Mufti Yang Bijak
Seorang Mufti duduk bersebelahan dengan seorang paderi dalam satu penerbangan. Berlakulah dialog berikut ;
Paderi : Apa pekerjaan anda?
Mufti: Saya mengendalikan perniagaan yang besar.
Paderi: Perniagaan apa sebenarnya itu?
Mufti: Saya berurusan dengan Tuhan (Allah)
Paderi: Oh, jadi anda pemimpin agama Islam. Saya mempunyai satu masalah bersama anda orang Islam. Anda menindas wanita anda.
Mufti: Bagaimanakah kami menindas wanita?
Paderi: Anda menyuruh wanita anda menutupi dirinya (bertudung) dan anda memerintah mereka duduk dalam rumah.

Mufti: Oh, saya juga mempunyai satu masalah dengan orang-orang anda (penganut kristian), anda menindas WANG.
Paderi: Apa? Bagaimana boleh seseorang dikatakan menindas wang?
Mufti: Anda menyimpan wang. Anda menyembunyikannya jauh, dalam dompet, bank-bank dan peti besi. Anda menyimpan ia ditempat tertutup. Mengapa tidak anda mempamerkan wang anda di tempat awam (orang ramai) jika wang itu satu bahan menarik (cantik)?
Paderi: Sudah tentu wang itu akan dicuri.
Mufti: Anda menyimpan wang di tempat tertutup kerana ia begitu berharga. Kami menghargai nilai sebenar wanita jauh, lebih jauh lagi. Lantaran itu mereka (wanita) tidak dipamerkan kepada seseorang dan semua. Kehormatan dan maruah mereka terpelihara.
No comments:
Post a Comment