Hukum Mengugurkan Kandungan
Jumhur Ulama berpendapat jika kandungan belum mencapai umur 4 bulan hukumnya makruh, jika telah sampai 4 bulan hukumnya HARAM. Ini adalah hukum asal.
Wajib
Bagaimanapun menggugurkan kandungan yang telah mencapai 4 bulan kadang-kadang boleh jadi wajib seperti atas nasihat doktor (muslim), jika dengan sebab mengandung itu ianya boleh memudaratkan nyawa si ibu. Maka ketika itu menjadi wajib digugurkan.
Haram
Begitu juga mengugurkan kandungan yang belum mencapai 4 bulan boleh menjadi Haram dengan sebab seperti dia takut kesempitan rezeki atau tidak cukup duit untuk menyara anak.
Menggugurkan kandungan selepas daripada 4 bulan hukumnya Haram kerana janin telah ditiup roh.
Makruh
Tetapi kalau digugur dengan sebab untuk menjarakan anak kerana dah ramai anak maka hukumnya makruh.
No comments:
Post a Comment