Waktu Afdal Qiamullail
Ulama fiqah
bersepakat bahawa waktu qiamullail ialah selepas solat Isyak sehingga terbit
fajar subuh. Cuma mereka berbeza pendapat berkenaan waktu yang afdal
melakukannya. Jumhur ulama berpendapat bahawa waktu yang afdal melakukannya
ialah:
Pertama
Jika malam
dibahagikan kepada enam bahagian, maka waktu afdalnya ialah pada empat perenam (4/6)
atau lima perenam (5/6) malam, iaitu diharapkan sekitar jam 1.30 pagi – 4.30
pagi waktu Malaysia .
Sabda Rasulullah : "Solat yang
paling disukai Allah ialah solat (Nabi) Dawud dan puasa yang paling disukai
oleh Allah ialah puasa (Nabi) Dawud. Baginda tidur separuh malam, dan bangun
pada satu pertiga daripadanya (daripada separuh akhir) dan tidur pada satu
perenamnya. Baginda berpuasa satu hari dan berbuka satu hari." (Riwayat
al-Bukhari)
Kedua
Jika malam
dibahagikan kepada dua bahagian, maka separuh kedua (2/3) malam itu adalah
lebih afdal kerana kurangnya maksiat pada kebiasaannya.
Rasulullah
bersabda : "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika
berbaki satu pertiga akhir malam, lalu berfirman: "Ses-iapa yang berdoa
kepada-Ku, Aku akan perkenankan doanya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, Aku
akan berikan kepadanya. Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampunkannya."
(Riwayat al-Bukhari)
Ketiga
Jika malam
dibahagikan kepada tiga bahagian, maka bahagian pertengahan (1/2) malam itu
adalah
lebih
afdal kerana pada ketika itu ramai orang yang lalai.
Ibadat terasa lebih berat dan orang yang solat juga
sedikit. Cuma ulama Maliki menyatakan bahawa sekiranya seseorang sudah biasa bangun malam, maka waktu afdal baginya
ialah satu pertiga akhir malam. Sekiranya
seseorang itu tidak biasa bangun, maka afdal dia melakukannya pada awal malam
sebagai berjaga-jaga.
Qiamullail sepanjang
malam
Ulama Syafii dan Hambali menyatakan makruh melakukan qiamullail
sepanjang malam. Pendapat mereka
bersumberkan hadis daripada Aisyah :
"Aku tidak mengetahui Nabi membaca al-Quran
semuanya pada satu malam, tidak juga Baginda solat sehingga subuh pada satu
malam, tidak juga puasa sebulan penuh kecuali Ramadan." (Riwayat Muslim)
Begitu juga dengan hadis daripada Amru bin al-As
ketika Nabi bersabda kepadanya: "Tidakkah
aku dikhabarkan bahawa kamu berpuasa pada siang hari dan qiamullail pada malam
hari?" Aku menjawab: "Benar, wahai Rasulullah."
Baginda bersabda: "Janganlakukan demikian. Puasalah dan berbukalah (puasa sehari dan
berbuka sehari), qiamullaill dan tidurlah. Sesung-guhnya jasad kamu ada hak ke
atas kamu, mata kamu ada hak ke atas kamu. Pasangan kamu ada hak ke atas kamu
dan tetamu kamu ada hak ke atas kamu." (Riwayat al-Bukhari)
Mereka hanya mengecualikan malam-malam khusus
berdasarkan hadis Aisyah: "Sesungguhnya
Nabi apabila masuk sepuluh terakhir Ramadan, Baginda akan berqiamulail,
mengejutkan ahli keluarga dan mengetatkan kain (tidak mendatangi isteri)." (Riwayat Muslim).
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment