Sunday, August 12, 2012

LAILATUL QADAR 27 RAMADHAN?

 Terapi D’ Mata 
free glitter maker 
 Cermin Mata Terapi Anda 

 LAILATUL QADAR  27  RAMADHAN? 

LAILATULQADAR - adalah malam yang istimewa. Kelebihan yang ada pada malam Lailatulqadar melebihi seribu bulan termaktub dalam Al-Qur'an iaitu di dalam Surah Al-Qadar:
  
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadar 097:1-5)


SEBAB TURUN SURAH

Menurut tafsiran Mujahid, beliau menyatakan ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang bangun malam untuk beribadah hinggalah menjelang Subuh. Kemudian dia berjihad pula di jalan Allah hinggalah menjelang petang. Dia melakukan perkara itu selama seribu bulan. (kira-kira 29,500 hari). Kemudian turunlah ayat itu yang menyatakan bahawa beribadah pada malam Al-Qadar adalah lebih baik daripada amalan lelaki tersebut (Ibn Kathir (1998), Tafsir Al-Qur'an Al-Azim, Jilid 8, Beirut, Halaman 3818).Menurut Ali bin Urwah, Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat empat orang dari kalangan Bani Israel yang beribadah kepada Allah selama 80 tahun dan tidak sesaat pun mereka melakukan maksiat kepada Allah.

Para sahabat merasa takjub dan kagum mendengar amalan abid tersebut lalu datanglah Jibril a.s. dan membacakan kepada Rasulullah Surah Al-Qadar dan menyatakan bahawa malam Al-Qadar adalah lebih afdal darpada amalan empat abid tersebut. Para sahabat merasa gembira dengan anugerah Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w.


LAILATULQADAR 10 MALAM TERAKHIR YANG GANJIL

Tapi bilakah berlakunya malam Al-Qadar? Semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup, Baginda pernah pada satu ketika ingin memberitahu kepada umatnya waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar, namun setelah berlaku pertengkaran dua orang sahabatnya tentang hal itu, maka maklumat tersebut diangkat oleh Allah dan dirahsiakan. Oleh itu, waktu sebenar berlakunya malam Al-Qadar itu hanya ada pada ilmu Allah.Walaupun begitu, ada beberapa hadis yang menggambarkan bilakah malam Al-Qadar itu berlaku. Menurut pendapat yang masyhur, malam Al-Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan ia berlaku pada malam-malam yang ganjil.

Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ubadah bin Somit bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang malam Al-Qadar, lalu Baginda menjawab: "Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan, maka hendaklah kamu bersungguh-sungguh mencarinya pada sepuluh malam akhir Ramadhan"."Sesungguhnya malam Al-Qadar itu pada 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau pada akhir malam Ramadhan." (Musnad Imam Ahmad 5/318).

Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh akhir Ramadhan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


PENDAPAT - LAILATULQADAR 27 RAMADAN

Ada juga hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar itu berlaku pada malam ke 27. Muawiyah, Ibn Umar, Ibn Abbas dan lain-lain: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malam Al-Qadar itu adalah malam ke 27."

Sekumpulan ulama salaf bersetuju dengan waktu ini. Begitu juga mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali) dan riwayat daripada Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi). Diceritakan daripada sesetengah ulama salaf bahawa mereka berpendapat malam Al-Qadar berlaku pada malam ke 27 kerana perkataan dalam Surah Al-Qadar yang merujuk kepada ganti nama malam Al-adar merupakan kalimah yang ke 27 dalam Surah tersebut. (Ibn Kathir halaman 3823).



PERKATAAN LAILATULQADAR DIULANG 3 KALI

Pendapat yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar jatuh pada 27 haribulan agak menarik perhatian kita. Ini adalah hasil pemerhatian saya sendiri mengenai perkataan Lailatulqadar dalam Surah Al-Qadar. Perkataan Lailatulqadar mengandungi 9 huruf. Jika anda perhatikan perkataaan Lailatulqadar itu sendiri diulang 3 kali. Ini menjadikan keseluruhan hurufnya berjumlah 9 x 3 = 27. Adakah ia kebetulan?

RAMADHAN ADALAH BULAN KE 9 
Ramadhan (bahasa Arab:رمضان) (biasa digelar "Ramadhan Al-Mubarak") merupakan bulan ke 9 dan bulan paling suci dalam Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an pada Surah Al-Baqarah Ayat 185 yang ertinya:"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).

Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu."Mungkin sekarang anda nampak betapa angka 9 itu mempunyai asas yang baik untuk menyatakan tentang bulan Ramadhan itu sendiri dan hakikat bahawa Lailatulqadar dinyatakan 3 kali seolah-olah melorongkan kita untuk fokus pada malam 27 Ramadhan. Baca seterusnya.

HURUF YANG KEDUDUKANNYA SERUPA DENGAN ANGKA MUFRADNYA 
Berikut adalah imej bagi Surah Al-Fatihah yang telah saya masukkan ke dalam Jadual. Perhatikan betul-betul. Terdapat 5 tempat dalam Al-Fatihah itu dimana Kedudukan Hurufnya SERUPA dengan Jumlah Angka Mufradnya bila kita cari sama ada dari pangkal atau dari hujung.

Contohnya, Ra (Angka Mufrad 10) ditemui di Posisi 10. Kalau anda campurkan semua Angka Mufrad 5 Huruf ini, anda akan dapati jumlahnya BERULANG 111. 10+27+28+27+19 = 111. Campur mendatar jumlahnya 3.

YANG SETENTANG HANYA 27:27 
Perhatikan betul-betul Jadual di atas. Dari huruf-huruf di atas tadi, hanya Ha (Angka Mufrad 27) yang berada di Posisi 27 itu berada dalam KEDUDUKAN SETENTANG dari Pangkal mahupun dari Hujung Al-Fatihah. Ini menunjukkan bahawa 27 merupakan angka yang istimewa kedudukannya dalam Al-Fatihah itu sendiri.

FENOMENA BERBEZA 27
Jumlah Surah Al-Qur'an ialah 114 sementara Jumlah Huruf Al-Fatihah ialah 141. Bezanya 141-114 = 27. Ini satu lagi tanda menunjukkan bahawa 27 itu mendapat tempat yang penuh misteri lagi istimewa.

FAKTOR 27 DAN NAMA AL-FATIHAH SERTA AL-QUR'AN  
Tadi kita lihat bahawa terdapat 3 kali perkataan Lailatulqadar ini diulang dalam Surah Al-Qadar menjadikan jumlah hurufnya 27. Angka 27 itu jika didarab 3 kali akan menjadi 81. Untuk pengetahuan anda, nama Al-Qur'an dan nama Al-Fatihah itu dari segi Angka Mufrad ialah 81: Al-Qur'an: Alif+Lam+Qaf+Ra+Alif+Nun > 1+23+21+10+1+25 = 81

Sementara Al-Fatihah: Alif+Lam+Fa+Alif+Ta+Ha+Ho > 1+23+20+1+3+6+27 = 81. Maknanya 81 itu adalah 9x9, atau 3x3x3x3, atau 3x9x3. Asasnya adalah Sifir 3. Mungkin rahsia Lailatulqadar berada pada Sifir 3 dan Sifir 9. 

Wallahua'lam.Fenomena di atas juga menunjukkan bahawa angka 27 itu adalah istimewa dalam konteks kajian Angka Mufrad. Untuk pengetahuan anda juga, nama Ahmad itu Angka Mufradnya 39 sementara nama Ibrahim itu (syari'at yang disambung oleh Muhammad s.a.w.) ialah 93.

Anda lihat IMEJ CERMIN 93:39 antara dua nama ini. Angka 3 dan 9 itu 'kebetulan' bila didarab akan menjadi 27. Sebenarnya dalam 27 itu adalah 3+3+3+3+3+3+3+3+3 (Faktor Berulang 9 Kali), atau 3x3x3 (Faktor Berulang 3 Kali). Semua ini mungkin dapat membantu kita untuk nampak bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam yang lebih istimewa bila dikaji dari sudut matematik.


KESIMPULAN

Saya mencatat fenomena 27 dalam Surah Al-Qadar dan Al-Fatihah ini sebagai bahan renungan kita bersama. Ada baiknya bagi semua Muslim membanyakkan amalan di sepanjang malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, tapi mungkin pada malam 27 itu amalan patut melebihi amalan di malam-malam ganjil yang lain. Wallahua'lam.

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

Artikel Asal Oleh - Ibn Yusof Research




  free glitter makerpicasion.com

glitter text gif maker

free glitter maker

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN


No comments:

Post a Comment