Friday, October 18, 2013

MANDI MALAM TIDAK MUDARAT

MANDI DI WAKTU MALAM TIDAK MUDARAT
Banyak yang tersalah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana berpendapat ianya lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.

Malaysia beriklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita mandi di waktu malam.

Dunia moden dan maju kini mempunyai kemudahan yang lebih baik. Bagi mereka yang balik malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.

Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Ini akan mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).

Mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walau pun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri. Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.


Kredit kepada http://drzubaidi.com/blog

No comments:

Post a Comment