Friday, July 1, 2011

Urusniaga Saham T + 3

Urusniaga Saham 1 :  Urusniaga Saham  T + 3

Disebutkan takrifnya oleh web bursa Malaysia sebagai :-

"There is no physical delivery of shares under the CDS. Instead, the CDS uses a simple book entry system to keep track of the movement of shares which arise from trades affected on Bursa Malaysia. For example, if you are a buyer of share A, your CDS account will be credited with Share A and the seller's account will show a debit of Share A. Sellers must have adequate shares in their CDS accounts by 12.30 pm on T+2 and buyer's account will be credited on T+3 with the shares, with T being the transaction date."

Atau secara mudahnya T+3  bererti urusniaga pembelian saham  dibuat sebagai contoh pada hari Isnin, tetapi pembayaran bagi pembelian tadi akan diselesaikan dalam sebelum atau pada hari khamis ( dalam masa 3 hari). Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.

Walaubagaimanapun, jangan disangka bahawa di antara tempoh 3 hari itu, seseorang mempunyai masa untuk membatalkan urusniaga. Urusniaga telah termeterai pada hari urusniaga iaitu hari isnin dalam contoh di atas cuma proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat.  ( http://www.investopedia.com/

Hukum
a) Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal ; Jika pembeli membeli sekuriti patuh Shariah dengan cara T-3, beliau juga sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari hari pertama lagi.  Kemudian ia menjualnya apabila dilihat harganya menaik walaupun sebelum sampai tempoh pembayaran dibuat. 

Menurut keterangan di dalam web bursa Malaysia (http://www.bursamalaysia.com/website/bm/bursa_basics/) seseorang yang ingin membeli mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk ‘cover' harga ysaham yang dibeli dan juga kos transaksi. 

Tatkala itu saya berpandangan bahawa hak milik sekuriti yang dibeli telah sempurna dan ia juga memang mempunyai wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu walaupun belum sampai hari perlu bayar, tatakala itu, belian dan jualannya adalah sah. 

Adapun jika si pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya dipinjam dari wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi dari apa yang dibeli,
Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang duibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar. Bagi saya urusniaga seperti ini ( jika berlaku) ia tidak syak lagi mempunyai unsur Riba (jika modal yang dipinjam punyai interest), 

Sekiranya tiada punyai sebarang ‘interest', ia masih mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang mencukupi, ia hanyalah bergantung kepada wang broker yang mengabuinya. Tatkala itu transaksi ini tidak halal. Wallahu'alam.

b) Jika pemilikan sekuriti ( saham) tidak bertukar dengan serta merta pada hari urusniaga dijalankan, ia adalah haram kerana ia tergolong dalam larangan nabi jual hutang dengan cara hutang. Dalil larangannya :

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )

Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan  Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)

Maksudnya, jika membeli sesuatu saham, dan pembayaran akan dibuat dalam masa 3 hari dan pertukaran milik juga hanyaa akan dibuat dalam 3 hari. Ia diharamkan kerana tergolong dalam larangan hadith di atas. Bagaimanapun, jika pertukaran milik saham berlaku di waktu transaksi, hanya pembayaran dalam masa 3 hari, maka ia halal.  

11) Kontra
Menrut kefahaman saya, pembelian saham secara kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang cukup didalam akaun. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa harga saham yang dibelinya akan naik sbeelum sampai hari wajib bayar.
Urusniaga seperti ini dinamakan kontra dan ia telah larang untuk dilakukan di Malaysia. Dahulu, ia memang berlaku terutama sewaktu T + 7 diamalkan iaitu hari pembayaran adalah  tujuh hari selepas transaksi.

Hukum
Hukum bagi transaksi kontra ini adalah perjudian pada pandangan Islam dan diharamkan.


Petikan daripada ; http://www.zaharuddin.net/
Oleh Zaharuddin Abd Rahman             6 Ogos 2007

No comments:

Post a Comment