yg ustaz-ustazah / buku tajwid terangkan.

KENAPA ADA BEZA?

- ada banyak sebab. Tapi yg paling penting, semua teknik penulisan Resam Uthmani sebenarnya direka utk MEMUDAHKAN anda baca Al-Quran. Lebih mudah nak camkan tajwid & agar bacaannya lebih tepat.

- the best part is, segala simbol Resam Uthmani ini jika dikuasai, anda akan lebih cepat camkan kehadiran tajwid dlm Quran.

Dalam seminar Tajwid Luarbiasa, semua silibus kami disusun berpandukan Resam Uthmani. Kami ingin anda lebih cepat pandai baca AlQuran.

Pendek kata, nampak je simbolnya, terus tahu nak baca dengung ke,6 harakat ke atau 2 harakat.

Sebab itu belajar Tajwid Luarbiasa tak perlu lama.
Dua hari dah faham tajwid, dah boleh baca Al-Quran lebih 'cantik'.

Kita guna formula lebih memudahkan agar anda :

- Lebih yakin baca Quran dlm grup tadarus sempena ramadhan,
- Lebih yakin baca Quran di rumah dgn anak-anak
- Lebih yakin baca Quran di pejabat dgn rakan-rakan.

Berminat nak lebih confident baca Quran?

Hadiri seminar ini yg diadakan di 2 lokasi :

KL (UKM pada 30.4 & 1.5.2016)

Utara (Perak - 23 & 24.4.2016)

Dapatkan maklumat lanjut di :
http://bit.do/semtajwidluarbiasa
http://bit.do/semtajwidluarbiasa
http://bit.do/semtajwidluarbiasa






Daun Rerama Hijau Asli - PENAWAR KANSER?

Daun Rerama Hijau Asli
Penawar Kanser & Pelbagai Penyakit Kronik
SEGAR DARI LADANG

Foto Rama-Rama Sebenar  Dan   Daun Rerama Hijau


Herba 100% ASLI  bergred AAA+++,
HALAL, TIADA PENGAWET & PEWARNA.
Kajian terkini yang telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Daun Rerama Hijau memiliki cici-ciri ANTI-KANSER.  Daun ini juga mengandungi 13 jenis sebatian MISTERI yang berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya :

Semua Jenis Kanser,
Stroke, SLE, Thyroid, Leukimia,
Darah Tinggi, Kencing Manis,
Kolestrol / Asid Urid,
Gout, Buasir, Masalah Berkaitan Saraf
Masalah Berkaitan Darah, Senggugut,
Asma, Migrain, Resdung, Demam Campak
TB, Denggi, Masalah Usus, Gastrik
Masalah Sendi, HIV / AIDS,
Angin Dalam Badan
Dan Banyak Lagi
(JUGA SESUAI UNTUK SUPPLIMENT)

Tetapi AWAS,Daun Rerama ini adalah TIDAK SESUAI untuk golongan di bawah ini:
1.      IBU MENGANDUNG
2.      BUAH PINGGANG DIALISIS
3.      PARU-PARU BERAIR
4.      KANAK-KANAK USIA 3 TAHUN DAN KE BAWAH


Cara-cara menggunakannya :

1- Sukat air minuman sebaiknya yang bersih bertapis kira-kira 1 liter



2 - Ambil secubit (-/+2 gram)  Daun Rerama Hijau termasuk ranting dan akarnya

 

3 - Rebuskan air campuran tadi selama kira-kira 3-5 minit
     (Sehingga warna air rebusan itu bertukar KEKUNINGAN)

 

4 - Biarkan Air Rebusan menjadi suam atau sejuk sendiri dalam bekas dan ianya sedia untuk diminum.



KENAPA AIR REBUSAN DAUN RERAMA ASLI ?

Kenapa pentingnya meminum Air Rebusan Rerama ASLI ?
Kenapa Bukan TEH / KOPI atau Campuran perisa lain?

è  Daun Rerama SEMULAJADI Adalah ASLI
è  KHASIAT Dan KUALITI Asli Daun Dikekalkan
è  Kemujaraban PANTAS Dan BEREKESAN
è  HARGA yang MURAH Dan RENDAH


ARTIKEL MENGENAI DAUN RERAMA HIJAU





TESTIMONI PENGGUNA DAUN RERAMA HIJAU

  

  

  

  



*  CARA PEMBELIAN DAUN RERAMA ASLI  *

LABEL PEKET JUALAN
DAUN RERAMA HIJAU

è    HARGA     ç 
Termasuk Pos Laju
1 Peket   è  RM 30.00
[ Semenanjung ]
1 Peket   è  RM 35.00
[ Sabah/Sarawak ]
Berat +/- : 15 gram
Anggaran penggunaan : 2 minggu
(Jika diminum 3 kali sehari)

PENGHANTARAN  POS LAJU

===========**************===========
CARA PEMBELIAN ONLINE
è      [  KLIK SINI ]     ç

=========== ************** ==========
MAKLUMAT/INFO LANJUT
è      [ KLIK SINI  ]       ç
====================================

Daun Rerama Hijau Asli
HEBOH KHASIATNYA HANGAT DIPERKATAKAN

Thursday, February 18, 2016

BERBEKAM ADALAH SUNNAH

APA ITU BEKAM ?
Bekam (hijamah) adalah suatu teknik perubatan mengeluarkan darah statis (kental) bertoksin (racun) atau cemar dari dalam tubuh melalui permukaan kulit dengan cara melakukan pemvakuman di pemukaan kulit dan mengeluarkan darah darinya menggunakan peralatan bekam.

MENGAPA PERLU BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor menjadi statis (kental) sebahagiannya akan berkumpul di lapisan bawah kulit dan sebahagiannya dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Darah kotor statis (kental) mesti dikeluarkan melalui apa cara malangnya ubatan hospital tidak dapat bertindak sedemikian. Kaedah yang murah, mudah dan selamat untuk menyingkirkan sel darah yang rosak yang terkumpul dalam tubuh adalah dengan cara berbekam (hijamah).


BERBEKAM ADALAH SUNNAH

Dari Malih bin ‘Abdullah Al-Khothmi, dari ayahnya yang berkata, Rasulullah SAW bersabda ; “Lima hal termasuk sunnah para Rasul yaitu, malu, pemaaf, bekam, siwak, dan memakai wewangian”.  (HR Thabrani dan Ibnu Jarir)

HADIS-HADIS TENTANG BERBEKAM

“Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan Kay (pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay” (HR Bukhari)

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” (HR Ibnu Majah)

“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis sahih)

  Rasulullah saw. bersabda, “Pengubatan yang paling sesuai yang dilakukan manusia adalah Al-hijamah (Bekam).” (HR Muslim)

“Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya” (HR Malik)

“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (HR At Thabrani)

NABI BERBEKAM KERANA DIRACUN


Dari Ka`ab bin Malik bahawa ada seorang perempuan Yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda bertanya "apakah ini?" Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu."apakah kamu telah meracuni kambing ini? Wanita itu menjawab "ya", baginda bertanya "mengapa?" Wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam manakala sebahagian sahabat pula ada yang meninggal dunia.

PENGAMAL BEKAM (JURUBEKAM)

Pandangan Imam Al-Ghazali yang dinuklilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimin Mu’ashir oleh DR. Yusuf Qardhawi pada halaman 235-236 : “Bekam itu Fardhu Kifayah”

Bekam adalah termasuk Fardhu Khifayah. Jika disebuah wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain.

“Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan….” (Hadis Hasan Gharib)

WAKTU DAN HARI TERBAIK BERBEKAM
Ianya bergantung keadaan seseorang tersebut atau ;

(1). 13,15,17,19 atau 21 Hijriah pada setiap bulan
      kerana pada masa itu darah kotor berkumpul
      maksimum dalam badan.
(2). Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat
      nabi melakukan sedemikian.
(3). Berbekam pada sebelah pagi sebelum makan.

Sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW, idealnya sebulan sekali terutama pada 17, 19 atau 21 Hijriah.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” ( Abu Dawud)
Ibnu Sina dalam kitabnya “Al-Qununfii Thibb” menerangkan waktu yang paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari. Iaitu antara jam 2-3 petang karena waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah yang mengandung toksin (racun) sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Hari-hari yang dianjurkan berbekam pula adalah pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.

Bagaimanapun Imam As-Suyuti berpendapat berbekam boleh di lakukan pada sebarang masa seperti katanya “Apabila ada orang datang meminta pertolongan dari engkau maka wajib ditolong ketika itu”

MANFAAT BEKAM

 1) Membantu dalam rawatan sihir, saka dan dari
     gangguan jin dengan berbekam dikawasan kepala
     (ubun-ubun & tengkuk)
 2) Menjaga kesehatan tubuh
 3) Menghilangkan letih dan lesu
 4) Meningkatkan daya tahan tubuh
 5) Membuang angin dalam badan,
 6) Membuang darah cemar yang mengandungi toksin
     (racun)
 7) Membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti
     saraf tulang belakang
 8) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
 9) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman
     pada otot.
10)Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman
     di bahagian kepala dan wajah dan sakit gigi.
11)Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya
     menstruasi bagi wanita.
12)Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
13)Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan
     banyak tidur.
14)Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan
     gatal-gatal kulit.
15)Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang
    selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang
     parah.
16)Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
17)Merawat penyakit ; sakit bahu, alahan (alergi),
     perut kembung, kesemutan, kencing manis, gout,
     kolesterol, masalah Jantung, migrain, ketegangan
     darah tinggi, stroke, sakit pinggang, ginjal, dll.


ORANG YANG DILARANG BEKAM DARAH

  1) Orang tua yang terlalu uzur
  2) Kulit yang luka atau infeksi (Pesakit kulit yang
      serius)
  3) Selepas makan berat dan orang tersangat lapar
  4) Wanita hamil 3 bulan pertama
  5) Wanita yang baru lepas bersalin
  6) Orang yang sangat lapar
  7) Orang yang gementar
  8) Lemah hati
  9) Radang usus
10) Orang kanser darah
11) Sering keguguran
12) Orang yang Hemodialisis
13) Orang yang mengalami kelainan injap jantung
14) Orang yang kedinginan
15) Orang yang kerasukan
16) Orang baru derma darah
17) Orang yang baru muntah.
18) Pesakit darah rendah yang serius
19) Orang selesai melakukan aktiviti berat termasuk
      Jimak
20) Orang keletihan

SARANAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBEKAM

1. Tidak makan berat 2-3 jam sebelum bekam
2. Tidak terus makan berat 1-2 jam selepas bekam
3. Tidak terus mandi melainkan selepas 2-3 jam
4. Jangan melakukan jimak 2 kali dalam masa 2 hari
    selepas berbekam agar badan benar-benar baik
    dan sehat.
5. Sebaiknya tidak tidur melainkan selepas 2-3 jam


REAKSI PIGMEN KULIT BEKAS BEKAM

1) UNGU yang kelihatan gelap atau hitam, secara umum, ini menunjukkan keadaan kekurangan bekalan darah dan saluran darah tidak lancar yang disertai dengan kehadiran darah statis (darah kental).
2) UNGU disertai sisik (plaque), umumnya menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah statis (darah beku).

3) BINTIK UNGU bertaburan dengan tahap warna yang berbeza (ada ungu gelap dan muda). Ini menunjukkan ketidaknormalan "Qi" (energi organ) dan darah stasis.

4) MERAH CERAH - biasanya ini menunjukkan terjadinya kekurangan “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah atau rasa panas berlebihan disebabkan oleh kekurangan "Yin".

5) MERAH GELAP - menunjukkan keadaan lemak dalam darah yang tinggi disertai dengan adanya patogen panas.

6) PUCAT/PUTIH dan panas apabila disentuh, ini menunjukkan kekurangan hawa sejuk dan kehadiran gas patogen (unsur luaran penyebab penyakit).

7) GARIS-GARIS PECAH/RUAM –pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, ia menunjukkan kehadiran patogen lembab dan gangguan gas patogen.

8) MUNCUL WAP AIR pada dinding gelas (cup) bekam, menunjukkan ujudnya  gas patogen di kawasan itu.

9) LEPUHAN (blister) pada bekas bekam, menandakan keadaan gangguan gas yang berlebihan pada tubuh. Adanya darah tipis pada lepuhan merupakan reaksi gas panas toksin.