SELAWAT HAJI
(Diamalkan sebagai doa supaya dipermudahkan
dan
dizinkan Allah SWT menunaikan Fardu Haji dan Umrah)
Kelebihan Berselawat
Rasulullah SAW diutus ke dunia ini adalah sebagai rahmatan lil 'alamin (membawa rahmat kepada sekalian alam). Yang mana jalan rahmat itu boleh diperolehi satu dari caranya ialah dengan kelebihan berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Antara kelebihan dengan sebab berselawat itu adalah agar mudah mendapatkan syafaatnya baik di dunia mahu pun di akhirat. Diantara syafaat Rasulullah di dunia yang In sha Allah dengan rahmat Allah SWT akan memudahkan kita untuk menjadi tetamu Allah dan berziarah ke dua tanah suci Makkah dan Madinah yang semuanya itu adalah dengan kehendak, izin dan pilihan Allah SWT jua.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Maksud Selawat
Apakah makna Selawat? Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Antara maksud selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemuliaan dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].
Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:
“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).
Waktu Afdhal Berselawat
•Ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.
Maka lafaz selawat haji ini disusun oleh ulama silam yang diamalkan sebagai doa dengan tujuan mencari rahmat Allah SWT. Adapun mengarang, menyusun dan mengamalkan teks selawat selain yang diajarkan Rasulullah SAW selagi baik maksud dan tujuannya adalah harus dan tiada larangan dalam agama.
Atas inisiatif ulama silam yang mencintai Baginda Rasulullah SAW maka Selawat Haji ini telah disusun dan diamalkan kebanyakan umat Islam sehingga kini.
Selawat Haji Dengan Terjemah Jawi
Sila Klik pada gambar untuk besarkan
atau
Klik tetikus kanan untuk "save image as"
Selawat Haji Dengan Terjemah Rumi
Sila Klik pada gambar untuk besarkan
atau
Klik tetikus kanan untuk "save image as"
No comments:
Post a Comment