AMALAN SUNNAH PADA 10 MUHARRAM
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa
bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat
malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu
Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti
berpuasa setahun ; siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku
bersedekah setahun." (HR Albazzar)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat
menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi
ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat
menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya
orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w.
pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari
asyura & menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi
s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura.
Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari
yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana
itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak
daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain
berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu
pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang
Yahudi." (HR Al-Baihaqi )
Walhua'alam.
Ulama mengatakan sunat berpuasa pada 9 Muharram (hari Tasua') dan 10 Muharram (hari Assyura) atau pun 10 dan 11 Muharram bagi sesiapa yang terlepas berpuasa pada 9 Muharram supaya tidak menyerupai puasanya orang Yahudi. Bagaimana pun tidaklah salah bagi sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Tujuan digandingkan 9 dan 10 Muharram (lebih menepati sunnah) manakala 10 dan 11 Muharram supaya keluar daripada khilaf.
Walhua'alam.
- MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK "BACAAN SOLAT PERKATA" PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.
E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA E-Book Naskah Ringkas
Sila KLIK DI SINI
BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI
BELI E-BOOK "Bacaan Solat Perkata" EDISI LENGKAP
E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA
~~~~~~~~
Peristiwa
Penting Dalam Bulan Muharram
1.
ALLAH
menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
2.
ALLAH
menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.
Diciptakan
lautan pada 10 Muharram
4.
Diciptakan
Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.
Diciptakan
papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
6. Diciptakan
Adam a.s. pada 10 Muharram
7. Dimasukkan
Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8. Dilahirkan
Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9. Diselamatkan
Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan
anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan
Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan
dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan
Isa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan
Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
15.Disembuhkan
penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s.
pada 10 Muharram
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10
Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada
10 Muharram
~~~~~~~~~~
KAD ION AIRBOOM
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA
KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN KLIK SINI
No comments:
Post a Comment