KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN
Iman Yang Mekagumkan
Nabi Muhammad pernah menyoal kepada para sahabat di suatu pagi, "Wahai manusia, siapakah makhluk Allah yang imannya paling mengkagumkankan?"
Para sahabat langsung menjawab, "Malaikat!".
Nabi menjawab balik, "Bagaimana para malaikat tidak beriman sedangkan mereka sentiasa melaksanakan perintah Allah?"
Sahabat menjawab lagi, "kalau begitu, para Nabilah yang imannya paling mengagumkan!"
Lantas Nabi SAW berkata "Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka."
Jawapan kali ketiganya, sahabat cuba menjawab, "kalau begitu, sahabatmu ya Rasulullah."
Nabi pun menolak jawapan itu sambil berkata, "Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan."
Rasulullah SAW yang mulia lantas bersabda, "Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang datangnya sesudah kamu. Mereka beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku. Mereka benarkan aku tanpa pernah melihatku. Mereka dapati tulisan dan beriman kepadaku. Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu . Mereka membela aku seperti kamu membela aku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan mereka itu! "
Berdasarkan riwayat di atas, mungkin boleh didefinasikan iman itu sebagai sebuah cubaan atau ujian. Semakin tinggi tahap ujian, semakin tinggi pula tingkatan iman kita. Semakin sukar kita menjalankan sebuah keyakinan (iman), semakin tinggi pula nilai iman kita di sisi Allah.
Perumpamaan ini mungkin boleh menyederhanakan persoalan: Seorang waliyullah tidak diragukan lagi telah melihat pelbagai "keajaiban" dan "rahsia" Allah. Dia sudah menyaksikan dan merasakan getaran cinta ilahi. Kalau Allah mengangkat darjatnya, tentu saja kita tak akan hairan.
Kita akan merasa kagum apabila, seorang pengurus yang sangat sibuk dalam keadaan di mana "time is money", namun tetap berusaha menunaikan solat lima waktu di kala dalam keadaan yang sibu. Begitu juga dengan seorang pekerja bangunan yang lebih banyak menggunakan kekuatan otot berbanding otaknya, namun masih mampu berpuasa di bulan Ramadhan walaupun dia perlu bekerja di tengah terik mentari.
Bagi orang biasa seperti, tentunya pengurus dan pekerja bangunan tersebut memiliki iman yang menkagumkan.
Kita bukanlah sahabat Nabi yang telah menyaksikan secara langsung betapa mulianya akhlak junjungan nabi SAW itu, kita juga bukan malaikat yang tidak mempunyai hawa nafsu, kita juga bukanlah waliyullah yang telah merasakan manisnya kasih sayang Allah. Kita adalah manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.
Dalam kelemahan itulah kita masih beriman kepada Allah. Dalam ketidakhebatan kita itulah kita selalu berusaha mendekati Allah. Di tengah kesibukan dan beban ekonomi yang semakin meningkat, kita tetap keluarkan zakat dan sedekah. Tak sedikitpun kita akan gadaikan iman kita.
Di tengah dunia yang semakin penuh persaingan, kita masih sempatkan untuk mendirikan solat. Di tengah godaan duniawi yang luar biasa, kita tahan nafsu kita di bulan Ramadhan. Di tengah kumpulan manusia yang putus asa dengan krisis ekonomi ini, kita masih boleh bersyukur sejemput nikmat yang diberikan Allah.
Nabi Muhammad telah menghiburkan kita dengan sabdanya, "Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku," Nabi ucapkan kalimah ini satu kali. Tetapi sabda baginda yang berikutnya Nabi SAW mengucapkan kalimah terakhir ini tujuh kali iaitu, "Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku."
KAD ION AIRBOOM
UNTUK KESIHATAN, TERAPI
DAN
MERAWAT MASALAH KESIHATAN ANDA
KAD ION AIRBOOM
No. kod Barang : AB
HARGA : RM180.00 (Termasuk Pos)
UNTUK TEMPAHAN DAN PEMBELIAN KLIK SINI
No comments:
Post a Comment