Isteri disayang-sayang dan anak disayang ?
Seusai modul 1 seminar “Kekeluargaan Islam” sewaktu berhenti rehat, seorang
pernceramah bergelar Dr. disapa oleh seorang pesereta dan terjadilah perbualan
ringkas di bawah
;
Peserta :
Assalamualaikum Dr. ?
Dr. :
Wa’alaikumussalam Warahmatullah.
Peserta :
Maaf Dr. nama saya Yusop, sebenarnya ada satu soalan nak tanyakan Dr. tapi
tak berpeluang semasa sesi soal jawab tadi. Boleh saya tanya di sini?
Dr :
Silakan.
Peserta :
Mana satu yang betul Dr, isteri disayang-sayang atau anak yang di sayang?
Dr.
tersenyum tak menjawab sebaliknya melontarkan pula soalan kepada peserta yang
bertanya tu.
Dr : Anda
sayangkan isteri anda?
Peserta :
Sayang, Dr.
Dr : Anda
ada berapa isteri?
Peserta :
Setakat ni isteri saya satu saja, kenapa Dr tanya?
Dr. Tersenyum sahaja lalu menanyai pula soalan lain
kepada peserta itu.
Dr : Anda
punya anak berapa sekarang?
Peserta :
Alhamdulillah baru lapan orang setakat ini, Dr.
Dr : Anda
ada niat nak pasang isteri lagi satu ke dua ke ?
Peserta : Eh
ke situ pulak Dr ni. Saya rasa itulah saja isteri saya sampai ke mati, jika
ditakdirkan begitu. Tak ada niat nak pasang lagi kerana saya sangat sayangkan
isteri saya tu. Lagi pun itulah sahaja yang saya mampu.
Dr : Anda sendiri kata anda sayangkan isteri anda, hah
maka itulah ”Isteri Disayang” sahaja kerana anda sayangkan isteri anda yang
seorang itu. Mana mungkin isteri anda ”disayang-sayang” melainkan jika anda ada
dua atau tiga ataupun empat isteri. ”Isteri disayang” dan ”isteri-isteri disayang-sayang”
Peserta : Oh
maknanya jika ada ;
Isteri seorang "isteri
disayang” ,
"Isteri-isteri disayang-sayang” dan
"Anak-anak pula yang disayang-sayang”.
Dr :
Bijak pun awak.
Mereka senyum sambil ketawa mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment