PUASA ARAFAH DAN TAKBIR HARI RAYA IDUL ADHA
Wukuf Di Arafah
Setiap kali tiba hari 9 Zulhijjah para jemaah haji
diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf
iaitu berada/berhimpun di sana
walaupun sebentar dalam masa waktu wukuf
yang bermula di antara awal waktu Zuhur 9 Zulhijjah sehingga sebelum
fajar 10 Zulhijjah. Masa yang afdhal
(terbaik) ialah pada sebahagian dari
hari ke-9 zulhijjah dan sebahagian malam ke-10 Zulhijjah. Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barangsiapa
dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (subuh) pada hari yang kesepuluh Zulhijjah
maka dapatlah haji itu"
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua Bahkan yang paling utama di dalam rukun-rukun haji. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya : Bahawa
Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah
"Arafah". Barang siapa datang pada malam tarikh sepuluh, sebelum
terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan
Ashabus Sunan)
Puasa Arafah (9 Zulhijjah)
Sementara kita yang tidak berkesempatan untuk
menunaikan haji dianjurkan pula untuk berpuasa pada hari 9 Zulhijjah ini.
Kedatangannya setahun sekali dan kelebihanya yang besar maka janganlah
disia-siakan begitu sahaja. Di samping itu kita dianjurkan untuk berzikir dan
berdoa kepada Allah pada hari ini.
Keutamaan puasa arafah ini menurut Abi Qatadah
al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka
jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan
setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi,
Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Sementara Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada
dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
(Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
Manakala Anas bin Malik telah berkata : Adalah
dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari (menyamai) seribu hari, hari
Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi iaitu pada
kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh
imam Sayuti)
Semoga dengan puasa arafah dan amalan kebajikan yang
kita lakukan sentiasa bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita
diampunkan oleh Allah.
Takbir Hari Raya Idul Adha
Takbir Idul Adha terbahagi kepada dua, iaitu :
1). Takbir mursal - Takbir yang tidak mengiringi
sembahyang fardu
Waktu takbir mursal dari terbenam matahari malam dua
hari raya (hari raya adha dan hari raya fitri) sehinga takbir imam sambahyang
hari raya sekiranya seorang itu sembahyang hari raya berjemaah, sekiranya
seorang itu sembahyang seorang diri maka habis waktu takbir mursal baginya
ialah dengan dia takbir sembahyang hari raya dirinya, adapun orang yang tidak
sembahyang hari raya, habis watu takbir mursal dirinya apabila gelincir
matahari hari raya.
Sunat setiap orang bertakbir mursal melainkan selain
orang haji kerana mereka disunatkan talbiah selama mereka itu dalam ihram,
setelah mereka tahlul maka sunat mereka itu takbir.
2). Takbir muqayad - Takbir yang mengiringi (selepas) sembahyang
Waktu Takbir muqayad bermula dari terbit fajar (subuh) 9 zulhijjah sehinga terbenam
matahari pada hari yang ke 13 zulhijjah.
Ramai dikalangan masyarakat yang tidak tahu permulan
takbir muqayad yang kita pangil takbir hari raya adha, mereka menyangka takbir
ini bermula pada malam hari raya iaitu pada malam sepuluh zulhijah pada hal ia
bermula subuh hari arafah iaitu sembilan zulhijah.
Takbir muqayad sunat dibaca selepas tiap tiap
sembahyang sama ada sembahyang fardu atau sembahyang sunat begitu juga kemudian
daripada sembahyang jenazah, dan sembahyang sunat hari raya sebelum khatib
membaca khutbah.
Takbir pada malam hari raya adha, terkadang takbir
muqayad dan terkadang takbir mursal sekiranya dilihat bahawa takbir itu
diucapkan pada malam hari raya maka dinamakan takbir mursal dan sekiranya
takbir itu di ucapkan selepas sembahyang maka dinamakan takbir muqayad.
Takbir muqayad terlebih afdal dari takbir mursal.
Di bawah ini adalah lafaz takbir hari raya (Idul Adha/Fitri) yang lazim dibaca di Malaysia.
Di bawah ini adalah lafaz takbir hari raya (Idul Adha/Fitri) yang lazim dibaca di Malaysia.
Terjemahan :
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, dan milikNya segala pujian
Allah Maha Besar kebesaranNya.
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Tiada Tuhan selain Allah
dan tiada yang kami sembah selain Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya,
walaupun dibenci orang-orang kafir.
Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya (Tuhan),
Dia memenuhi janjiNya, Dia menolong hambaNya,
Dia mengukuhkan tentaraNya dan
menghancurkan pasukan sekutu sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan milikNyalah segala pujiian
Video Takbir Hari Raya
~~~~~~~~~~
KAD ION AIRBOOM
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA
KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN KLIK SINI
No comments:
Post a Comment