Saturday, July 23, 2011

NAK KURUS DAN LANGSING

PETUA KURUS DAN LANGSING


Berat badan yang berlebihan?  Ingin kurus dan langsing.  Kos yang minima.  LAKUKAN PELANSINGAN ANDA SENDIRI.

Tapi anda perlu berusaha.  Di sini ada beberapa cara atau petua berguna untuk kurus dan lansing. Anda boleh lakukan sendiri ;-

1.  AIR LIMAU NIPIS
Ambil dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,  setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk,  masukkan ke dalam peti sejuk.  Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.  Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.  Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. TEH CINA + LIMAU NIPIS
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.  Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.  Minum berterusan  2 kali sehari  sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. ASAM JAWA
Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.  Caranya,  Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam segelas air .  Masukkan ke dalam peti sejuk,  minuman selepas anda makan tengahari atau makan malam.  Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. TEH CINA/HIJAU + SERBUK KAYU MANIS + MADU
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. HALIA BARA
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :  Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. KAPUR SIRIH (MAKAN) + LIMAU PURUT
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul Sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. LIMAU NIPIS + TEH
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.  Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.  Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERHASIL.



No comments:

Post a Comment