Thursday, July 19, 2012

Berapa Lamakah Kita Solat Seumur Hidup Kita?

Berapa Lama Kita Solat

Seumur Hidup Kita?


1 Hari= 24jam

Satu (1)  TAHUN
= 12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari =  8,760 Jam = 525,600 Minit = 31,536,000 Saat

Purata hayat manusia dianggarkan antara usia 60 - 70 tahun.  Secara amnya manusia meninggal dunia dlam usia  kurang lebih 65 tahun.  Inilah usia umur umat Muhammad SAW berbanding umat-umat sebelumnya yang panjang umurnya.
Apa Nilai Umur Kita ?
Soalnya bukan umur itu panjang atau pendek yang hendak kita kirakan sangat. Seorang ustaz pernah membuat analogi umur manusia berdasarkan gelas minuman yang sama saiz tetapi berbeza ketinggiannya. 
Sebagai contoh jika ada 3 gelas diisi dengan air, dimana gelas pertama paling tinggi diisi dengan arak, gelas kedua sederhana tinggi diisi dengan air laut dan gelas ketiga paling rendah diisi air oren.  Jika anda diberi pilihan untuk minum air dari ketiga-tiga gelas tersebut. Gelas manakah pilihan anda?
Sebagai seorang islam yang normal tentu kita akan memilih gelas ketiga walaupun rendah dan airnya sedikit tetapi air oren itu tentunya lebih bermanfaat dan sedap rasanya untuk kita nikmati. Ha begitulah halnya dengar nilai umur kita panjang atau pendek umur yang Allah berikan kepada kita soalnya berapa banyakah pengisian amalan baik yang kita isi dengan umur yang diberikan? Jika umur kita panjang tetapi kita lebih seronok dengan perkara-perkara munkar, lagha(sia-sia) dan macam-macam keburukan apalah nilainya umur kita di sisi Allah SWT berbanding umur yang pendek tetapi dipenuhi amalan soleh.
Mari Hisab Umur Dan Solat Kita.

Umur Baligh : Bermulanya buku amal seseorang dicatatkan oleh malaikat Roqib dan Atid atas segala kebajikan dan keburukan yang dilakukannya selama hidup di dunia hingga mati.

Umumnya Umur  Baligh : -+ 15 tahun (LELAKI)   dan  -+ 12 tahun (PEREMPUAN)

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah Swt, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia; 65 – 15 = 50 tahun


Umur Selama 50 tahun kita gunakan untuk apa?

Catatan:   50 tahun = 50 x 365hari = 18,250 hari= 458,000 jam

Gambaran Kasarnya:
Mari kita buat kiraan bersama.  Secara umumnya manusia menghabiskan umurnya seperti di bawah ;

1). Waktu kita tidur : -+8 jam/hari :
ð      Selama 50 tahun hidup waktu tidur kita adalah 18,250 hari x 8 jam
ð      = 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.
ð      17 TAHUN KITA GUNA UNTUK TIDUR SELAMA HIDUP 50 TAHUN
Logiknya: Berbaloikah waktu 17 tahun dihabiskan untuk tidur sahaja?, padahal kita akan ‘ditidurkan’ lebih lama lagi sebelum menemui Allah Swt.
2). Waktu aktiviti kita di siang hari  : -+ 12 jam ;
=> Selama 50 tahun hidup waktu yang habis diguna untuk aktiviti =
18,250 hari x 12 jam= 219,000 jam = 25 tahun

ð      25 TAHUN KITA GUNA UNTUK AKTIVITI SIANG HARI SELAMA HIDUP 50 TAHUN
Aktiviti di siang hari : Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting dan banyak lagi.

3). Waktu rehat : -+4 jam;
=> Selama 50 tahun hidup waktu yang dipakai untuk rehat 18,250 hari x 4 jam
= 73000 jam = 8 tahun

ð      8 TAHUN KITA GUNA UNTUK REHAT HARI SELAMA HIDUP 50 TAHUN
Rehat : menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan.

Ringkasnya :  17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Jadi Bilakah Kita Nak Beribadah?

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud ;
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”

Kita tidak menafikan, memang benar. Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya semata-mata kerana Allah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…(Tidak Semua)
Kita juga tidak menafikan, memang benar. Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
Bila Nak Beribadah???
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Karena kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurg. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18,250 hari x 1 jam =18,250 jam= 2 tahun SAHAJA?

Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..??? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita. itu pun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering menggores perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.
Logiknya:
Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! Ingatlah negeri kita…Akhirat.
 ”Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat”..

Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat”

Sekian, semoga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment