- MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK "BACAAN SOLAT PERKATA" PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.
E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA E-Book Naskah Ringkas
Sila KLIK DI SINI
BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI
Khusyuk dalam Solat Kenapa Lalai?
KHUSYUK sebagai satu kewajipan orang mukmin dalam
urusan ubudiyah terhadap Allah SWT. Tiada bahasa selain bahasa Arab yang
berupaya memberi makna `khusyuk' dengan tepat, justeru terpaksa akur dengan
sebutan khusyuk dalam bahasa asalnya juga.
Dalam bahasa apa pun khusyuk mesti disebut khusyuk,
kerana khusyuk dalam bahasa syar'ei adalah khusyuk dalam semua bahasa di dunia
ini.
Khusyuk keperluan bagi setiap hamba mengabdikan diri
kepada Allah SWT, khususnya ketika melakukan ibadat solat.
Khusyuk boleh diertikan sebagai beribadat dengan
tenang dan merendah diri, merasa hina dina di hadapan Allah SWT. Penuh tumpuan
hati serta ingatan terhadapNya. Orang yang khusyuk dalam solat, anggota tubuh
tidak akan bergoyang di luar tuntutan kaifiyat, tangan tidak bergerak
menggaru-garu atau membetulkan pakaian. Jika seperti itu menandakan hatinya
tidak khusyuk, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika seseorang itu khusyuk, maka anggota tubuhnya
turut khusyuk sama."
Menghadirkan khusyuk dalam solat itu satu kewajipan
bagi orang-orang yang beriman, kerana ketika solat ingatan mesti tertumpu
kepada Allah SWT semata, sebagaimana ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada
Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati
Aku." (Surah Toha ayat 14)
Manusia diperintah supaya mendirikan solat dengan
tujuan untuk mengingati Allah SWT. Apabila tidak menumpukan ingatan kepada
Allah SWT, bererti solatnya tanpa tujuan. Solat bukan sekadar dilakukan secara
zahir yang dimulai dengan Takbiratul Ihram diakhiri dengan salam serta
melakukan beberapa rukun qalbi, qauli dan fi'li di dalamnya. Tetapi mesti
khusyuk iaitu dipenuhi dengan zikrullah (ingat Allah SWT), kerana ia wajib berdasarkan
firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 itu.
Khusyuk mampu dilakukan oleh manusia dengan mengikuti
beberapa syarat, kerana Allah SWT tidak akan mewajibkan sesuatu syariat di luar
kemampuan manusia, sebagaimana janji Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kemampuannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)
Langkah pertama untuk mencapai khusyuk, mesti mengetahui makna setiap ucapan atau bacaan dalam solat. Khusyuk tidak mungkin tercapai jika tidak mengetahui makna dan maksud ucapan dalam solat, sebaliknya akan terjerumus ke lembah lalai. Padahal lalai dalam solat akan membawa padah yang buruk di akhirat kelak, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah (azab neraka) bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya." (Surah al-Maa'un ayat 4 dan 5)
Langkah kedua untuk
khusyuk dalam solat ialah; menjaga segala makan minum yang halal, serta pakaian
dan tempat tinggal hanya daripada sumber yang halal. Allah SWT hanya reda jika
hamba-Nya membataskan diri dengan makan minum yang halal dan pakaian serta
tempat tinggal dari sumber yang halal. Makan minum yang tidak halal adalah
barang busuk yang dibenci oleh Allah SWT dan malaikat-Nya.
Tuhan akan menjauhi jika manusia
diselubungi perkara yang haram, apabila Tuhan menjauh daripada manusia sebegitu
maka syaitanlah yang akan mendekatinya. Tidak mungkin khusyuk dapat dicapai
dalam situasi syaitan sebagai pendamping manusia itu, jika mereka solat pun
mesti tiada zikirullah.
Sumber
Asal : http://masjidkosas.blogspot.com/
Tn. Guru Nik Abdul Aziz - 18-21 Zulhijjah 1432(4-17 November 2011)
~~~~~~~~~
E-Book Edisi Lengkap
"Bacaan Solat Perkata"
BELI E-BOOK "Bacaan Solat Perkata" EDISI LENGKAP
E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA
No comments:
Post a Comment