- MAKNA BACAAN SOLAT -
E-BOOK "BACAAN SOLAT PERKATA" PERCUMA
Ke arah usaha untuk khusyuk solat
fahami apa yang anda baca semasa solat.
E-Book Bacaan Solat Perkata PDF file
Muat turun PERCUMA E-Book Naskah Ringkas
Sila KLIK DI SINI
BOLEH DIEDARKAN PERCUMA KEPADA RAKAN-RAKAN
DILARANG UNTUK JUAL BELI
Adab-Adab
Membaca Al-Fatihah dalam solat.
Al-Fatihah
adalah kata-kata Munajat. Melalaui bacaan ayat-ayat dalam Al-Fatihah kita
berkata-kata secara online dengan Allah SWT.
Bacaan
Al-Fatihah dimulai dengan kalimah ‘Ta’awwuz’ (a’uzubillah … ) dengan niat dan tujuan
memohon perlindungan diri dengan Allah dari segala gangguan, kejahatan, godaan
dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah
yang sentiasa berusaha untuk memaling dan memesongkan hati kita dari menghadap
Allah.
Kemudian
kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama
Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah
sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha
Penyayang.
Al-Fatihah
adalah Ibu Al-Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan dan ditumpukan kepadanya
ketika lidah kita membacanya.
Ketika
membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau
sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah
mengingat makna disamping menghayati maksudnya sesudah lidah membacanya.
Al-Fatihah semasa solat
1. Ketika kita membaca ‘Alhamdu lil-Lahi Rabbil Alamin’ kita ingat di
dalam hati bahawa segala kepujian adalah hakmilik dan kepunyaan Allah kerana
Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah
ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.
Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita
itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”
2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati
bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat
Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah
dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak
mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.
3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa
Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia
yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di
dunia. Mka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari
Allah.
4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita
tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun
yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu
aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga
kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari
makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah
Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.
5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa
dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang
benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan
sebagai hambaNya yang taat.
Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan
benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.
Maka perlulah diulang doa dan permintaan ini, lebih – lebih lagi dalam
keadaan kita yang terbaik dan paling hampir pada Allah, iaitu di dalam
sembahyang.
6. Ketika
kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam
ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah
jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya
jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah
diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di
akhirat nanti.
7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin”
kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat
manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecendurungan mereka
melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada
kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari
Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan
bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.
E-Book Edisi Lengkap
"Bacaan Solat Perkata"
BELI E-BOOK "Bacaan Solat Perkata" EDISI LENGKAP
E-BOOK 'Bacaan Solat Perkata'
EDISI LENGKAP RM10.00 SAHAJA
No comments:
Post a Comment