AWAS !!!
TAKTIK PENCURI KERETA
Awas!
Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya.
Inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda.
Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam.
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya.
Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.
Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai di
bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat
sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.
Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju
semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih
didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah
kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita
telah diperolehi!
Berhati-hatilah...Inilah cara baru yang
digunakan untuk mencuri kereta.
Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat
pada cermin belakang kita, teruskan memandu.
Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur
kerana anda membaca tulisan ini.
Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum
wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.
No comments:
Post a Comment