Solat 40 waktu di Masjid Nabawi
Riwayat yang menyebut adanya kelebihan bersolat 40
waktu, iaitu menunaikan 40 solat fardu (8 hari) adalah sebagaimana diriwayatkan
oleh Anas bin Malik ra., bahawa Nabi saw bersabda :-
"Barangsiapa bersolat 40 solat
(yakni, solat fardu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya ditulis baginya
(pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga)
dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau, menjadi orang munafiq)." [Hadis Imam Ahmad, dalam
Musnad].
Status (kedudukan) hadis ini dipertikaikan.
Imam Haithami menjelaskan didalam Majma' al-Zawaid mengatakan, Imam Tirmudzi
meriwayatkan sebahagiannya. Hadis ini diriwayatkan sepenuhnya oleh Imam Ahmad,
dan Imam Tabarani didalam Awsat, periwayatnya adalah tsiqah (dipercayai).
Menurut Imam Mundhiri didalam al-Targhib
wa al-Tarhib bahawa periwayat didalam rantaian dari periwayatan Imam Ahmad
adalah sangat sahih.
Namum demikian terdapat pertikaian mengenai salah
seorang periwayat yang bernama Nabith ibn Umar yang dikatakan tidak dikenali.
Perlu diingat bahawa walaupun ada
yang berpendapat hadis ini lemah (Dhaif), ia masih
lagi boleh diamalkan didalam ruang lingkup Fadhail Amal. Amalan ini sudah menjadi tradisi umat Islam
melakukannya.
Menurut Dr Abdullah al-Faqih, beberapa
ulama' percaya bahawa jika sesuatu amalan didasarkan pada dalil (hadis) yang
bukan PALSU, In Sha Allah ia adalah benar. Tambah beliau, maka adalah
dinasihatkan melakukan amalan tersebut menurut hadis.
Menurut ulama', latihan 40
waktu solat itu merupakan praktik asas bagi seseorang itu menjadikan solat
berjemaah sebagai amalan penghidupan mereka sekembalinya ke tanah air
masing-masing. (Lihat buku Madinah
Munawarah : kelebihan dan sejarah, karangan al-Fadhil Dr Abdul Basit Abdul
Rahman).
Umat Islam digalakkan banyak melakukan
solat di Masjid Nabi sebagaimana hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bahawa
solat di Masjid Nabi ganjaran 1000 kali dari masjid lain, kecuali Masjid
al-Haram.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah
bersabda : "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjidil
nabawi di Madinah) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam
masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Dari Jabir RA
bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Satu
sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid
yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram
pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Terdapat sebuah hadis
yang statusnya HASAN mengenai kelebihan
bersolat 40 hari di Masjid Nabawi. Hadis dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah
:saw bersabda :
"Barangsiapa bersolat berjemaah 40
hari dan mendapat Takbir al-Ihram (bersama Imam), akan ditulis kepadanya 2
perkara; dia akan selamat dari Api Neraka dan dia akan selamat dari Nifaq
(munafik)"
[Riwayat Imam al-Tirmizi].
Hadis diatas ini menjelaskan solat 40 hari,
dan bukan 8 hari (40 waktu).
Kesimpulan
1). Amat digalakkan memperbanyakkan solat
di Masjid Nabi SAW, dimana ganjarannya adalah 1,000 kali dari masjid lain.
Amalan 40 waktu boleh diamalkan sebagai motivasi "kelebihan amal" dan
hadis tersebut bukanlah sepakat ulama' menolaknya.
2). Amalan 40 waktu ini adalah sebagai diharap
dapat mentarbiah, melatih dan membentuk sikap cintakan solat berjemaah di
masjid, atau bagi yang mampu, bolehlah menunaikan solat berjemaah 40 HARI di
Masjid Nabawi.
Adalah rugi dan malangnya jika peluang
masa 8-9-10 hari semasa di Madinah hanya dihabiskan kerana bersiar-siar atau
tidur semata-mata dan bersolat sendirian dibilik hotel.
Rujukan Asal :
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-05-0534-solat-40-waktu-di-masjid-nabawi
No comments:
Post a Comment