Friday, September 27, 2013

10 PINTU SYAITAN MENGUASAI DIRI MANUSIA

TANGKIS 10 PERANGKAP SYAITAN



ALLAH SWT berfirman bermaksud : “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

Keterbukaan manusia yang menyimpang dari syariat mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing. Sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itu sama ada disedari atau tidak, sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah bertakhta dalam diri, seseorang itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu.


10 PINTU SYAITAN MASUK DALAM DIRI MANUSIA

Menurut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu :

PINTU 1melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

PINTU 2melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

PINTU 3melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)

PINTU 4 – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

PINTU 5sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

PINTU 6 melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud : “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering ” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PINTU 7 melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

PINTU 8melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

PINTU 9 – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.


PINTU 10 melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

Friday, September 6, 2013

Waktu Afdal Qiamullail

Waktu Afdal Qiamullail


Ulama fiqah bersepakat bahawa waktu qiamullail ialah selepas solat Isyak sehingga terbit fajar subuh. Cuma mereka berbeza pendapat berkenaan waktu yang afdal melakukannya. Jumhur ulama berpendapat bahawa waktu yang afdal melakukannya ialah:

Pertama
Jika malam dibahagikan kepada enam bahagian, maka waktu afdalnya ialah pada empat perenam (4/6) atau lima perenam (5/6) malam,  iaitu diharapkan sekitar jam 1.30 pagi – 4.30 pagi waktu Malaysia.

Sabda Rasulullah : "Solat yang paling disukai Allah ialah solat (Nabi) Dawud dan puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa (Nabi) Dawud. Baginda tidur separuh malam, dan bangun pada satu pertiga daripadanya (daripada separuh akhir) dan tidur pada satu perenamnya. Baginda berpuasa satu hari dan berbuka satu hari." (Riwayat al-Bukhari)

Kedua
Jika malam dibahagikan kepada dua bahagian, maka separuh kedua (2/3) malam itu adalah lebih afdal kerana kurangnya maksiat pada kebiasaannya.

Rasulullah bersabda : "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki satu pertiga akhir malam, lalu berfirman: "Ses-iapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan perkenankan doanya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan berikan kepadanya. Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampunkannya."  (Riwayat al-Bukhari)

Ketiga
Jika malam dibahagikan kepada tiga bahagian, maka bahagian pertengahan (1/2) malam itu adalah lebih afdal kerana pada ketika itu ramai orang yang lalai.

Ibadat terasa lebih berat dan orang yang solat juga sedikit. Cuma ulama Maliki menyatakan bahawa sekiranya seseorang sudah biasa bangun malam, maka waktu afdal baginya ialah satu pertiga akhir malam. Sekiranya seseorang itu tidak biasa bangun, maka afdal dia melakukannya pada awal malam sebagai berjaga-jaga.


Qiamullail sepanjang malam

Ulama Syafii dan Hambali me­nyatakan makruh melakukan qiamullail sepanjang malam. Pendapat mereka bersumberkan hadis daripada Aisyah :

"Aku tidak mengetahui Nabi membaca al-Quran semuanya pada satu malam, tidak juga Baginda solat sehingga subuh pada satu malam, tidak juga puasa sebulan penuh kecuali Ramadan." (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadis dari­pada Amru bin al-As ketika Nabi bersabda kepadanya: "Tidakkah aku dikhabarkan bahawa kamu berpuasa pada siang hari dan qiamullail pada malam hari?" Aku menjawab: "Benar, wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Janganlakukan demikian. Puasalah dan berbukalah (puasa sehari dan berbuka sehari), qiamullaill dan tidurlah. Sesung-guhnya jasad kamu ada hak ke atas kamu, mata kamu ada hak ke atas kamu. Pasangan kamu ada hak ke atas kamu dan tetamu kamu ada hak ke atas kamu." (Riwayat al-Bukhari)

Mereka hanya mengecualikan malam-malam khusus berdasarkan hadis Aisyah: "Sesungguhnya Nabi apabila masuk sepuluh terakhir Ramadan, Baginda akan berqiamulail, mengejutkan ahli keluarga dan mengetatkan kain (tidak mendatangi isteri)." (Riwayat  Muslim).


Wallahu a’lam.

Wednesday, September 4, 2013

PETUA BUANG BATU KARANG HEMPEDU

PETUA  HILANGKAN  BATU KARANG HEMPEDU

Satu petua untuk rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones) secara semulajadi ;

1. Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut

2. Hari ke-6 - jangan makan malam

3. Hari ke-6 - Pada pukul 6 petang : makan satu camca garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi dengan segelas air suam

4. Hari ke-6 - Pukul 8 malam : ulang makan garam Epsom (magnesium sulfat) membuka saluran pundi hempedu.

5. Hari ke-6 - Pukul 10 malam : Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum. Minyak melincirkan batu untuk memudahkan laluan mereka.

Insha Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang hijau keluar dalam najis anda. "Biasanya mereka terapung,"


Sumber: Dr. Hamid Arshat / Dr Lai Chiu-Nan