Kesilapan Muslim Di Bulan
Ramadhan
Tujuan atau matlamat berpuasa paling utama yang perlu dicapai oleh setiap Muslim di
bulan Ramadhan ini ada dua, Iaitu
(1)
Menjadi Orang Yang Bertaqwa - Allah SWT telah menjelaskannya di dalam ayat 183
dari surah al-Baqarah :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa, "
(2)
Keampunan Allah SWT - berdasarkan
daripada hadis sahih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi
doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa
ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf,
maka ampunilah aku‘”(HR. Tirmidzi, 3513, Ibnu Majah,
3119, At Tirmidzi berkata: “Hasan Shahih”)
Kesempurnaan
unduk meraih pahala di bulan ramadhan kerap kali tergugat kerana
kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam masa kini. Antara
Kesilapan / Kesalahan Di Bulan
Ramadhan
Beberapa
kesilapan atau kesalahan yang sering dilakukan umat islam di bulan Ramadhan
adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(bukan
kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu
diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti
mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia
dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang
membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi,
hlm 112).
Ia dikira denda yang
pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini
disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :
"sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa
baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan
dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah
baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu
terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir
malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah
lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari,
4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan
umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik
untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji
orang mukmin ertinya : " dan ketika
waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar"
(Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai
Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ;
jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu"
( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ;
Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang
benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang
menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan
sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah
sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat
tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua
solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang
disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka
beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah
mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu
( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya
atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang
ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.
"Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat".
(Riwayat al-Bukhari)
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat
dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam
sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di
Ramadhan ini.
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut
berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami'
as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini
adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren'
yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur
sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu
amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah
masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama
merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).
(As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini
nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,
malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik
tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di
rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di
masjid.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta
haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit,
insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan
yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang
terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya,
tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan'
ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal
jalan di bulan lain.
Nabi
Muhammad menceritakan :-
Ertinya
: menyebut
tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal
rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit
: Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram
dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka
bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015,
2/703 ; hadis sohih)
Justeru,
bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya
haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya
haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah,
tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan
kata Imam Hasan Al-Basri.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.
Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya
: "Tiga golongan yang tidak di tolak doa
mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang
yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut
Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain
itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya
: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu
ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"
( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya
Artikel Asal :
Oleh
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment